Tuesday, February 28, 2012

United hanya bernasib baik

MANCHESTER - Pengurus Manchester United, Alex Ferguson mengakui, skuad kendaliannya bernasib baik ketika membenam Fulham 1-0 di Old Trafford awal pagi semalam.

Kemenangan itu menyaksikan United kembali menerajui carta Liga Perdana England.
Gol tunggal ledakan Wayne Rooney pada minit ke-41 sudah cukup untuk menjamin tiga mata berharga buat United yang kini mengutip 73 mata, tiga mata di depan musuh setempat, Manchester City.

Pada perlawanan itu, Fulham berpeluang menyamakan kedudukan beberapa minit sebelum perlawanan tamat setelah Danny Murphy dikasari Michael Car- rick dalam kotak penalti dan ia juga diakui oleh Ferguson.
"Ya, Fulham berhak menda- patkan penalti kerana memang jelas Carrick mengasari pemain lawan.

"Cuma, kami juga berhak mendapatkan sepakan penalti pada babak pertama setelah bola terkena tangan pemain Fulham. Mungkin, nasib lebih menyebelahi kami," katanya.

Menurut Ferguson, Fulham beraksi dengan cukup baik, terutamanya ketika melancarkan serangan balas.
"Agak mengecewakan apabila kami gagal memanfaatkan peluang meskipun menguasai perlawanan.
"Saya rasa, keputusan ini adil walaupun hanya menang tipis dengan satu gol," katanya.

Dalam pada itu, pengurus Fulham, Martin Jol berkata: "Hanya pengadil yang benar-benar berani sahaja akan memberikan penalti kepada pasukan lawan di Old Trafford.

"Semua orang di stadium nampak apa yang berlaku dan Carrick sepatutnya dibuang padang.

"Ini bukan kali pertama berlaku, bukan sahaja kepada saya tetapi juga kepada mana-mana pasukan.

"Bagi saya, keputusan pengadil (tidak memberikan sepakan penalti) adalah suatu tindakan yang mengarut." - Agensi


manchesterunited 2/28/2012 11:30:00 PM
_________________

DIE HARD FAN MANCHESTER UNITED

Status : married with two daughter
Location : Pantai Dalam,KL

MINE(:

My Daughter
My Multiply
My Wife
KICK OFF(:

;DMay 2006
;DAugust 2006
;DSeptember 2006
;DOctober 2006
;DNovember 2006
;DDecember 2006
;DJanuary 2007
;DFebruary 2007
;DMarch 2007
;DApril 2007
;DMay 2007
;DJuly 2007
;DAugust 2007
;DSeptember 2007
;DOctober 2007
;DNovember 2007
;DDecember 2007
;DJanuary 2008
;DFebruary 2008
;DMarch 2008
;DApril 2008
;DMay 2008
;DJuly 2008
;DSeptember 2008
;DOctober 2008
;DNovember 2008
;DDecember 2008
;DJanuary 2009
;DFebruary 2009
;DMarch 2009
;DApril 2009
;DMay 2009
;DJune 2009
;DJuly 2009
;DAugust 2009
;DSeptember 2009
;DOctober 2009
;DDecember 2009
;DJanuary 2010
;DFebruary 2010
;DMarch 2010
;DApril 2010
;DMay 2010
;DJune 2010
;DJuly 2010
;DAugust 2010
;DSeptember 2010
;DOctober 2010
;DNovember 2010
;DDecember 2010
;DJanuary 2011
;DFebruary 2011
;DMarch 2011
;DApril 2011
;DMay 2011
;DJune 2011
;DJuly 2011
;DAugust 2011
;DSeptember 2011
;DOctober 2011
;DDecember 2011
;DJanuary 2012
;DFebruary 2012
;DMarch 2012
;DApril 2012

Iklan(:

Renewal Road Tax&Insuran

*Mudahkan urusan anda
*Renewal road tax dan insuran
*Terus ke pintu
*Premium insuran boleh dirunding
*6 bulan @ setahun @ budget pocket
*klang valley sahaja

call segera....En.Asmadi di talian 0196633543
-------------------------------------------------

Alpha Lipid Lifeline

Susu berkolostrum tinggi yg dapat menghasilkan antibodi &membina semula sel-sel agar kembali kuat untuk melawan berbagai jenis penyakit. Maklumat lanjut boleh terus ke link=Alpha Lipid Lifeline

Nuffnang Advertise(:


HIT-COUNTER(:

website design company
real estate website design
cbox