
![]() |
| FERGUSON telah membimbing United meraih 10 kejuaraan Liga Perdana England. |
"Tahap kesihatannya masih baik dan dia telah membina sebuah pasukan baru.
"Jika mereka (United) muncul juara musim ini, mereka akan menyamai rekod kejuaraan terbanyak milik Liverpool.
"Saya yakin mereka mampu melakukannya musim ini dan juga pada musim depan, sekali gus memintas rekod Liverpool," kata Darren yang kini membimbing kelab Peterborough.
United kini dalam misi menyamai rekod 18 kejuaraan milik Liverpool selepas skuad Red Devils itu telah merekodkan 17 gelaran liga domestik.
Sementara itu, bek kiri United, Patrice Evra bertekad mahu bangkit selepas pasukannya tewas dua perlawanan berturut-turut kepada Liverpool dan Fulham.
"Saya berada di sini sudah tiga tahun dan ini pertama kali saya merasai kekalahan dua perlawanan berturut-turut. Saya yakin ini hanyalah masalah kecil," kata Evra. - Agensi

Tekanan yang memuncak mula menyelubungi anak buah Sir Alex Ferguson apabila mengalami kekalahan kedua berturut-turut dalam saingan Liga Perdana England (EPL) dalam tempoh dua minggu.
Apa yang menjadi persoalan, pemain berpengalaman seperti Wayne Rooney, Paul Scholes dan Edwin van der Sar mula merasakan tekanan yang dirasakan musim ini bukan seperti tekanan biasa yang dihadapi pada musim-musim yang lalu.
Tewas 2-0 ke atas Fulham di Craven Cottage dan insiden kad merah memerlukan Ferguson mencari jalan terbaik untuk membawa pemainnya keluar dari tekanan 'luar biasa' ini sebelum ia lebih mudarat sekali gus gagal untuk mencapai sasaran yang ditetapkan.
Apa sahaja alasan Ferguson setakat ini tidak boleh diterima melainkan cuba untuk menilai semula barisan pemain yang diturunkan dan menggunakan pemain simpanan yang beraksi cemerlang dalam perlawanan akhir Piala Liga selepas menang menang ke atas Tottenham Hotspurs menerusi sepakan penalti 1 Mac lalu.
Ferguson sendiri mengakui barisan kesebelasan utamanya tidak beraksi dengan baik pada separuh masa pertama menentang Fulham kelmarin walaupun pernah membelasah pasukan bimbingan Roy Hodgson itu 4-0 dalam saingan Piala FA beberapa minggu lalu.
"Pada separuh masa pertama kami beraksi tidak seperti yang diharapkan. Mereka lebih bersungguh-sungguh dan berjaya menyekat pergerakan kami. Saya amat menghormatinya walaupun mereka tewas 4-0 kepada kami dalam beberapa minggu lalu (Piala FA). Namun ia agak mengecewakan kami tidak mampu mengulanginya.
"Jika anda tewas dalam perlawanan pada Mac dan April, ia akan memberi kesan kepada anda. Bagaimanapun kami mempunyai sedikit kelebihan namun ia tidak terlalu banyak dan saya berharap kami mampu mengembalikan prestasi seperti sebelum ini apabila pemain berehat untuk saingan antarabangsa," kata Ferguson.
United tewas menerusi jaringan sepakan penalti Danny Murphy pada minit ke-18 apabila Scholes menahan bola sepakan Didier Zakora menggunakan tangan, manakala jaringan kedua adalah hasil sepakan akrobatik cantik Zoltan Gera pada minit ke-87 seminit sebelum Rooney dilayangkan kad merah.
Aksi di White Hart Lane mungkin memberi sedikit kelegaan buat Ferguson selepas pesaingnya yang masih mempunyai harapan untuk menjuarai liga musim ini, Chelsea, tewas 1-0 di tangan Tottenham Hotspurs kelmarin hasil jaringan Luka Modric.
Ia adalah kekalahan pertama Guus Hiddink sejak mengambil alih jawatan dari Luiz Felipe Scolari sejak Februari lalu dan mungkin tekanan yang dihadapi Chelsea ada kaitan dengan undian Liga Juara-Juara Eropah yang menemukan semula mereka dengan satu lagi kelab England, Liverpool.
"Kami terlepas peluang terbesar, selepas mengetahui United tewas, ia adalah peluang terbaik untuk menukar nasib kami," kata Hiddink.
Bagi Arsenal pula kebangkitan yang ditunjukkan sejak kebelakangan ini membuktikan barisan bimbingan Arsene Wenger tidak menyerah kalah terlalu awal selepas terumbang-ambing sebelum liga memasuki peringkat kedua.
"Ramai yang memandang rendah tentang kekuatan mental pasukan ini dan kami telah menunjukkan kehebatan sejak akhir-akhir ini. Kami cuba untuk mempamerkan kekuatan demi kekuatan setiap masa dan mengekalkan semangat untuk menjadikan ini adalah pasukan terbaik setiap masa.

![]() |
| |
![]() |
| |
Kekalahan 1-4 kepada Liverpool pada aksi Liga Perdana England di Old Trafford jelas sekali memberi impak buat skuad kendalian Alex Ferguson itu.
Justeru, mereka mahu segera melupakan mimpi ngeri tersebut apabila berdepan Fulham di Craven Cottage malam ini.
Kemenangan dianggap begitu penting buat United untuk mereka kembali mengukuhkan cengkaman di tangga teratas liga.
Sejurus selepas dimalukan Liverpool pada Sabtu lalu, pengurus United, Alex Ferguson awal-awal lagi meminta anak buahnya kembali bangkit.
Sekalipun Ferguson seakan- akan tidak yakin barisannya mampu menjulang lima trofi musim ini, bintang United, Cristiano Ronaldo (gambar kanan) pula mempunyai pandangan yang berbeza.
Ronaldo tetap berasa yakin tentang peluang mereka untuk menyapu bersih lima gelaran musim ini.
"Kami sentiasa positif dengan semua pertandingan yang kami sertai dan kami mahu memenangi kesemuanya. Ia sesuatu yang hebat jika kami berjaya lakukan.
"Musim lalu kami menang Liga Perdana England dan Liga Juara-Juara.
"Tahun ini kami mempunyai peluang untuk lakukan lebih baik. Kami akan terus berusaha keras dan yakin akan mencapainya," jelas Ronaldo.
United bakal turun malam ini tanpa bek tengah, Nemanja Vidic selepas menerima kad merah Sabtu lalu.
Jonny Evans dijangka mengisi tempat Vidic untuk bergandingan dengan Rio Ferdinand.
Sementara itu, kapten Ful- ham, Danny Murphy berkata, dia berhasrat untuk menyekat laluan United bagi pemburuan gelaran liga musim ini.
"Saya percaya United kini semakin terdesak untuk mencipta kemenangan selepas tewas kepada Liverpool minggu lalu.
"Tetapi kami tidak akan memberi laluan mudah kepada mereka dan saya yakin, kami mampu mencipta kejutan," kata Murphy. - Agensi


Dalam majlis undian yang berlangsung semalam, Liverpool dan Chelsea bakal berdepan pemenang antara Barcelona dan Bayern Munich pada peringkat separuh akhir.
Juara bertahan, Manchester United pula akan bertemu kelab Portugal, FC Porto sementara Arsenal akan menghadapi Villarreal dalam dua lagi pertemuan suku akhir.
Mengulas pertemuan menentang Chelsea, pengurus Liverpool, Rafael Benitez percaya anak buahnya akan membalas dendam kekalahan kepada Chelsea pada separuh akhir Liga Juara-Juara musim lalu.
Suku akhir pertama akan berlangsung di Anfield pada 8 April depan manakala perlawanan kedua dijadualkan di Stamford Bridge pada 14 April, sehari sebelum ulang tahun ke-20 tragedi Hillsborough.

![]() |
| |
“Harap ia tidak akan memberi kesan kepada kami apabila suku akhir kedua berlangsung di tempat lawan.
“Kami kena pastikan tidak melakukan kesilapan seperti perlawanan separuh akhir pertama musim lalu.
“Ia bakal menjadi dua perlawanan yang sukar tetapi jika kami main baik, kami yakin boleh memenanginya,” kata Benitez.
Suku akhir pertama akan berlangsung pada 7 dan 8 April manakala perlawanan kedua pada 14 dan 15 April.
Saingan separuh akhir pula akan diadakan pada 28 dan 29 April manakala perlawanan kedua pada 5 dan 6 Mei.
Final akan berlangsung pada Rabu, 27 Mei di Stadium Olimpik di Rom, Itali. – AP
![]() Alex Ferguson |
LONDON: Reaksi kebiasaan Manchester United sejak dua dekad di bawah Alex Ferguson adalah untuk kembali mencatat kemenangan selepas melalui kekecewaan dan pengurus itu akan mengharapkan perkara sama apabila berdepan Fulham esok.
Kekalahan 4-1 kepada Liverpool minggu lalu selepas 11 kemenangan berturut-turut di Liga Perdana menyentap keegoan United, ia juga kembali membuka persaingan liga yang sebelum itu kelihatan akan mudah dimenangi United untuk rekod 18 kejuaraan Inggeris.
Chelsea yang dibimbing Guus Hiddink kini terikat dengan mata sama dengan Liverpool, empat mata di belakang United dan jurang semakin mengecil ketika tekanan kembali dalam saingan liga.
Rafa Bebitez berkata Liverpool mesti memenangi baki sembilan perlawanan untuk menghidupkan peluang memintas pendahulu, tetapi dia dan Hiddink kini bersemangat serta akan mengambil minat mendalam terhadap keputusan di Craven Cottage pada hujung minggu ini.
Ferguson sudah melihatnya sebelum ini, tetapi pengendali berpengalaman itu dengan 10 kejuaraan EPL tetap berasa minggu-minggu terakhir perebutan liga adalah pengalaman kurang senang, walaupun pernah melaluinya beberapa kali.
“Anda akan hanya berpuas hati jika muncul juara, anda bersedia untuk melalui kesukaran ini asalkan anda berakhir di kedudukan teratas.
“Ia boleh menjadi sengit tetapi anda harus menerima saingan ini. Untuk berada di sana adalah perkara paling hebat dan itu yang kami sasarkan,” kata Ferguson.
Dengan ketiadaan perlawanan pertengahan minggu untuk difikirkan, skuad Fergie sudah mempunyai masa seminggu untuk membalut luka mereka dan bangkit, walaupun tanpa pemain pertahanan yang menjalani penggantungan, Nemanja Vidic.
Awal bulan ini mereka membelasah Fulham 4-0 di Craven Cottage dalam saingan Piala FA, tetapi United akan menjangka lebih banyak tentangan kali ini daripada pasukan yang masih belum terselamat daripada zon penyingkiran. - Reuters

Sebelum ini, khidmat pemain antarabangsa Perancis itu mula menjadi perhatian beberapa kelab terkemuka Eropah selepas prestasi membanggakan yang dipamerkan bersama kelab dari Jerman itu.
Selain United dan Barcelona, Ribery turut menjadi perhatian Real Madrid dan Juventus.
Menurut rakan sepasukan Ribery, Daniel van Buyte, hasrat pemain itu untuk menyertai kelab gergasi Eropah telah lama disuarakan.
"Ribery sedang mempertimbangkan pilihan tersebut," jelas van Buyten kepada agensi L Equipe kelmarin.
"Siapa yang tidak tertarik dengan reputasi kelab-kelab hebat seperti Barcelona dan United.
"Apa pun, kami tidak pernah berbincang mengenai hal ini secara serius dan apa yang kami lakukan adalah mengingatkan Ribery bahawa dia adalah ikon dalam kelab Bayern."
Sementara itu, laporan di England minggu lalu mendedahkan bahawa pengurus United, Alex Ferguson sedia membawa Ribery ke Old Trafford bagi menggantikan tempat Cristiano Ronaldo.
Keputusan Ferguson itu adalah sebagai sebahagian daripada alternatif awal seandainya Ronaldo memutuskan untuk berhijrah ke Real.
- Agensi
![]() |
| FERGUSON sukar menerima kekalahan kepada Liverpool. |
Pada saingan di Old Trafford itu, Liverpool berjaya bangkit daripada ketinggalan satu gol untuk membelasah United 4-1.
Bagi Ferguson, kekalahan itu adalah sesuatu yang sukar diterima, lebih-lebih ketika mereka beraksi di laman sendiri.
Menurutnya, kekalahan itu bukan sahaja menjejaskan kedudukan United selaku pendahulu liga, malah menamatkan reputasi hebat benteng pertahanan pasukannya yang unggul sejak dua musim lalu.
"Sukar menerima kekalahan dengan keputusan sebegini. Kami beraksi baik dengan menjaringkan gol pendahulu, tetapi kemudiannya dibolosi dengan empat gol," jelas Ferguson yang masih segar daripada kemenangan ke atas Inter Milan dalam kempen Liga Juara-Juara awal minggu lalu.
"Melihat kepada kekebalan benteng pertahanan kami sejak dua musim terakhir ini, kekalahan seperti ini tidak pernah kami bayangkan."
Pada aksi kelmarin, United mendahului menerusi sepakan penalti Cristiano Ronaldo. Namun, The Reds berjaya bangkit dengan dua gol menerusi Fernando Torres dan Steven Gerrard.
Keadaan semakin buruk selepas United dipaksa bermain sepuluh orang selepas pertahanannya, Nemanja Vidic dibuang padang pada minit ke-76, sekali gus memberi kelebihan kepada Liverpool menambah dua gol menerusi Fabio Aurelio dan Andrea Dossena.
"Vidic tampil cukup konsisten musim ini. Namun, semua orang boleh ditimpa malang dan saya rasa hari ini (kelmarin) bukanlah hari yang baik buat Vidic," tambahnya.
United yang akan melayan kunjungan Fulham Sabtu ini masih memiliki kelebihan satu perlawanan ke atas dua pencabar Liverpool dan Chelsea.
Skuad Red Devils itu kini mengumpul 65 mata daripada 28 perlawanan, empat mata di hadapan Liverpool. - Agensi

![]() |
| |
Begitulah tanggapan terhadap Liverpool yang memusnahkan Real pada saingan Liga Juara-Juara Rabu lepas.
Malam ini, kelab dari Anfield itu bertandang ke Old Trafford dengan reputasi tinggi selepas membelasah Real.
Mereka akan berhadapan Manchester United, satu-satunya aksi yang ditunggu- tunggu oleh penyokong kedua-dua pasu- kan tersebut.
Walaupun masih segar dengan kemenangan bergaya ke atas Real tetapi kehadiran mereka di Old Trafford membawa reputasi selaku pasukan yang menduduki tempat ketiga Liga Perdana England dan ketinggalan tujuh mata di bela- kang United.
Mereka sedar tugas sukar menanti mereka di Old Trafford tetapi Liverpool mengakui mereka sudah bersedia menghadapi aksi terhebat itu.
Mereka yakin memperoleh sesuatu daripada perlawanan itu sekiranya tampil dengan prestasi hebat seperti yang dipamerkan pada aksi menentang Real, Rabu lalu.
Mereka sedar bahawa Old Trafford adalah 'gelanggang maut' kepada pasu- kan pelawat tetapi mereka tidak gentar menghadapinya.
Berdasarkan prestasi ketika membela- sah Real, Liverpool mampu menghadir- kan masalah kepada United.
Pada aksi Liga Juara-Juara itu, semua posisi berfungsi dengan baik seolah-olah membawa petanda bahawa Liverpool memang sukar digugat.
United sebenarnya sudah sedar dari- pada awal kemampuan Liverpool.
Mereka juga tidak gentar kerana skuad bimbingan Alex Ferguson itu juga memiliki kemampuan yang agak luar biasa lebih-lebih lagi dengan kerakusan Wayne Rooney dan Criatiano Ronaldo yang semakin berbisa kebelakangan ini.
"Kami sudah membuktikan kepada semua bahwa United sukar dicantas.
"Pada awal saingan kami beraksi di bawah tahap sebenar tetapi sekarang keadaan sudah berubah dan sesiapa sahaja akan menjadi mangsa kami," kata Ferguson menjelang aksi genting itu.

"Saya juga sedar, penyerang Liverpool, Fernando Torres turut menemui semula sentuhannya dan Steven Gerrard pula semakin menyengat.
"Apa pun kami tahu apa yang perlu dibuat untuk menyekat pergerakan dua watak utama Liverpool itu," katanya.
"Kami juga tahu rentak permainan Liverpool dalam saingan domestik yang tidak begitu konsisten tetapi kami tetap berhati-hati."
Bagi Nemanja Vidic yang menjaringkan gol pertama United pada aksi menentang Inter itu, pasukan mereka akan tampil dengan rentak yang lebih bertenaga hari ini.
Menurutnya, aksi menentang Liverpool memang ditunggu-tunggu dan kami bersedia untuk melakukan apa sahaja.
"Kami beraksi di gelanggang sendiri dan saya yakin kami akan tampil lebih hebat berbanding perlawanan menentang Inter.
"Ramai yang menyatakan, jika memang perlawanan ini, maknanya kamu akan menjulang gelaran liga dan kami akan membuktikannya," katanya.
Menariknya, kedua-dua pasukan tidak menghadapi masalah kecederaan pemain.
Semua pemain utamanya berada pada tahap kecergasan terbaik.
Watak utama Liverpool khususnya Torres berada pada prestasi terbaik. - AP


Menurut bekas pengurus Chelsea itu, kelab istimewa seperti United hanya layak dilatih oleh orang yang istimewa sepertinya.
"Kalau kamu meminta agar saya menolak untuk melatih United, ia adalah sesuatu yang tidak mungkin berlaku," jelas Mourinho.
"Kelab istimewa ini sebenarnya perlu dibimbing oleh pengurus yang istimewa. Secara teorinya, saya layak untuk mene- rimanya. Namun, dalam bola sepak apa- apa boleh berlaku.
"Saya pernah melatih kelab England sebelum ini dan menjadi pengurus United adalah kemuncak kepada mana-mana pengurus di dunia ini.
"Saya yakin, kalau Alex bersara, United pasti akan mencari pengurus yang hebat dan sudah pasti saya termasuk dalam senarai itu."
Ditanya bila dia boleh berada di Old Trafford, Mourinho mengakui ia adalah perkara yang susah untuk diramalkan.
"Saya tidak boleh letakkan masanya. Ini kerana Alex belum menunjukkan tanda-tanda akan meninggalkan kelab itu," tambahnya.
Mourinho merupakan antara pengurus berprofil tinggi ketika ini selepas kejayaannya menjulang nama Chelsea dalam Liga Perdana England pada tahun 2005 dan 2006.
Dalam perkembangan lain, Ferguson mengakui dia kini sudah memasuki fasa terakhir dalam karier pengurusannya.
Pengurus United berusia 67 tahun itu menjadi sifu di Old Trafford selama 23 tahun dan kini dalam misi merangkul lima trofi musim ini.
"Saya agak takut untuk berfikir tentang persaraan. Saya telah lama dalam bidang ini sehingga apabila memikirkannya, tubuh badan saya menggeletar," kata Ferguson. - Agensi

![]() |
| Edwin Van der Sar |
Mendapat kedudukan mantap, tujuh mata di tangga teratas Liga Perdana England mengalah Newcastle, 2-1, Rabu lalu, United mula menumpukan perhatian pada Piala FA, hari ini menentang Fulham di Craven Cottage bagi menempah tempat ke separuh akhir.
Rabu depan mereka menyambut kedatangan Inter Milan ke Old Trafford sebagai perlawanan pemutus selepas 16 perlawanan Liga Juara-Juara diikat seri dan pusingan pertama di Itali berakhir dengan tiada gol.
United telah pun merangkul gelaran Kejohanan Kelab Dunia FIFA dan Piala Liga, minggu lalu.
Bagaimanapun, Ferguson mengetahui pasukannya tidak boleh menerima sebarang kesilapan jika mahu menyudahkan kempen dengan kemenangan bergaya.
Park juga yakin United akan mampu mengawal permainan tetapi semua itu tidak seharusnya dipandang ringan.
‘‘Kami mahu prestasi meningkat dan fokus setiap kali permainan. Kemudian kami akan melihat di mana tempat kami hujung musim ini. Dalam liga, kami telah merasai bagaimana rasanya dikejar sehingga ke akhir musim dan ia satu tekanan kepada kami sebelum bermain dengan Newcastle.
‘‘Tetapi saya fikir ia sesuatu yang bagus kerana kami mampu fokus sepanjang perlawanan berlangsung,’’ ujarnya.
Sementara itu, Wayne Rooney juga percaya United sudah bersedia untuk melangkah jauh mencapai impian beberapa hari lagi.
Rooney yang menjaringkan gol kelima ketika menentang Newcastle, Rabu lalu itu mengaku minggu hadapan ini sangat penting.
‘‘Kami hanya mahu pastikan akan bersiap sedia untuk perlawanan kali ini dan kami lakukan dengan baik.
‘‘Masih ada 11 permainan di Liga Perdana dan pelbagai perkara mungkin berlaku dalam perlawanan sebegitu tetapi yang pasti, kami dalam kedudukan yang baik di saat ini,
‘‘Kami mahu pastikan hanya untuk fokus hingga akhir musim dan bersikap professional,’’ kata Rooney.
United mengejutkan pasukan semenjak jaringan gol liga pertama mereka sejak 8 November lalu dan mengumpul semua tiga mata di St James’ Park.
Gol Peter Lovenkrands mengakhiri kemaraan bergaya penjaga gol Belanda, van der Sar selama 1,311 minit di Liga Perdana yang melalukan kesilapan yang jarang dilakukan sehingga meresahkan Ferguson, Sabtu lalu.
Fergusan menggunakan kepakaran Ben Foster bagi perlawanan Piala Liga menewaskan Tottenham hujung minggu lalu dan dia menyumbang dua pertiga kemenangan United musim ini
‘‘Ia berlaku dan Edwin tahu dia membuat kesilapan,’’ kata penyerang England
‘‘ Tetapi pada musim ini dia banyak membantu memberi kemenangan pada kami,’’ katanya
Paul Scholes, Ryan Giggs dan Jonny Evans akan kembali ke United untuk berada di barisan hadapan selepas hilang dalam permainan menentang Newcastle.
Fulham yang mempunyai rekod bersih musim ini dengan hanya mengikat mata seri dengan United Sabtu lalu tetapi terpaksa bertungkus lumus ketika menentang Hull dan mendapat gol lewat pada Sabtu lalu
‘‘Sememangnya pemain-pemain itu memerlukan sesuatu. Tiada cara bermain dengan teruk untuk kalah selain bermain dengan baik. Anda sepatutnya di hadapan dan menjaringkan gol tetapi kalah.
‘‘Kita perlu bangkit dan jika tidak bermotivasi menentang Manchester United dalam suku akhir ini Piala FA ini, itu adalah masalah,’’kata pengurusnya, Roy Hodgson. – AFP
![]() |
| FERGUSON menjulang Piala Liga yang dimenangi United di Stadium Wembley Ahad lalu. |
Ketika ini, United dilihat selesa memimpin Liga Perdana England dengan kelebihan tujuh mata ke atas Chelsea dan Liverpool.
Rekod kemenangan United lebih banyak membantu mereka melebarkan penguasaan ke atas kedua-dua pencabar utama itu.
Bagaimanapun, lain pula dengan situasi Barcelona. Sebelum ini, kelab Catalan itu cukup gah memimpin takhta liga, namun mereka kini semakin diekori rapat pencabar terdekat, Real Madrid apabila kedua-dua pasukan itu hanya dibezakan empat mata.
"Barcelona telah bermain tiga kali seminggu iaitu Sabtu, Rabu dan Sabtu sekali lagi sejak Januari lalu," kata Ferguson.
"Mereka pernah mendahului 11 mata tetapi kini jurang menjadi empat mata dan buat pertama kalinya, tahun ini mereka kalah dua perlawanan berturut-turut.
"Ia satu amaran dan banyak kali telah berlaku. Sekiranya kamu mula hilang tumpuan, kamu akan menanggung akibatnya."
Sementara itu, kapten United, Gary Neville mengakui, memenangi tiga lagi trofi musim ini mungkin sangat sukar biarpun Red Devils baru menjulang gelaran Piala Liga Ahad lalu.
Prestasi semasa United telah membuatkan ramai menganggap mereka mampu mencatat sejarah menjuarai lima trofi musim ini.
Namun, Neville masih enggan terlalu yakin bahawa United mampu merangkul kesemua kejuaraan tersebut.
"Saya tidak pasti mengenainya. Kami dalam kedudukan yang baik untuk memenangi semua gelaran ketika ini.
"Pastinya kami akan cuba memenangi setiap perlawanan tetapi ia sangat sukar.
"Semuanya bergantung kepada nasib kamu. Kami memang suka sesuatu yang mencabar dan itulah perkara yang paling penting sekali," kata Neville.
- Agensi
![]() |
| |
Namun begitu, menurut ejen pemain Perancis berusia 25 tahun itu, Alain Migliaccio, pengurus United, Alex Ferguson hanya akan membawa Ribery ke Old Trafford sekiranya mereka melepaskan Cristiano Ronaldo ke Real Madrid.
Ribery beraksi cemerlang buat kelab gergasi Jerman itu musim ini dengan meledak enam gol dalam 16 perlawanan.
Ia sekali gus menyaksikan dia mula mendapat perhatian kelab handalan dari England, Itali dan Sepanyol.
Minggu lepas, Barcelona mendedahkan bahawa mereka hampir pasti mendapatkan Ribery selepas selepas Migliaccio memberitahu secara dasarnya, kedua-dua belah pihak telah mencapai persetujuan untuk pemain itu menandatangani kontrak selama empat tahun di Nou Camp.
Begitupun, Migliaccio menjelaskan bahawa Old Trafford mungkin menjadi destinasi yang sesuai buat Ribery.
"Jika Manchester United menjual Cristiano Ronaldo, Alex Ferguson akan menggunakan wang perpindahan itu untuk mendapatkan Ribery," kata Migliaccio.
Ketika ini, Ribery memiliki baki kontrak bersama Bayern hingga 2011.
Menjelang pemilihan presiden kelab Real Madrid pada musim panas depan, Ronaldo mungkin akan dikait- kan sekali lagi untuk menyertai kelab gergasi Sepanyol itu.
Persoalannya, adakah Ferguson mahu mengekalkan Pemain Terbaik Eropah dan Dunia itu sekiranya Real menyatakan minat mereka sekali lagi ke atas bintang Portugal itu?
- Agensi

United akan berdepan Newcastle United awal pagi esok dan dengan kelebihan tujuh mata ke atas pencabar terdekatnya, Chelsea, skuad kendalian Alex Ferguson itu dilihat berada dalam keadaan terbaik untuk mempertahankan kejuaraan mereka.
Namun, Giggs antara pemain veteran United, sedar akan bahaya yang mungkin dihadapi mereka dalam usaha merangkul trofi tersebut.
"Kami tidak akan memandang mudah situasi ini," kata- nya.
"Kami pernah terlepas gela- ran sebelum ini dan juga pernah memenangi kejuaraan ini ketika kami ketinggalan. Ia akan menjadi sukar kerana kami mempunyai beberapa perlawanan penting selepas ini.
"Jika kelab ini kalah satu perlawanan, ia akan menjadi bencana, jadi kami hanya perlu me- ngekalkan momentum terkini kami."
Fokus utama United kini ialah pertemuan menentang Newcastle sebelum aksi suku akhir Piala FA dengan Fulham di Craven Cottage, Sabtu ini.
Rabu depan, United dijadualkan menentang Inter Milan pada aksi kedua pusingan kalah mati Liga Juara-Juara di Old Trafford.
Sehingga itu, United akan tahu adakah sasaran mereka untuk menjulang lima gelaran musim ini realistik atau tidak.
"Momentum ini telah bersama kami sejak memenangi kejuaraan treble lagi," kata Giggs. - Agensi


Begitupun, usaha mereka untuk menjulang gelaran juara tidak dicapai dengan mudah kerana terpaksa berjuang sehingga ke masa tambahan selepas seri tanpa jaringan sebaik masa perlawanan sebenar tamat.
Pada masa tambahan, skuad bimbingan Alex Ferguson itu tetap sukar untuk meloloskan diri kerana tidak diberi ruang oleh pemain Spurs.
Kemenangan hanya ditentukan menerusi sepakan penalti yang menyaksikan United menang 4-1.
Wira perlawanan akhir itu sudah pastinya penjaga gol United, Ben Foster apabila menyelamatkan sepakan penalti pertama Spurs menerusi Jamie O’Hara.
David Bentley pula gagal menyempurnakan sepakan penalti ketiga Spurs sebelum Anderson memastikan kemenangan bergaya buat United.
Sebelum itu, Ryan Giggs, Carlos Tevez dan Cristiano Ronaldo juga menyempurnakan tugas mereka bagi mengesahkan kemenangan mereka pada perlawanan akhir itu.
Ini merupakan kejayaan ketiga United pada Piala Liga dan kali terakhir melakukannya ialah pada tahun 1992 dan 2006.
Dengan kejayaan itu, United kini telah mendakap dua kejuaraan musim ini selepas menjuarai Kejohanan Kelab Piala Dunia, Disember tahun lalu.
Bagi Spurs, kekalahan itu bermakna mereka gagal mempertahankan gelaran yang dimenangi tahun lalu selepas menewaskan Chelsea 2-1 pada perlawanan akhir. – Agensi
![]() |
| RONALDO dapat tawaran lumayan untuk kekal di Old Traffrod. |
Ronaldo masih mempunyai baki tiga tahun dengan kontrak 120,000 pound (RM633,741) seminggu bersama United, namun peraturan FIFA membenarkan dia membayar pampasan kepada kelabnya sekiranya mahu keluar hujung musim ini.
Difahamkan pengurus United, Alex Ferguson merancang untuk menjadikan Ronaldo sebagai pemain terkaya dalam Liga Perdana England dengan gaji 160,000 pound (RM844,989) seminggu berserta bayaran tambahan 40,000 pound (RM211,247) lagi untuk hak imej dan aktiviti komersialnya.
"Tidak timbul lagi persoalan mengenai sama ada Ronaldo pergi atau tidak," kata Ferguson.
Sumber terbaru mendedahkan: "Cristiano mahu menyelesaikan isu perpindahannya ke Real Madrid buat selama-lamanya.
"Apabila dia bersetuju untuk kekal di United tahun lepas, dia ingat hanya untuk setahun saja.
"Tapi nampaknya dia mahu melupakan terus cita-citanya itu kerana dia kini sudah sedar yang dia mampu merealisasikan impiannya di Old Trafford."
Sementara itu, rakan senegara Ronaldo, Luis Figo, Pemain Terbaik Dunia itu sepatutnya meninggalkan Old Trafford dan menyertai Real Madrid.
"Real Madrid adalah kelab yang paling penting dalam dunia ini dan kelab terhebat di dunia. Saya rasa Cristiano telah melengkapkan kariernya di United," kata Figo.
"Cristiano seorang pemain yang bagus, tapi dia akan menjadi lebih bagus di Real Madrid." - Agensi
Status : married with two daughter
*Mudahkan urusan anda
*Renewal road tax dan insuran
*Terus ke pintu
*Premium insuran boleh dirunding
*6 bulan @ setahun @ budget pocket
*klang valley sahaja
call segera....En.Asmadi di talian 0196633543
-------------------------------------------------
Alpha Lipid Lifeline
Susu berkolostrum tinggi yg dapat menghasilkan antibodi
&membina semula sel-sel agar kembali kuat untuk melawan berbagai jenis penyakit.
Maklumat lanjut boleh terus ke link=Alpha Lipid Lifeline
| real estate website design |