

![]() |
| VIDIC masih adabaki kontrak dua tahun di Old Trafford. |
Tawaran tersebut dibuat bagi menggagalkan usaha kelab gergasi Sepanyol, Real Madrid memancing tonggak pertahanan Serbia itu dari Old Traf- ford.
Vidic yang menjadi buruan Real, mengharapkan kontrak baru sejak 12 bulan lepas, namun baru kini United bersedia untuk duduk dan berbincang mengenai kontrak lanjutan selama dua tahun.
Real dilapor sanggup membayar £25 juta (RM123 juta) ke atas pemain pertahanan tengah itu yang sebelum ini mendedahkan, dia mahu menerima gaji yang banyak seperti dua tonggak United, Wayne Rooney dan Rio Ferdi- nand.
Situasi tersebut menyaksikan United akhirnya terpaksa menawarkan kontrak baru kepada pemain berusia 28 tahun itu.
Vidic masih ada baki dua tahun lagi dalam kontrak empat tahunnya ketika menyertai United dari Spartak Moscow dengan harga £7.2 juta (RM35.5 juta) pada 2006.
Jika segala perancangan berjalan dengan baik, kontrak baru Vidic itu nanti bakal menyaksikan dia kekal di Old Trafford sehingga Julai 2014.
Ketika tahap kecergasan Ferdinand masih diragui selepas dia berehat panjang ekoran kecederaan belakang, skuad The Red Devils pastinya tidak mahu kehilangan Vidic pada musim panas ini.
Pengurus United, Alex Ferguson tiada banyak pilihan di posisi pertahanan dengan hanya memiliki Jonny Evans yang dilihat masih tercari-cari rentak.
Wes Brown pula kurang beraksi di posisi pertahanan tengah manakala Chris Smalling kurang pengalaman kerana jarang diturunkan. - Agensi


![]() |
| Wayne Rooney |
Wayne Rooney, Patrice Evra dan Nemanja Vidic, semuanya pemain United yang bergelut untuk memberi impak pada kejohanan di Afrika Selatan.
Dalam hal ini, Giggs menyedari mereka perlu kembali mempertajamkan sentuhan, jika mahu United memulakan kempen dengan baik.
“Memang sukar selepas Piala Dunia kerana para pemain yang terlibat kini bercuti.
“Diharapkan tiada jurang yang terlalu lama di antara Piala Dunia, supaya semua orang dapat kembali ke padang.
‘‘Diharapkan pemain United akan segar semula dan kami dapat bermula dengan baik,’’ katanya.
Namun, Giggs percaya dengan saingan dari kelab yang semakin kukuh seperti Chelsea, Arsenal Manchester City, Tottenham Hotspur dan Aston Villa, Liga Perdana England musim ini, paling kompetitif. – Agensi
![]() |
| ROONEY dijangka tidak beraksi pada awal saingan Liga Perdana England musim depan ekoran masalah keletihan. |
Ini kerana, pengurus United, Alex Ferguson tidak mahu terburu-buru bagi menggunakan khidmat ayam tambatannya itu yang didapati kurang mendapat rehat selepas pulang beraksi pada kempen Piala Dunia 2010 di Arfika Selatan.
Ferguson berkata, lima lagi tonggak utama United yang beraksi pada kempen Piala Dunia kali ini turut akan diketepikan pada awal saingan liga termasuk perlawanan pembukaan menentang Newcastle United, 16 Ogos ini.
Keenam-enam pemain tersebut dijangka hanya akan kembali menjalani latihan bersama skuad The Red Devils pada 28 Julai ini.
"Sememangnya memenangi setiap perlawanan adalah sebahagian daripada perkara utama yang perlu dilakukan di sini (United), namun apa yang lebih penting adalah memastikan pemain-pemain benar-benar cergas sebelum boleh diturunkan.
"Ia merupakan salah satu usaha dan persiapan terakhir bagi kami sebelum memulakan saingan musim baru, sekali gus memenangi perlawanan.
"Setelah kesemua pemain tersebut kembali menjalani latihan bersama kami, saya akan menjalankan ujian kecergasan terhadap mereka sebelum membuatkan keputusan sama ada mereka boleh diturunkan ataupun tidak pada aksi pembukaan menentang Newcastle.
"Begitupun, saya dapat merasakan yang ada di kalangan mereka pasti tidak akan diturunkan," jelas Ferguson.
Selain Rooney, lima lagi tonggak utama United yang akan terus diperhatikan Ferguson ialah kapten Korea Selatan, Park Ji-sung, Nemanja Vidic (Serbia), Patrice Evra (Perancis), Michael Carrick (England) dan seorang muka baru, Javier Hernandez (Mexico). - Agensi
![]() |
| GIGGS tidak menolak kemungkinan untuk berhijrah ke Amerika Syarikat suatu hari nanti. |
Giggs kini sedang memikirkan untuk beraksi dalam saingan Liga Bola Sepak Amerika Syarikat (MSL) sebelum mengakhiri kariernya.
Sekiranya hasrat tersebut menjadi kenyataan, ini bermakna Giggs akan mengikut jejak langkah bekas bintang United, David Beckham yang kini menyarung jersi LA Galaxy.
Giggs, 36, dilapor bakal meninggalkan England musim depan sejurus kontraknya bersama United tamat.
"Beckham merupakan nama besar dalam saingan bola sepak di pentas antarabangsa yang mana dia masih beraksi bersama skuad kebangsaan England dan ia sukar bagi kita untuk memandang rendah tahap kualiti yang dimiliki dalam MSL.
"Bermastautin di Amerika Syarikat adalah suatu perkara yang baik bagi menjalani kehidupan berkeluarga.
"Saya masih mempunyai baki kontrak selama setahun bersama United dan selepas itu nanti, mungkin saya sudah terlalu tua," jelas Giggs.
Prestasi serta kualiti yang dimiliki pemain antarabangsa Wales ini sememangnya tidak boleh dipertikaikan lagi meskipun telah dimamah usia dan semakin menghampiri detik-detik persaraan.
"Semakin bertambah usia kamu, kamu akan semakin dihargai.
"Setiap musim saya akan cuba melakukan yang terbaik dan ia telah dibuktikan dengan persembahan yang saya pamerkan," katanya.
Ketika ini, skuad United berada di Chicago sebagai persiapan menghadapi kempen musim depan dan dijadual berdepan barisan bintang MSL dalam satu aksi persahabatan. - Agensi
Status : married with two daughter
*Mudahkan urusan anda
*Renewal road tax dan insuran
*Terus ke pintu
*Premium insuran boleh dirunding
*6 bulan @ setahun @ budget pocket
*klang valley sahaja
call segera....En.Asmadi di talian 0196633543
-------------------------------------------------
Alpha Lipid Lifeline
Susu berkolostrum tinggi yg dapat menghasilkan antibodi
&membina semula sel-sel agar kembali kuat untuk melawan berbagai jenis penyakit.
Maklumat lanjut boleh terus ke link=Alpha Lipid Lifeline
| real estate website design |