

Ia gara-gara persembahan hambar yang dipamerkan anak-anak buahnya apabila sekadar mencatatkan keputusan seri 2-2 dengan Fulham kelmarin.
Justeru, Ferguson menganggap tugas besar bakal menanti The Red Devils dalam usaha mereka merampas kembali gelaran juara yang menjadi milik Chelsea musim lalu.
Pada aksi yang berlangsung di Craven Cottage kelmarin, pemain gantian United, Nani dikatakan sebagai punca terhadap kegagalan The Red Devils mengutip tiga mata penuh.
Ini kerana, Nani gagal menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-87 se- lepas United berjaya mendahului 2-1.
Sebelum itu, United memperoleh gol pembukaan hasil jaringan Paul Scholes pada minit ke-11, namun Fulham berjaya menyamakan kedudukan hasil sumbangan Simon Davies pada minit ke-57.
The Red Devils kembali berada di hadapan apabila pemain pertahanan Fulham, Brede Hangeland tertampan bola ke gawang sendiri pada minit ke-84.
Bagaimanapun, Hangeland berjaya menebus kesilapannya itu apabila menjaringkan gol penyamaan Fulham pada lewat perlawanan.
"Pada mulanya saya merasakan (Ryan) Giggs akan mengambil sepakan penalti dan saya sendiri tidak tahu mengapa Nani yang berbuat demikian.
"Saya selalu menganggap kualiti bagi tendangan penalti sangat penting dan sepakan yang diambil oleh Nani itu sangat teruk," jelas Ferguson.
Ketika ini, Chelsea gah di persada liga apabila mengutip enam mata maksimum hasil kemenangan besar ke atas West Bromwich dan Wigan Athletic. - Agensi
![]() |
| Ferguson |
Jelasnya, Fulham tidak akan mempunyai peluang bagi mencipta kejutan ke atas skuad bimbingannya apabila kedua-dua pasukan berentap pada aksi Liga Perdana England di Craven Cottage, malam ini.
Aksi menentang Fulham sudah pasti antara yang dinanti-nantikan Ferguson selepas The Red Devils tewas 0-3 kepada lawan yang sama musim lalu.
Justeru, Ferguson menganggap ia merupakan peluang terbaik buat anak-anak buahnya untuk membalas dendam biarpun sedar Fulham tidak akan memberi laluan mudah setiap kali mereka beraksi di halaman sendiri.
"Kami sentiasa mengharungi detik-detik sukar setiap kali berdepan Fulham.
"Musim lalu sahaja saya terpaksa meletakkan pemain di bahagian serangan beraksi di posisi pertahanan selepas beberapa pemain mengalami masalah kecederaan.
"Disebabkan itu, kami terpaksa akur dengan kekalahan 0-3 kepada Fulham biarpun pada suatu ketika, kami bermula dengan agak baik," jelas Ferguson.
Namun Ferguson tetap mengakui Fulham kini tidak lagi boleh dipandang rendah kerana percaya kredibiliti yang dimiliki pengurus, Mark Hughes mampu membawa skuad tersebut mencipta lebih banyak kejayaan.
"Sewaktu membimbing Blackburn (Rovers), skuad tersebut tidaklah sebesar mana, namun dia (Hughes) masih mampu mengendalikannya dengan baik.
"Dengan pengalamannya itu, saya percaya dia mampu membawa Fulham mencipta lebih banyak kejutan memandangkan musim lalu kelab tersebut hampir bergelar juara dalam saingan Liga Europa," katanya.
- AFP
![]() |
| GIGGS antara pemain veteran United ketika ini. |
Begitupun, dia mengambil masa 10 tahun untuk melakukan yang terbaik bagi mengelak dirinya daripada dimarahi pengurus Manchester United itu.
Giggs mengakui hubungannya dengan Ferguson telah banyak berubah sejak dua dekad yang lalu.
Pemain veteran Wales itu mendedahkan: "Hubungan saya dengannya (Ferguson) sangat berbeza.
"Ketika kali pertama berjumpa dengannya, saya berusia 13 tahun. Selama 10 tahun berikutnya saya cuba mengelak daripada menimbulkan kemarahannya.
"Situasi itu hanya akan terjadi jika kamu gagal bermain dengan baik.
"Tetapi sekarang, dia akan meminta nasihat daripada kamu lebih banyak berbanding semasa kamu muda dahulu.
"Kamu telah melalui pengalaman dan suasana dalam bilik persalinan setiap hari."
Giggs telah memulakan penampilan musim ke-21 bersama United dan mengekalkan rekod jaringan dalam setiap musim tersebut menerusi gol ketiga ketika United mengalahkan Newcastle 3-0, Isnin lepas.
Dia juga semakin dahagakan kejayaan dan sedar pengurusnya juga begitu biarpun pada usia 68 tahun.
Giggs menambah: "Jangan ingat keinginan dan perasaan mencipta lebih banyak kejayaan telah hilang dalam diri dia (Fergu- son).
"Dia masih laparkan kejayaan dan juga membenci kekalahan." - Agensi



![]() |
| GIGGS masih lagi menjadi sandaran United untuk merampas gelaran liga musim ini. |
Berbanding jiran setempat, Manchester City, United hanya melabur £20 juta (RM100 juta) pada musim panas ini dengan membawa Chris Smalling dan Javier Hernandez.
Sebaliknya, David Silva, Yaya Toure, Jerome Boateng dan Aleksander Kolarov berpindah ke Eastlands.
Manakala kegagalan The Red Devils membeli pemain bertaraf bintang pula telah mengecewakan penyokong mereka.
Begitupun, pemain veteran, Giggs percaya United masih mampu bergelar juara liga buat kali ke-19 musim ini biarpun tanpa kehadiran pemain bergelar bintang.
Giggs, 36, berkata: "Kami tidak perlukan seorang pemain berstatus bintang sebelum tarikh tutup musim perpindahan.
"Kami masih dalam keadaan baik ketika ini. Kualiti pemain yang kami ada sekarang masih cukup bagus. Pemain kami yang cedera juga sudah kembali pulih.
"Kami mempunyai pemain muda yang dipinjamkan ke luar dan pulang semula dengan lebih matang, lebih bagus serta akan memberi faedah kepada kelab."
United mempunyai beberapa pemain muda seperti Jonny Evans, Fabio dan Rafael Da Silva, Darron Gibson, Nani, Federico Macheda, Danny Welbeck serta pemain baru, Smalling.
Javier Hernandez, seorang lagi pemain muda yang dibeli The Red Devils, beraksi cemerlang dengan menjaringkan satu gol ketika United tewas 2-3 kepada Guadalajara Chivas pada aksi jelajah pramusim.
Giggs berkata: "Hernandez adalah pemain yang berbakat. Dia mempunyai kualiti tersendiri tetapi masih banyak yang perlu dipelajari- nya." - Agensi
Status : married with two daughter
*Mudahkan urusan anda
*Renewal road tax dan insuran
*Terus ke pintu
*Premium insuran boleh dirunding
*6 bulan @ setahun @ budget pocket
*klang valley sahaja
call segera....En.Asmadi di talian 0196633543
-------------------------------------------------
Alpha Lipid Lifeline
Susu berkolostrum tinggi yg dapat menghasilkan antibodi
&membina semula sel-sel agar kembali kuat untuk melawan berbagai jenis penyakit.
Maklumat lanjut boleh terus ke link=Alpha Lipid Lifeline
| real estate website design |