

![]() |
| ROONEY menjadi tumpuan media selepas kisah peribadinya termasuk bersama pelacur terbongkar. |
Carling Cup - Fergie in Spain as Owen fires United win
![]() |
| |
Kelmarin, bintang antarabangsa Bulgaria itu meledak hatrik bagi membantu The Red Devils mencatat kemenangan 3-2 ke atas Liverpool dalam saingan Liga Perdana England di Old Trafford.
Namun, Berbatov secara terbuka mengakui, dia sebenarnya berasa bimbang dengan tindakan yang bakal diambil pengurus United, Alex Ferguson selepas pasukannya melepaskan dua gol ketika mereka sedang mendahului 2-0.
Jika ia terjadi, Ferguson sudah pasti merupakan individu yang paling kecewa selepas menyaksikan anak-anak buahnya melakukan perkara yang sama apabila sekadar seri 3-3 dengan Everton minggu lalu.
"Selepas mendahului 2-0 dan memberikan peluang buat Liverpool menyamakan kedudukan, kami (pemain-pemain United) sedar Ferguson pastinya berang dengan perkara tersebut," kata Berbatov.
Bagaimanapun, Berbatov muncul wira apabila meledak hatrik yang juga gol ketiga United pada minit ke-84.
Sebelum itu, Berbatov menjaringkan gol pada minit ke-42 dan ke-59 manakala kapten Liverpool, Steven Gerrard menyumbat dua gol (64 dan 70).
Untuk rekod, jaringan hatrik Berbatov itu adalah yang julung-julung kalinya dilakukan pemain United dalam tempoh 64 tahun sepanjang berdepan dengan Liverpool.
"Ia merupakan hari ajaib buat saya dan ia sangat istimewa apabila saya berjaya meledak hatrik bagi membantu United menewaskan pencabar terde- kat kami.
"Setiap pemain sangat gembira dengan kejayaan tersebut dan saya pulang ke rumah dengan kenangan paling manis," jelas Berbatov. - Agensi
_____________________________________________________________________
![]() |
| Dimitar Berbatov (kanan) melompat mengatasi pemain pertahanan Liverpool, Martin Skrtel dalam saingan Liga Perdana England, kelmarin. Manchester United menang 3-2. – AFP |
Setelah diselar kerana perpindahannya bernilai 30 juta pound (RM145 juta) dari Spurs pada 2008 tidak berbaloi, Berbatov membalas kepercayaan Ferguson dengan menjaringkan gol menakjubkan dalam kemenangan klasik 3-2 di Old Trafford.
Selepas aksi kurang meyakinkan musim lepas, Berbatov telah menjaringkan tujuh gol setakat enam perlawanan dalam semua kejohanan musim ini, termasuk gol kedua yang hebat menerusi gaya akrobatik ketika menentang Liverpool.
Ketika praperlawanan, Ferguson memberi amaran kepada Berbatov bahawa kempen musim ini sangat besar buatnya dan pemain yang memegang rekod perpindahan termahal itu akhirnya memberi reaksi yang positif.
“Jaringan kedua memang tidak dijangkakan, ia percubaan mengejut. Tidak ramai yang melakukan percubaan seperti itu berakhir dengan bola masuk ke dalam gawang, kami pernah melihatnya dan ia berlaku sekali lagi, hari ini dia berjaya melakukannya.
“Kami lihat Dimitar mula percaya kepada dirinya sendiri. Banyak kritikan dilemparkan kepadanya musim lepas, ia berlaku terhadap pemain yang menyertai United dengan nilai perpindahan yang tinggi dan mereka tidak melakukan hatrik setiap perlawanan.
“Ia adalah cara beberapa pemain yang datang ke sini tetapi musim ini dia bermula dengan cara yang betul. Latihannya sudah bagus, dia beraksi pada jelajah pra-musim.
“Tidak boleh diragui kualitinya dan kami melihatnya sekali lagi hari ini,” kata Ferguson.
Ferguson, yang sememangnya berhajat untuk menewaskan Liverpool, menjadi saksi pertemuan terbaru di antara dua musuh tradisi itu yang berakhir dengan kemenangan pasukannya.
Pengurus veteran itu sangat gembira dengan kemenangan tersebut.
“Kemenangan ini merupakan satu ujian. Ketika ini orang bercakap tentang Liverpool yang kalah.
‘‘Ia akan menjadi perkara yang sama jika kami tidak menang. Ia adalah perkara yang biasa dalam perlawanan,” ujarnya.
Ferguson juga mengulas mengenai penyerang Liverpool, Fernando Torres yang berjaya mendapatkan sepakan bebas untuk membolehkan Steven Gerrard menjaringkan gol penyamaan selepas kekasaran dilakukan ke atasnya oleh John O’ Shea.
“Saya melihatnya, amat jelas Torres berlakon, ia tidak boleh disangkal lagi. Dia cuba supaya pemain kami diperintah keluar padang,” kata Ferguson.
Selepas Gerrard menjaringkan gol melalui sepakan penalti dan sepakan percuma, Berbatov menanduk masuk gol kemenangan pada minit ke-84, untuk meraih tiga mata.
“Pelbagai perkara bermain dalam fikiran saya ketika kedudukan 2-2.
‘‘Namun, kami menunjukkan semangat melawan yang tinggi, kami bersaing sehingga tamat perlawanan.
“Kami harap pada masa akan datang, kami tidak akan mengusutkan lagi keadaan. Kami akan terus bekerja keras. Perjalanan masih panjang. Saya berharap pada penghujung saingan nanti, kami berada di tangga teratas,” kata Berbatov. – AFP


BASEL - Jurulatih England, Fabio Capello mempunyai sebab untuk memuji Wayne Rooney biarpun tercetus kontroversi berkaitan kehidupan peribadi ayam tambatannya itu baru-baru ini.
Rooney sekali lagi dijulang sebagai wira England apabila berjaya menyumbangkan satu gol ketika membantu skuad Three Lions menewaskan Switzerland 3-1 pada saingan kelayakan Euro 2012 awal pagi semalam.
Lebih manis, jaringan yang dilakukan Rooney itu telah menamatkan kemarau yang dialaminya selepas hampir setahun dia gagal menjaringkan sebarang gol di pentas antarabangsa.
Terdahulu, timbul persoalan sama ada Rooney akan diturunkan atau tidak pada pertemuan menentang Switzerland ekoran skandal seksnya bersama seorang pelacur.
Menurut media di Britain, penyerang berusia 24 tahun itu telah menipu isterinya, Coleen yang ketika itu sedang sarat mengandung apabila meniduri seorang pelacur bernama Jennifer Thompson.
Namun Rooney seakan-akan tidak mahu mengendahkan kontroversi tersebut, sebaliknya terus memberi fokus kepada skuad England.
"Tekanan sebenarnya dirasai oleh Rooney tetapi dia berjaya membuktikan kualiti yang dimilikinya dengan aksi menakjubkan. Dia sentiasa menjadi nadi utama dalam setiap pergerakan kami.
"Seperti yang saya katakan semalam (kelmarin), Rooney berada dalam keadaan baik sahaja ketika sesi latihan dan dia berjaya membuktikannya apabila beraksi dengan minda yang hanya memikirkan untuk membantu England menang.
"Dia berjaya menumpukan sepenuh perhatiannya terhadap perlawanan dan dia berasa puas selepas tamatnya perlawanan. Yang penting adalah keputusan," jelas Capello.
Pada aksi yang berlansung di Stadium St. Jakob Park itu, England memperoleh gol menerusi jaringan Rooney minit ke-10, Adam Johnson (69) dan Darren Bent (88) sementara gol Switzerland dijaringkan oleh Xherdan Shaqiri (71). - AFP
![]() |
| Pengurus skuad bola sepak England, Fabio Capello (kanan) serius memperkatakan sesuatu kepada Wayne Rooney dalam latihan pasukan Three Lions di St. Jakob, semalam menjelang pertemuan menentang Switzerland dalam kelayakan Euro 2012, awal pagi ini. – REUTERS |
Menurut akhbar The Sun UK, situasi ini berbeza dengan jaminan pengurus Manchester United, Alex Ferguson bahawa penyerang England itu ditawarkan kontrak baru yang menawarkan RM671,004.05 seminggu.
Ketika dunia dihangatkan kisah Rooney yang dikaitkan dengan skandal seks bersama pelacur, kebarangkalian penangguhan kontrak tersebut dipercayai mempunyai kaitan dengan kes pemain itu.
“Jika Rooney tidak menandatangani kontrak baru sehingga tahun depan, harga Rooney akan menjunam dan United akan menanggung kerugian berjuta pound, maka dia boleh menyertai mana-mana kelab yang dikehendaki di dunia ini,” menurut sumber dalaman kelab tersebut.
Bekas rakan sepasukan, Cristiano Ronaldo sebelum ini telah mempelawa penyerang berusia 24 tahun itu untuk menyertainya di Real Madrid.
Lebih membimbangkan, masalah Rooney dan isterinya yang menjadi perbualan hangat dikhuatiri yang mendorong penyerang itu berkemungkinan berhijrah keluar dari Liga Perdana England.
Sebelum ini, ada cadangan agar gaji Rooney dinaikkan bagi mengekalkannya di United sekali gus menjadi pemain paling mahal dalam kelab itu.
Red Devils bagaimanapun gagal untuk mengatasi masalah itu sekalipun Ferguson mahu terus mengekalkan pemain-pemain bintangnya yang ada antara mereka mempunyai kontrak kurang dari dua tahun.
Rooney pula masih mempunyai baki kontrak selama 18 bulan lagi.
Temu janji Rooney dengan ketua eksekutif kelab, David Gill yang sepatutnya diadakan dua minggu lepas juga tertangguh.
Rooney merupakan pemain berharga United yang mampu memberi pulangan dari segi pengiklanan dan penaja baru.
Namun, imejnya yang tercalar sejak bulan lepas, menjadi faktor yang mempengaruhi tawaran tersebut.
Kelab itu dikatakan enggan dilihat menjulang pemainnya ketika nama baik pemain itu sebagai yang wajar dicontohi telah tercalar.
Pada Ogos lepas, gambar Rooney membuang ari keci di jalan, merokok dan menyanyi pada awal pagi telah disebarkan media Britain.
Sekarang pula timbul cerita mengenai penyerang itu mengadakan hubungan seks dengan pelacur semasa isterinya sedang mengandung anak pertama mereka, Kai.
Sudah tentu pemilik kelab, keluarga Glazer mahu Rooney kembali memulihkan reputasi sebelum mereka menawarkan perjanjian yang bernilai 36 juta pound. – Agensi
Status : married with two daughter
*Mudahkan urusan anda
*Renewal road tax dan insuran
*Terus ke pintu
*Premium insuran boleh dirunding
*6 bulan @ setahun @ budget pocket
*klang valley sahaja
call segera....En.Asmadi di talian 0196633543
-------------------------------------------------
Alpha Lipid Lifeline
Susu berkolostrum tinggi yg dapat menghasilkan antibodi
&membina semula sel-sel agar kembali kuat untuk melawan berbagai jenis penyakit.
Maklumat lanjut boleh terus ke link=Alpha Lipid Lifeline
| real estate website design |