Saturday, August 11, 2007
Tugas berat menanti United – Vidic
MANCHESTER, England – Pemain pertahanan Manchester United dari Serbia, Nemanja Vidic mengingatkan rakan sepasukannya supaya terus mempertingkatkan permainan masing-masing jika mahu mempertahankan kejuaraan Liga Perdana England musim ini.
United membuka kempen musim 2007/2008 dengan menentang Reading di Old Trafford hari ini selepas mendapat khidmat empat pemain baru, Owen Hargreaves, Anderson, Nani dan Carlos Tevez.
Bagi Vidic, kemasukan pemain baru itu tidak akan membawa apa-apa makna jika pemain sedia ada masih berada pada prestasi lama.
‘‘Kami perlu meningkat di semua posisi. Jika mahu merangkul lagi kejuaraan liga dan layak ke final Liga Juara-Juara Eropah, semua pemain perlu meningkat setapak ke hadapan.
‘‘Kami perlu lebih baik musim ini. Kalau mutu sama saja seperti musim lalu, alamatnya kempunan kami untuk muncul juara liga.
‘‘Ini kerana saingan makin hebat terutama dengan kehadiran lebih ramai pemain yang berkualiti di sini,” tegas Vidic.
Anak buah Alex Ferguson merampas kejuaraan liga daripada Chelsea musim lalu sekaligus menyekat pasukan Jose Mourinho itu daripada mencatat hatrik.
Vidic yang berpasangan mantap dengan Rio Ferdinand sebagai tonggak di benteng pertahanan United percaya pencabar seperti Chelsea, Arsenal dan Liverpool juga menyedari keadaan ini.
‘‘Setiap perlawanan menentang kelab tersebut sama sukarnya dengan kelab lain. Oleh itu fokus kepada diri sendiri adalah lebih baik,” tegasnya.
Mengenai Teves yang berjaya dibawa masuk dalam pasukan United, Vidic berkata, ia memberi satu lagi kelebihan kepada kelabnya.
Bagaimanapun Tevez tidak akan diturunkan menentang Reading tetapi dijangka sedia untuk perlawanan menentang Manchester City, minggu depan.
‘‘Tevez seorang pemain yang bagus. Memiliki gerakan badan yang menarik dan masih muda usianya.
‘‘Sudah tentu gandingannya bersama Wayne Rooney akan menghasilkan kuasa serangan yang bertenaga,” jelasnya.
– AFP
manchesterunited
8/11/2007 11:55:00 AM
_________________
Misi Fergie
MANCHESTER: Pengurus Manchester United mengharapkan juara bertahan Liga Perdana Inggeris (EPL) itu akan menjadi bertambah kuat untuk terus memastikan gelaran berterusan apabila turun beraksi bagi mempertahankan takhta juara mereka, esok (Ahad).
United menamatkan penguasaan Chelsea selaku juara EPL dengan menjuarai liga itu dalam masa empat tahun musim lalu dengan Ferguson yakin pengalaman akan menjadikan mereka lebih baik.
“Apa yang anda mahukan saksikan dalam pasukan sekarang selepas menjuarai EPL ialah pasukan lebih berkuasa, lebih konsisten dan berterusan dalam perlawanan mereka,” kata Ferguson memberitahu wartawan.
“Kami menjangkakan pemain muda akan lebih meningkat seperti Rooney dan Ronaldo. Mereka akan menjadi lebih baik. Tiada sebarang keraguan mengenai perkara itu dalam fikiran saya.
Dia berkata: “Kami juga menjangkakan pemain lain seperti Fletcher, O’Shea, Vidic dan Evra akan mempamerkan penguasaan serta kekuatan mereka.
“Saya rasa kita perlu melihat peningkatan di sini, dan saya rasa kami memiliki orang yang tepat dari segi pengalaman seperti Neville, Giggs dan Scholes, Ferdinand dan Van der Sar.”
Ferguson akan memulakan saingan musim ke-20 mengendalikan Old Trafford dan kini mencari gelaran EPL kali ke-10, satu sasaran yang begitu bernilai yang akan dikongsinya bersama pemain sayap veteran, Ryan Giggs.
“Ia satu cabaran hebat bagi seseorang seperti sebagai contohnya,” kata Ferguson. “Ia satu peluang yang hebat bagi Ryan untuk mendapatkan 10 pingat kerana sukar membayangkan ia dapat dilakukan sekali lagi.
“Saya rasa cabaran lebih menjurus kepada pemain.”
Chelsea sekali lagi akan memulakan musim saingan ini sebagai pencabar utama United tetapi Ferguson menjangkakan cabaran sengit bakal diberikan oleh Arsenal dan Liverpool.
Kejayaan United musim lalu berpunca daripada kemenangan berturut-turut pada 11 perlawanan daripada 13 permulaan dan Ferguson kini sedang mencari kesan yang sama seperti itu apabila skuadnya turun menentang Reading, esok.
Bagaimanapun, pemain dibeli Ferguson pada musim panas seperti pemain tengah England, Owen Hargreaves kelihatan bakal turun beraksi pada pertarungan di Old Trafford.
Anderson dan Nani tersenarai dalam skuad itu tetapi masih belum bersedia untuk beraksi manakala penyertaan Carlos Tevez daripada West Ham akhirnya menjadi kenyataan- Agensi
manchesterunited
8/11/2007 08:51:00 AM
_________________
Thursday, August 9, 2007
United can win all four - Fletcher
Darren Fletcher reckons Manchester United can challenge on four fronts this season following the captures of Owen Hargreaves and Carlos Tevez.The Red Devils flexed their muscles on Wednesday by sending one side to Belfast for a friendly with Glentoran and another team to Dunfermline ark to play in Scott Thomson's testimonial, both matches resulting in victory for the visitors.
Hargreaves made his second appearance in a red jersey since signing from Bayern Munich at East End Park, although Tevez's protracted move from West Ham had not been finalised in time for him to travel.
And Fletcher, 23, believes United are now ready for a tilt at the Champions League, Premier League and the two domestic cup competitions.
He said: "We've added to the squad, it's top quality and we have the numbers to compete for everything this season.
"You can more or less play 11-a-side in training and it keeps everyone sharp.
"Everyone is competing for their place and you know that if you get a chance then you have to take it.
"The manager wants a selection headache. It's better that way than struggling without enough players.
"And if you want to contend for the four trophies then we will need a big squad because towards the end of the season you will pick up injuries and suspensions
"Hargreaves looked great against Dunfermline. Obviously he has not played as many games as he would have liked because he picked up a little injury but he looks fit now and he is impressing everyone.
"I'm sure once he gets used to the way we play, and the more games he plays, he will be a big hit.
"Tevez can bring directness and excitement. He is a player that I'm sure the fans at Old Trafford will love.
"Wayne Rooney and him are from a similar mould.
"You saw what he did for West Ham and he is going to be a great addition to the squad.
"He likes to make things happen when he has got the ball, he also has raw strength and he has the presence to handle the big stage.
"He's also impressed in training and I'm sure he will impress the fans as well."
The Scotland midfielder will play a pivotal role in the forthcoming Euro 2008 double-header against Lithuania at Hampden and France in Paris but the United star has his eyes firmly fixed fighting his way in to the Old Trafford starting eleven, starting with Sunday's Premier League opener against Reading at home.
Fletcher said: "Scotland has a big double-header and these games are important but my focus is on the beginning of the league with Manchester United and I hope we get off to a good start.
"It is exciting. We want to retain our title.
"At a club like Manchester United that's what it is all about. Winning the Premiership last season was a great achievement but they want more and that's why it's great to be at this club."
manchesterunited
8/09/2007 11:50:00 PM
_________________
Kelab sama diramal ungguli EPL
LONDON:Sembilan puluh hari selepas kempen musim lalu berakhir dan kontroversi West Ham terlepas daripada tersingkir dari Liga Perdana Inggeris (EPL), musim baru bermula hujung minggu ini dengan harapan lebih tinggi dan pasukan sama dijangka akan mengulangi kejayaan.
Rekod perbelanjaan musim ini mencapai lebih 350 juta pound (RM2,450 juta) tetapi masih lagi Manchester United dan Chelsea menjadi pilihan untuk menjulang kejuaraan.
United yang menewaskan Chelsea menerusi sepakan penalti dalam Perisai Komuniti minggu lalu akan memulakan aksi musim ini bertemu Reading, Ahad ini.
Pengurus United, Alex Ferguson berharap pasukannya akan dapat mengulangi pencapaian 12 bulan lalu apabila pasukannya memulakan 10 perlawanan pertama dengan mencatat 25 mata.
Selepas melepasi harapan musim lalu, Reading mungkin mendapati saingan musim ini lebih mencabar dan pasti tidak dapat mencari permulaan yang sukar.
Ketika Ferguson mempunyai pilihan pemain serangan yang banyak, rakan sejawatnya di Chelsea, Jose Mourinho berharap dia mempunyai 16 pemain cergas untuk perlawanan pembukaan Ahad ini apabila berdepan pasukan yang baru naik ke EPL, Birmingham City.
Chelsea memulakan kempen dengan senarai kecederaan yang panjang dengan lebih dari sedozen pemain berada di bilik rawatan minggu ini dan Mourinho berharap muka baru seperti Steve Sidwell dan Tal Ben-Haim bersedia melakukan penampilan yang meyakinkan.
Jadual Ahad ini juga merangkumi perlawanan sejiran London antara Arsenal dan Fulham dan pasukan tuan rumah, Arsenal pasti mahu mencari tanda positif pada perlawanan pertama tanpa Thierry Henry.
Sepak mula pertama musim ini ialah di Sunderland yang meraikan kepulangan semula ke EPL dengan perlawanan di tempat sendiri berdepan Tottenham Hotspur.
Dengan Roy Keane sebagai pengurus, kelab timur laut England itu boleh mengharapkan peningkatan dari musim mengecewakan 2005/06 yang menyaksikan penyokong Sunderland terpaksa menanti sehingga Mei untuk kemenangan pertama di tempat sendiri.
Sunderland akan diuji Tottenham yang mensasarkan empat pasukan teratas musim ini selepas membelanjakan 40 juta pound (RM280 juta) termasuk melamar penyerang bernilai 16.5 juta pound (RM 115.5 juta) Darren Bent.
Liverpool yang beraksi di Villa Park berdepan Aston Villa, juga mengharapkan musim lebih cemerlang pada 2007/2008 ini apabila pasukan bimbingan Rafael Benitez itu kini dibarisi belian termahalnya, Fernando Torres dan dijangka akan mencabar kejuaraan. - Reuters
manchesterunited
8/09/2007 09:47:00 AM
_________________
Wednesday, August 8, 2007
Manchester two-nited after wins
Two Manchester United sides claimed friendly wins over Glentoran and Dunfermline on Wednesday.
Carlos Queiroz's XI secured a 3-0 success in Belfast thanks to first half goals from Fraizer Campbell, Patrice Evra and Nani.
Campbell opened the scoring just five minutes in after some great work by winger Lee Martin to win possession in the final third.
It did not take long for United to double their advantage with a fine counter-attack resulting in Evra finishing expertly from Campbell's through-ball.
United saved the best for last with Nani's superb strike from the edge of the area on 36 minutes the pick of the goals.
Second half changes naturally hindered United's progress although a spirited second-half display from Glentoran left the fans with plenty to smile about.
Elsewhere, a second Manchester United XI coasted by Dunfermline 4-0 at East End Park.
Sir Alex Ferguson's side were in control at half-time thanks to goals from wingers Chris Eagles and Ryan Giggs.
Wayne Rooney bagged a second half brace, his first coming from the penalty spot, to complete a fine night's work for the English champions.
manchesterunited
8/08/2007 05:46:00 PM
_________________
Tuesday, August 7, 2007
Ferguson gembira keserasian pemain
LONDON: Kejayaan Manchester United ke atas Chelsea yang sedang dibelenggu kecederaan pada kempen Perisai Komuniti akan memberikan lonjakan semangat buat Alex Ferguson manakala Jose Mourinho akan menjadikan kekalahan itu sebagai memori pahit.
United menang 3-0 menerusi sepakan penalti di Wembley kelmarin selepas perlawanan masa sebenar berkesudahan seri 1-1.
Tewas 1-0 kepada Chelsea pada final Piala FA, Mei lalu, United mempamer aksi serangan yang menyaksikan mereka merampas gelaran Liga Perdana Inggeris daripada skuad Mourinho musim lalu.
Ryan Giggs membuka jaringan pada minit ke-35 manakala Cristiano Ronaldo dan Wayne Rooney sentiasa menghadirkan ancaman dan Patrice Evra sering naik membantu serangan dari sebelah kiri.
Ia sesuatu yang boleh dibanggakan walaupun tanpa dua penyerang United, Louis Saha dan Ole Gunnar Solskjaer selain penangguhan pemain terbaru, Carlos Tevez.
Jentera serangan United diperkuatkan dua lagi pendatang baru, pemain tengah Brazil, Anderson dan pemain sayap Portugal, Nani, yang masuk pada babak kedua.
Dan aksi pemain tengah England, Owen Haregreaves, yang mula muncul buat United pada perlawanan persahabatan Sabtu lalu, semakin menambah ceria buat skuad bimbingan Ferguson itu.
“Kami sudah mengesan potensi beberapa pemain yang kami yakin akan mampu beraksi bersama-sama Nani dan Anderson,” kata Ferguson.
“Tevez...sudah membuktikan bahawa dia mampu menjadi antara penyerang terbaik dunia. Hargreaves, dengan pengalamannya di Eropah dan kepantasannya tentu mampu membantu menguatkan pertahanan kami selain boleh melakukan serangan balas yang pantas.”
Selain itu, Ferguson turut mendapat semula khidmat Gary Neville dan perancang utama, Paul Scholes.
Musim ini, United mungkin akan menjadi semakin kukuh. Tetapi ia akan lebih mantap sekiranya Chelsea mengharungi satu lagi musim yang penuh kecederaan.
manchesterunited
8/07/2007 11:44:00 AM
_________________
Monday, August 6, 2007
Teves sertai pasukan United esok
LONDON: Penyerang Argentina, Carlos Teves akan turun padang buat pertama kali bersama Manchester United esok dan mungkin diturunkan ketika menentang Reading dalam aksi Liga Perdana minggu depan, kata pengurus, Alex Ferguson.
Ferguson turut meluahkan rasa gembiranya selepas ketibaan Tevez menyempurnakan segala proses perpindahannya dari pasukan West Ham United minggu lalu, selepas kes berkenaan berlarutan berpunca daripada persoalan siapa yang memiliki pemain itu.
Jumaat lalu West Ham bersetuju dengan yuran perpindahan 2 juta pound (RM12 juta) dengan wakil Teves, merintis jalan untuk pemain berkenaan menyertai kelab yang menjuarai Liga Perdana Inggeris (EPL) musim lalu itu.
“Saya fikir dia mengetahui bakat besar yang dimilikinya. Kami berpengalaman menghadapinya pada perlawanan lalu di Old Trafford apabila dia mengasak hebat kami,” kata pengurus United itu.
United menghantar skuad untuk berdepan dengan pasukan Ireland Utara, Glentoran dan Kelab Scotland, Dunfermline esok dengan Tevez dijadual diturunkan empat hari sebelum United memulakan liga EPL dalam usaha mempertahankan gelaran menentang Reading.
“Dia akan bermain esok. Saya belum tahu di mana, sama ada di Belfast atau Dunfermline. Ini akan menjadi perlawanan pertamanya dengan pasukan ini.
“Saya berasa lega kerana dapat menggunakan khidmatnya untuk aksi menentang Reading, dan jika tidak, dia pasti akan diturunkan minggu berikutnya,” katanya.
Malah, Ferguson sudah pun mencongak apa yang bakal dipamerkan Teves yang mempunyai corak serangan berkualiti, lebih-lebih lagi jika digandingkan dengan penyerang England, Wayne Rooney, membayangkan mereka akan digandingkan bersama sepanjang musim ini.
“Kedua-dua pemain mempunyai fizikal hampir sama dan berkebolehan menyepak bola menggunakan kedua-dua kaki, selain kemahiran meloloskan diri daripada benteng lawan,” katanya. – Reuters
manchesterunited
8/06/2007 03:42:00 PM
_________________