
Hargreaves anggap sertai United berbaloi
MOSCOW: Owen Hargreaves percaya kejayaan Manchester United melangkah ke final Liga Juara-Juara, membuktikan perpindahannya ke kelab bola sepak Inggeris itu sebagai pemain tengah, berbaloi apabila akan turun dalam percubaannya merangkul pingat kedua Liga Juara-Juara.
Hargreaves meraih gelaran juara Liga Juara-Juara bersama Bayern Munich pada 2001, namun menamatkan kejayaan penuh bergaya sejak sedekad bersama kelab Jerman tahun lalu untuk bersama United dengan yuran perpindahan bernilai RM107.1 juta.
“Pada umur saya menjangkau 26 tahun, saya merasakan saya perlukan cabaran baru. Saya selesa di Munich, hampir terlalu selesa,” kata pemain antarabangsa England kepada wartawan sebelum perlawanan akhir menentang Chelsea di Moscow.
“Saya mahu membuat langkah seterusnya - jurulatih baru, rakan pasukan baru dan cabaran baru. Satu saja sebab saya meninggalkan Bayern Munich - untuk bersama kelab handalan dan Manchester United mempunyai semua itu.
“Saya gembira mengambil keputusan berpindah itu kerana saya rasa kami mempunyai pemain yang berpotensi untuk mencapai sesuatu yang istimewa,” katanya.
Semuanya akan berlaku, esok, bersama United yang baru meraikan kejayaan merangkul gelaran juara Liga Perdana Inggeris, kurang daripada seminggu dalam usaha mereka mengulangi kejayaan Eropah pada 1999 ke atas Bayern Munich ketika Hargreaves baru memulakan kariernya bersama Bundesliga.
“Saya fikir saya sudah melakukan yang termampu ketika bersama Munich. Saya menempuh satu masa yang hebat di sana. Ia satu perasaan yang hebat dan banyak yang saya pelajari,” katanya.
“Saya meraih empat gelaran liga, tiga piala kali dan sekali gelaran juara Liga Juara-Juara dan ia adalah masa yang sesuai untuk beralih angin. Pada umur seperti ini, saya merasakan United adalah tempat yang paling baik untuk saya. Saya gembira berpindah.” - Reuters
Status : married with two daughter
*Mudahkan urusan anda
*Renewal road tax dan insuran
*Terus ke pintu
*Premium insuran boleh dirunding
*6 bulan @ setahun @ budget pocket
*klang valley sahaja
call segera....En.Asmadi di talian 0196633543
-------------------------------------------------
Alpha Lipid Lifeline
Susu berkolostrum tinggi yg dapat menghasilkan antibodi
&membina semula sel-sel agar kembali kuat untuk melawan berbagai jenis penyakit.
Maklumat lanjut boleh terus ke link=Alpha Lipid Lifeline
| real estate website design |