Thursday, April 17, 2008
Ronaldo boleh jadi legenda dalam 2 tahun

Masih terlalu awal dinobat selaku pemain terbaik dunia: Pele


CRISTIANO Ronaldo, nama yang sering meniti di bibir peminat bola sepak dunia malah ada yang menganggapnya sebagai jelmaan Diego Maradona atau Pele kerana kehebatannya.

Malah, pengurus pasukan Manchester United, Sir Alex Ferguson, turut menganggap Ronaldo sebagai pemain bola sepak alaf ini kerana kemampuannya selaku pemain sayap yang berjaya merobekkan gawang lawan.

Bagaimanapun, bagi legenda bola sepak Brazil, Pele, Ronaldo yang baru menyambut ulang tahunnya yang ke-22 pada 5 Februari lalu harus terus kekal di puncak prestasi dalam tempoh dua atau tiga tahun sebelum boleh digelar pemain terbaik dunia era ini.

Bintang Brazil itu yang memenangi Piala Dunia beranggapan pemain yang berasal dari Portugal itu menikmati prestasi memuncak untuk United musim ini tetapi terlalu awal untuk menganggapnya yang terbaik di dunia.

“Masih terlalu awal untuk menobatkannya selaku pemain terbaik dunia. Kita mempunyai Kaka yang turut beraksi cemerlang.

“Empat atau lima tahun lalu, kita memiliki Ronaldinho. Kita perlu menunggu sedikit masa lagi sebelum membuat keputusan. Biar kita saksikan untuk satu atau dua tahun lagi bagi memastikan apakah prestasinya kekal,” sanggah Pele.

Minggu lalu, Ferguson membandingkan skil Ronaldo dengan Pele dan Maradona yang memimpin
Argentina untuk menjulang Piala Dunia pada 1986.

Ferguson berkata, Ronaldo yang minggu lalu menandatangani kontrak lima tahun dengan pasukan yang gah di singgahsana Liga Perdana Inggeris (EPL), perlu cuba untuk mengatasi skil yang ditunjukkan dua legenda bola sepak dari Amerika Selatan itu.

Ronaldo atau nama sebenarnya Cristiano Ronaldo dos Santos Aveiro yang dilahirkan di Madeira,
Portugal turut tersenarai dalam kelompok nama besar pemain profesional untuk memburu anugerah tahunan pemain pilihan terbaik, Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional (PFA).

Ronaldo yang menyertai United ketika berusia 17 tahun dan sudah menjaringkan 21 gol pada musim EPL ini, dicabar rakan sepasukan veteran, Paul Scholes dan Ryan Giggs serta pemain Chelsea dari Ivory Coast, Didier Drogba, perancang tengah Arsenal dari Sepanyol, Cesc Fabregas dan kapten Liverpool, Steven Gerrard, yang pernah menang sebelum ini.

Malah, Ronaldo dikatakan mampu mencatat sejarah menggondol anugerah berganda apabila
namanya turut disenaraikan sebagai bintang harapan, anugerah yang khusus untuk pemain muda meningkat naik, gelaran yang pernah diraih Wayne Rooney.

Rooney yang juga rakan sepasukan Ronaldo turut dicalonkan kali ini dalam kategori ini. Selain itu, nama penyerang Reading, Kevin Doyle, 23 turut dicalonkan bersama, pemain sayap
Tottenham, Aaron Lennon, 19, dan bek berusia 18 tahun, Micah Richards, dari Manchester City.

Bermain bola sepak sejak berusia tiga tahun dan mula mempamerkan kehebatannya ketika berusia enam tahun dan dua tahun selepas itu beliau sudah pun bermain dengan pasukan amatur Andorinha.

Sebaik mencecah usia 10 tahun, namanya mula menjadi sebutan rakyat Portugal. Selepas itu Ronaldo menyertai kelab Sporting dan perlawanan pertama adalah ketika pasukannya menentang Moreirense.

Namanya terus melonjak apabila menjaringkan dua gol dalam perlawanan pertamanya itu dan selepas itu terpilih untuk mewakili Portugal untuk Kejuaraan Bawah 17 UEFA.

Kemunculannya dalam persaingan UEFA membolehkan menyerlahkan lagi namanya di mata dunia. Kemahirannya dikesan oleh pengurus pasukan Liverpool FC, Gerard Houllier ketika
Ronaldo masih berusia 16 tahun.

Bagaimanapun, Liverpool seakan menolak tuah apabila enggan mengambil Ronaldo kerana dianggap masih terlalu muda dan memerlukan terlalu banyak masa untuk membentuknya menjadi pemain sempurna.

Pengurus Manchester United, Ferguson mula tertarik dengan kehebatan Ronaldo yang mampu
bermain pada kedua-dua bahagian sayap pada musim panas 2003 apabila Sporting membelasah United 3-1 di Lisbon.

Ferguson akhirnya mengambil keputusan untuk mengikat Ronaldo terutama selepas David
Beckham berpindah ke Real Madrid dengan bayaran £12.24 juta (RM73.44 juta).

Selepas itu, media Britain terus memuji pemain ini yang dan menganggapnya sebagai Syurga Ketujuh, kerana dia diberikan jersi nombor 7 yang pernah dipakai legenda United yang lain seperti George Best, Brian Robson, Eric Cantona dan David Beckham.

Pada Oktober 2005, Ronaldo menjaringkan gol ke-1,000 United ketika perlawanan EPL meskipun pasukannya tewas 1-4 di tangan Middlesbrough.


manchesterunited 4/17/2008 08:25:00 PM
_________________

DIE HARD FAN MANCHESTER UNITED

Status : married with two daughter
Location : Pantai Dalam,KL

MINE(:

My Daughter
My Multiply
My Wife
KICK OFF(:

;DMay 2006
;DAugust 2006
;DSeptember 2006
;DOctober 2006
;DNovember 2006
;DDecember 2006
;DJanuary 2007
;DFebruary 2007
;DMarch 2007
;DApril 2007
;DMay 2007
;DJuly 2007
;DAugust 2007
;DSeptember 2007
;DOctober 2007
;DNovember 2007
;DDecember 2007
;DJanuary 2008
;DFebruary 2008
;DMarch 2008
;DApril 2008
;DMay 2008
;DJuly 2008
;DSeptember 2008
;DOctober 2008
;DNovember 2008
;DDecember 2008
;DJanuary 2009
;DFebruary 2009
;DMarch 2009
;DApril 2009
;DMay 2009
;DJune 2009
;DJuly 2009
;DAugust 2009
;DSeptember 2009
;DOctober 2009
;DDecember 2009
;DJanuary 2010
;DFebruary 2010
;DMarch 2010
;DApril 2010
;DMay 2010
;DJune 2010
;DJuly 2010
;DAugust 2010
;DSeptember 2010
;DOctober 2010
;DNovember 2010
;DDecember 2010
;DJanuary 2011
;DFebruary 2011
;DMarch 2011
;DApril 2011
;DMay 2011
;DJune 2011
;DJuly 2011
;DAugust 2011
;DSeptember 2011
;DOctober 2011
;DDecember 2011
;DJanuary 2012
;DFebruary 2012
;DMarch 2012
;DApril 2012

Iklan(:

Renewal Road Tax&Insuran

*Mudahkan urusan anda
*Renewal road tax dan insuran
*Terus ke pintu
*Premium insuran boleh dirunding
*6 bulan @ setahun @ budget pocket
*klang valley sahaja

call segera....En.Asmadi di talian 0196633543
-------------------------------------------------

Alpha Lipid Lifeline

Susu berkolostrum tinggi yg dapat menghasilkan antibodi &membina semula sel-sel agar kembali kuat untuk melawan berbagai jenis penyakit. Maklumat lanjut boleh terus ke link=Alpha Lipid Lifeline

Nuffnang Advertise(:


HIT-COUNTER(:

website design company
real estate website design
cbox