

![]() |
| TEVEZ muncul wira United apabila meledak gol tunggal United semalam. |
Jaringan tersebut berpunca hasil hantaran penyerang Bulgaria, Dimitar Berbatov tujuh minit sebelum perlawanan berakhir.
Namun aksi United di Stadium Britannia itu dilihat bukan ditahap terbaik mereka.
Juara bertahan itu jelas masih keletihan berikutan baru kembali dari Jepun selepas merangkul gelaran Piala Kelab Dunia Ahad lalu.
Sebaliknya, skuad bimbingan Tony Pulis pula dilihat hampir memalukan Red Devils menerusi serangan balas dan mereka memiliki beberapa peluang untuk menjaringkan gol menerusi Danny Pugh dan Rory Delap.
Namun malang menimpa tuan rumah apabila pemain pertahanan, Andy Wilkinson dibuang padang setelah menerima kad kuning kedua kerana mengasari Cristiano Ronaldo.
Begitupun, Stoke yang dibelasah 0-5 di Old Trafford enam minggu lalu, bertahan dengan baik sehinggalah selepas Wilkinson di buang padang.
Situasi itu menyaksikan United semakin menambah tekanan ke atas Stoke dan akhirnya berjaya memperoleh gol tunggal menerusi Tevez pada minit ke-83.
Sementara itu, West Ham United membelasah Portsmouth 4-1 di Fratton Park dengan Craig Bellamy meledakkan dua gol untuk pasukan pelawat.
Dua lagi gol West Ham disumbang oleh Jack Collison dan Carlton Cole.
Tottenham Hotspur pula gagal menggunakan kelebihan di gelanggang sendiri apabila seri tanpa jaringan dengan Fulham di White Hart Lane.
![]() |
| |
Itu pandangan pengurus Manchester United, Alex Ferguson ketika mengulas mengenai sentuhan pemusnah bintangnya itu.
Ferguson berkata, aksi menakjubkan yang dipamerkan Rooney ketika United menang 1-0 ke atas Liga de Quito pada final Piala Kelab Dunia Ahad lalu telah menjadikannya seorang penyerang yang lebih sempurna.
"Kejayaan pastinya membawa kebaikan kepada kamu, terutamanya di peringkat tertinggi seperti ini.
"Apabila kamu menang anugerah pemain terbaik perlawanan dan menjaringkan gol tunggal perlawanan, tiada apa lagi yang dimahukan.
"Aksinya pada babak kedua ketika saya mengarahkannya bermain di sayap kiri, amat hebat.
"Ia satu pelajaran baginya untuk bermain di posisi yang mana dia berjaya memberi impak," kata Ferguson.
Ferguson juga menegaskan, dia akan mempertaruh Rooney di bahagian sayap sebagai antara formasinya bagi menghadapi lawan.
"Ia adalah satu pilihan lain yang hebat," tambahnya. - Agensi
![]() |
| ROONEY tekad bantu United raih kemenangan pada Januari ini. |
Sebagai persiapan, bintang United itu bertekad membantu pasukannya meneruskan cabaran dalam baki saingan musim ini.
Anak buah Alex Ferguson semakin ketinggalan dalam perebutan gelaran Liga Perdana England selepas kembali dari Jepun dengan trofi juara Piala Kelab Dunia.
United akan berdepan Stoke selepas Krismas dan akan melayan kunjungan Middlesbrough Isnin kemudian dengan sasaran mengekori rapat pendahulu, Liverpool andai menang kedua-dua perlawanan itu.
Selain mengharungi kempen Piala FA dan dua aksi separuh akhir Piala Liga menentang Derby, Red Devils juga bakal berdepan musuh ketat, Chelsea pada bulan yang sama.
"Beberapa minggu selepas ini adalah waktu yang paling penting bagi kami musim ini dan mereka mampu memberi kesan yang besar kepada situasi kami sepanjang baki kempen ini," kata Rooney.
"Pertemuan dengan Stoke sangat penting dan berlaku ketika waktu paling penting musim ini bagi kami, jadi amatlah penting buat kami mengutip tiga mata.
"Kami sedar ia bukannya senang, terutama selepas baru pulang dari Jepun.
"Tapi semua perlawanan selepas Krsmas boleh dimenangi dan kami semua yakin mampu menewaskan Stoke dan Boro.
"Piala FA juga akan bermula tidak lama lagi dan kami juga berdepan Derby dalam aksi Piala Liga, kemudian kami perlu memikirkan tentang pertemuan dengan Chelsea." tambahnya. - Agensi

YOKOHAMA - Wayne Rooney muncul wira Manchester United selepas membantu juara Eropah itu menjulang Piala Kelab Dunia dengan menewaskan juara Amerika Selatan, Liga de Quito 1-0 semalam.
Penyerang antarabangsa England itu meledak gol tunggal perlawanan pada minit ke-73 selepas mendapatkan hantaran cantik daripada Cristiano Ronaldo.
Sebelum itu, United terpaksa beraksi dengan sepuluh pemain pada awal babak kedua selepas pertahanannya, Nemanja Vidic dilayangkan kad merah ekoran kekasaran ke atas penyerang Quito, Claudio Bieler.
"Ini adalah perlawanan yang cukup sukar lebih-lebih lagi selepas kami beraksi dengan 10 pemain," jelas Rooney yang berjaya menewaskan penjaga gol Quito, Jose Cevallos menerusi rembatan kaki kanan.
"Apa pun, saya sangat berpuas hati dapat menjaringkan gol pada malam ini (semalam) sekali gus meletakkan pasukan kami sebagai kelab terbaik di dunia.
"Jadi, seharusnya juga kami boleh berbangga dengan kejayaan gemilang ini."
Pada aksi semalam, gol daripada Rooney itu turut menghadiahkan kejuaraan ketiga buat United tahun ini selepas kejayaan pada saingan Liga Perdana England dan Liga Juara-Juara musim lalu.
Lebih menarik lagi, skuad kendalian Alex Ferguson itu turut menjadi satu-satunya pasukan British yang berjaya memenangi kejohanan yang disertai juara-juara kelab antara benua.
Antara kelab lain yang pernah memenangi kejuaraan tersebut adalah AC Milan dari Itali dan dua kelab Brazil, Internacional serta Sao Paulo.
"Kami tahu mereka (Quito) boleh menghadirkan masalah jika kami membiarkan mereka menguasai perlawanan," jelas kapten United, Rio Ferdinand.
"Begitupun, kami berjaya menyekat mereka daripada memperoleh banyak peluang."
Sementara itu, dalam aksi penentuan tempat ketiga, kelab Jepun, Gamba Osaka berjaya menewaskan wakil dari Mexico, Pachuca 1-0 menerusi jaringan Masato Yamazaki pada minit ke-30. - AP
![]() |
| |
Tanpa berselindung, bekas pengurus Chelsea itu mengatakan bahawa penyerang Manchester United, Wayne Rooney tidak sepatutnya dibenarkan beraksi menentang Inter.
Kelmarin, undian Liga Juara-Juara menyaksikan kelab gergasi Itali itu bakal berdepan Manchester United pada pusingan kedua.
Mourinho yang digelar Special One mendakwa Kesatuan Bola Sepak (UEFA) bersikap berat sebelah kerana tidak menghukum Rooney ekoran insiden yang dilakukannya selepas memijak pemain Aalborg, Kasper Risgard pada aksi peringkat kumpulan.
Ketika membimbing Chelsea, bekas pemain tengahnya, Michael Essien telah digantung daripada perlawanan dengan Barcelona tiga tahun lalu selepas dia menendang pemain Liverpool, Dietmar Hamann.
"Ketika saya bersama Chelsea, sesuatu yang luar biasa telah berlaku apabila Essien digantung tiga perlawanan dan tidak boleh beraksi dalam dua pertemuan dengan Barcelona.
"Perkara sama tidak berlaku ke atas Rooney minggu lepas, jadi dia boleh beraksi menentang kami dalam pusiangan kalah mati.
"Tetapi saya terima semua ini yang mana disebabkan oleh peraturan."
United akan berkunjung ke San Siro 24 Februari depan sebelum pertemuan kedua di Old Trafford pada 11 Mac.
Sementara itu, Ferguson pula tidak sabar untuk membalas dendam ke atas Mourinho selepas menyingkirkan United ketika dia bersama Porto dalam kempen 2004.
"Jose menyingkirkan kami ketika dia bersama Porto, jadi saya harap kami mempunyai tuah seperti yang mereka miliki pada peringkat yang sama kali ini.
"Kini kempen ini sudah mula sengit dan semua pasukan di England memiliki peluang yang baik. Saya gembira dengan undian ini," kata Ferguson. - Agensi
YOKOHAMA - Kapten Gary Neville mengakui, Manchester United perlu beraksi dengan lebih baik jika mahu menjuarai Piala Kelab Dunia. Kelmarin, United mengesahkan kemaraan ke perlawanan akhir berikutan kemenangan 5-3 ke atas kelab Jepun, Gamba Osaka.
Namun faktor keletihan akibat penerbangan jauh ke Jepun menyaksikan skuad kendalian Alex Ferguson itu dibolosi dua gol dalam tempoh 20 minit terakhir pada pertemuan tersebut.
"Perkara utama kini ialah kami berada di final dan mempunyai peluang hebat untuk muncul juara," kata Neville.
"Kami bermain dengan baik, tetapi kami agak longgar ketika hujung permainan dan sebagai pemain pertahanan, kamu pastinya kecewa kerana dibolosi tiga gol."
Sementara itu, Cristiano Ronaldo menambah: "Agak mengecewakan kerana kami melepaskan tiga gol, tetapi ia satu pertemuan yang seimbang.
"Kadangkala dalam sesuatu perlawanan, kamu jaringkan banyak gol, tetapi kamu juga akan dibolosi banyak gol dan itulah yang berlaku.
"Saya rasa dalam 20 minit terakhir, kami sangat keletihan yang mana ia mengganggu konsentrasi kami. Penerbangan kami sangat jauh, tapi itu memang kami sudah jangkakan."
Menjelang pertemuan dengan kelab Ecuador, Liga de Quito pada perlawanan akhir esok, Ferguson mengakui, jaguh Amerika Selatan itu merupakan lawan yang sukar dijinakkan.
"Pengalaman saya berdepan pasukan dari Amerika Selatan sangat sukar dan ia akan menyukarkan kami Ahad ini (esok).
"Liga merupakan pasukan yang kompetitif, beraksi lancar dan bertahan dengan baik. Yang pasti, pertemuan ini nanti bukan sesuatu yang mudah," kata Ferguson. - AFP

LONDON - Undian peringkat kalah mati Liga Juara-Juara semalam jelas tidak memihak kepada empat kelab gergasi England. Dalam undian tersebut, pengurus Manchester United, Alex Ferguson sekali lagi akan berdepan bekas musuh lamanya yang juga pengendali Inter Milan, Jose Mourinho.
Arsenal diundi bertemu kelab Itali, AS Roma manakala Chelsea akan membuat perhitungan dengan bekas pengurusnya, Claudio Ranieri yang kini membimbing Juventus.
Rafael Benitez pula akan kembali ke Sepanyol apabila Liverpool dijadualkan berdepan juara Liga Sepanyol, Real Madrid.
Kelab Sepanyol, Barcelona akan bertemu Lyon sementara Villarreal menentang Panathinaikos, Sporting Lisbon bertemu Bayern Munich dan Atletico Madrid berentap dengan FC Porto.
Jika dilihat undian perlawanan pusingan kalah mati ini, jelas sekali pertembungan antara Ferguson dan Mourinho buat kali kedua dalam kempen Eropah ini mencuri tumpuan.
Ini kerana, Mourinho memiliki rekod cemerlang ke atas Ferguson ketika dia membimbing Chelsea.
Dia juga menjadi watak utama ketika menyingkirkan United dalam kempen yang sama pada musim 2004, sekali gus menyaksikan bekas kelabnya, Porto FC menjuarai trofi Eropah buat kali pertama.
"Porto muncul juara tahun itu, tetapi kami akan cuba menebusnya dan menghadiahkan kemenangan seperti yang diharapkan kelab dan peminat kami," kata pengarah komunikasi United, Phil Townsend.
"Kami hanya bertemu Inter sekali saja sebelum kejohanan pada 1999 dan kami berjaya memenangi gelaran Eropah ketika itu. Diharapkan ia satu petanda yang baik."
Satu lagi pertemuan menarik menyaksikan Liverpool menentang Real buat kali pertama sejak pertemuan terakhir mereka dalam final Piala Eropah 1981 yang dimenangi The Reds 1-0 di Paris.
"Tiada lagi pertemuan yang lebih menarik daripada ini. Ia adalah pertemuan yang memang dinanti-nantikan," kata setiausaha Liverpool, Bryce Morrison.
Chelsea pula akan bersedia menyambut kehadiran bekas pengurus mereka, Ranieri yang dipecat pada tahun 2004.
"Jelas sekali membawa semula Ranieri ke Stamford Bridge akan memburukkan lagi keadaan dan saya harap dia akan disambut dengan baik oleh peminat kami," kata setiausaha Chelsea, David Barnard.
"Tetapi jika kami mampu mengulangi prestasi baik kami dalam liga Perdana England ke dalam kempen ini, kami tidak perlu risau." - AFP


![]() |
| PEMAIN pertahanan United, Vidic (dua dari kanan) menanduk masuk melepasi penjaga gol Gamba, Fujigaya (dua dari kiri) pada pertemuan separuh akhir Piala Kelab Dunia di Yokohama. - AFP |


![]() |
| |
Dia bakal memperbaharui kontraknya utuk tempoh empat tahun lagi bernilai 20,000 pound (RMRM106,275) seminggu.
Pemain pertahanan itu bersetuju dengan syarat-syarat baru yang ditetapkan walaupun dia bukan sebahagian pemain utama skuad bimbingan Alex Ferguson itu.
Ferguson berminat mengekalkan pemain antarabangsa Ireland itu kerana dia percaya pemain berusia 20 tahun itu boleh digilap sebagai pemain utama.
Evans dipinjamkan ke kelab Sunderland namun diturunkan dalam kesebelasan United ketika menentang Alborg pada aksi Liga Juara-Juara Rabu lalu yang menyaksikan mereka mencatat keputusan seri.
Dia adalah pemain terbaru United yang bersetuju dengan syarat-syarat baru selepas penjaga gol, Edwin van der Sar, 38, turut berbuat demikian.
Sementara itu Manchester City kini sedang mengintai pemain tengah Portsmouth, Lassana Diarra dan dilaporkan membuat tawaran bernilai 18 juta pound (RM95.64 juta).
City yakin dapat melamar Diarra pada musim perpindahan Januari depan meskipun dia turut menjadi perhatian kelab Real Madrid.
Sebelum ini pengurus baru Real Madrid, Juande Ramos berhajat untuk mendapatkan khidmat pemain antarabangsa Perancis itu. - Agensi
![]() |
| |
Bola sepak England sentiasa menarik untuk dijadikan topik perbualan.
Banyak peristiwa berlaku dan ia sentiasa diikuti oleh peminat di seluruh dunia.
Minggu ini ada satu perkara yang menarik perhatian saya.
Seperti yang kita ketahui, tindakan keluar masuk pengurus kelab bola sepak kini seakan sudah menjadi satu budaya di England.
Tindakan meninggalkan kelab yang mereka bimbing itu banyak berkisar dengan keputusan yang dicatat oleh pasukan mereka dalam setiap perlawanan.
Namun ada seorang pengurus di England yang sehingga kini masih teguh walaupun berdepan pelbagai masalah dan ancaman sepanjang kariernya.
Dia adalah Alex Ferguson yang boleh dianggap sebagai seorang pengurus paling profesional dan berjaya.
Dia telah mencapai kemenangan paling besar sejak bergelar pengurus dengan Manchester United.
Saya boleh katakan bahawa Ferguson adalah seorang juara.
Ketika pertama kali saya menceburi bidang pengurusan yang penuh dengan pelbagai cabaran, saya sentiasa meminta khidmat nasihat daripada Ferguson.
Apabila sudah duduk semeja dengannya, dia akan mencurahkan nasihat yang sangat berguna.
Secara jujurnya dia sentiasa berbicara tentang pemain khususnya tentang soal membeli pemain, meminjam pemain dan juga pemilihan pemain yang sesuai.
Ketika saya menjadi pengurus, saya tidak pernah berpeluang untuk membeli pemain yang sesuai dengan bajet yang begitu terhad untuk dibelanjakan.
Bila menyedari masalah yang saya lalui itu, Ferguson akan memberitahu saya supaya membuka mata dengan melihat pemain mana yang bersedia untuk dipinjamkan.
Itu antara cara paling baik untuk mendapatkan pemain yang kita kehendaki apabila berdepan masalah kewangan.
Pemain yang kita nak pinjam hendaklah bersedia mengharungi apa juga cabaran selain pengalaman yang ada padanya.
Dan Ferguson pula akan memberitahu kamu pemain mana yang sesuai dan boleh dipinjam pada bila-bila masa sesuai.
Itulah kelebihan boss United itu yang tidak pernah lokek dengan idea mahupun khidmat nasihat.
Satu lagi sikap yang sangat terpuji yang ada pada Ferguson ialah dia akan menghubungi kamu balik jika dia tidak sempat untuk menjawab telefon.
Dia tidak pernah menghampakan kamu.
Pun begitu dia tidak akan memberitahu bagaimana cara untuk menguruskan sesebuah pasukan kerana dia berpendapat bahawa setiap individu itu mempunyai cara yang berbeza.
Tetapi kamu akan rasa bangga dengan sikapnya yang sentiasa berterus terang.
Ferguson pula sentiasa bersedia meminjamkan pemainnya kepada saya kerana dia mendapat corak permainan kelab yang saya pimpin satu ketika dulu banyak persamaannya dengan corak yang dia perkenalkan dengan United.
Dia melihat, ia sebagai proses latihan buat pemainnya yang tidak berpeluang mendapat tempat dalam kesebelasan utama.
Ferguson juga merupakan orang yang sentiasa mengetahui apa yang perlu dan tidak perlu dibuat.
Dia juga telah belajar bagaimana mahu berdepan dengan pemain dan juga ego mereka.
Saya boleh katakan bahawa dia adalah seorang yang memiliki kepakaran untuk memberi motivasi kepada pemainnya.
Hari ini pengurus yang berasal dari Scotland itu sentiasa nampak tenang.
Saya juga pernah menemuinya apabila krew kami di ESPN STAR Sports pergi ke England untuk menjalankan penggambaran secara langsung.
Cara dia berdepan dengan pemainnya yang datang dari seluruh pelusok dunia sangat bersahaja.
Dia tidak melayan kerenah pemainnya dengan cara yang sama dan dia juga mempunyai cara tersendiri untuk melayan mereka.
Sejak menjadi pengurus United, pemain terhebat yang berjaya dilamar Ferguson ialah Eric Cantona dari Perancis.
Dia seorang pem ain yang boleh dikatakan bermasalah kerana sering menimbulkan kontroversi.
Ia satu kejayaan buat Ferguson kerana berupaya mengawal sikap seorang pemain yang sentiasa mencetuskan kecoh tetapi tampil sebagai pemain tengah yang hebat.
Oleh itu sehingga ke hari ini saya sentiasa menghormati Ferguson yang tetap teguh sebagai seorang juara.
![]() |
| VAN DER SAR sambung kontrak baru bersama United. |
Awal pagi esok, United akan membuat perhitungan dengan Tottenham Hotspur pada aksi Liga Perdana England di White Hart Lane sebelum berlepas ke Tokyo bagi menghadapi kempen Piala Kelab-Kelab Dunia.
Andai tewas kepada Spurs manakala pendahulu, Liverpool pula meraih kemenangan ke atas Hull City dan Arsenal, maka anak buah Ferguson akan kembali ke England dengan ketinggalan 12 mata kepada skuad The Reds.
United mungkin mempunyai baki dua perlawanan dalam tangan berbanding Liverpool, namun ia bukan kelebihan yang diharapkan oleh Ferguson.
Ini bermakna pertemuan United dengan anak buah Harry Redknapp awal pagi esok dianggap misi hidup mati mereka dalam pemburuan kejuaraan liga musim ini.
"Saya rasa ia perlawanan terpenting kami dalam liga dan Tottenham pula dalam prestasi terbaik mereka," jelas Ferguson.
Sementara itu, Ferguson telah berjaya memujuk penjaga gol, Edwin van der Sar untuk menangguhkan persaraannya dan menyambung kontrak baru.
Keputusan terbaru itu menyaksikan van der Sar akan terus kekal di Old Trafford sehingga tahun 2010.
"Kami telah mencapai persetujuan dengan Edwin yang akan menyambung kontraknya," kata Ferguson. - Agensi
MANCHESTER - Manchester United bakal berdepan satu penantian yang menyeksakan. Ini kerana skuad Red Devils itu berdepan kemungkinan tidak dapat menggunakan khidmat Wayne Rooney pada pusingan kalah mati Liga Juara-Juara.
Lebih merisaukan, United mungkin dijadualkan berdepan dua kelab gergasi Eropah, Real Madrid atau Inter Milan pada pusingan tersebut.
![]() |
| ROONEY berdepan kemungkinan digantung perlawanan ekoran kekasaran terhadap Risgard. |
Terdahulu, Rooney bernasib baik terlepas daripada dilayangkan kad merah ekoran satu insiden ketika United seri 2-2 dengan Aalborg kelmarin.
Pada aksi di Old Trafford itu, dia dilihat sengaja memijak dada perancang Aalborg, Kasper Risgard.
Begitupun, Rooney tidak dikenakan sebarang tindakan dan dia mungkin berdepan hukuman disiplin sebaik sahaja Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) menyaksikan semula tayangan video perlawanan tersebut.
Risgard pula percaya Rooney sepatutnya diperintahkan keluar padang.
"Saya tidak tahu apa yang berlaku, tapi dia (Rooney) telah melompat ke arah dada saya," katanya.
"Saya rasa dia agak sedikit kecewa. Dia sepatutnya menerima kad merah. Saya rasa pengadil takut untuk menghukum pemain itu di Old Trafford terutamanya pemain seperti Rooney.
"Itulah apa yang boleh berlaku dalam bola sepak. Saya masih boleh lihat kesannya di dada saya, satu tanda besar. Dia sudah meminta maaf, itu pun sudah baik."
Sementara itu, pengurus United, Alex Ferguson menjelaskan, dia tidak sedar akan insiden itu, namun tetap gembira melihat anak buahnya muncul juara kumpulan, sekali gus menjamin aksi kedua pusingan kalah mati di Old Trafford.
"Siapa saja lawan kami, mereka akan dapati Old Trafford akan penuh dengan peminat kami dan ia satu suasana yang sangat hebat," katanya.
"Jika bertemu Real, saya tidak akan ungkit pasal kes Cristiano (Ronaldo) lagi. Mungkin ia tidak sesuai untuk pertemuan kami nanti.
"Saya juga amat menantikan peluang untuk minum bersama presiden mereka, Ramon Calderon." - AFP


Ferguson dilapor telah menghabiskan masa berjam-jam di pejabatnya di Carrington bagi mendapat formasi baru dalam merealisasikan misinya itu.
Dia dikatakan mahu mencari jalan bagi menurunkan empat penyerangnya, Wayne Rooney, Cristiano Ronaldo, Dimitar Berbatov dan Carlos Tevez tanpa memperjudikan strategi pertahanan pasukannya.
"Saya mahu mencari jalan bagi melakukannya, tetapi saya tidak pasti sama ada kami mampu atau tidak.
"Setiap pemain memiliki keupayaan untuk bermain di posisi yang berbeza.
"Ia memberi kelebihan kepada jentera serangan kami. Saya telah cuba mencongak beberapa formula di atas kertas untuk melihat sama ada saya boleh menurunkan semua pemain ini," kata Ferguson.
Jika benar Ferguson menampilkan formasi tersebut, ia dianggap satu prospek yang menakutkan buat mana-mana pertahanan pasukan lain seperti yang ditunjukkan United ketika menentang Sunderland Sabtu lalu.
Rooney diletakkan di bahagian sayap kiri selepas Tevez masuk bergandingan dengan Berbatov di bahagian hadapan.
Walaupun Ronaldo mengalami kecederaan pinggul, dia mungkin masih boleh diturunkan di bahagian sayap kanan.
"Taktik ini mungkin akan dipraktikkan pada lewat permainan sekiranya kami ketinggalan gol, bukan untuk awal perlawanan.
"Ia pastinya satu pilihan yang hebat untuk melihat kesemuanya berpotensi menjaringkan satu gol setiap seorang," Ferguson. - Agensi
![]() |
| FERDINAND mahu diturunkan pada pertemuan menentang Aalborg. |
Terdahulu, Ferguson telah memberi gambaran bahawa beliau akan membuat perubahan dalam skuadnya bagi memastikan United lebih bertenaga dan bersedia bagi menghadapi Tottenham Hotspur pada aksi Liga Perdana England di White Hart Lane Sabtu ini.
Ini mungkin menyaksi- kan Ferdinand direhatkan seperti ketika dia tidak disenaraikan apabila Red Devils mara ke separuh akhir Piala Liga dengan menewaskan Blackburn Rovers minggu lepas.
Walaupun memahami kehendak Ferguson, pemain pertahanan berusia 30 tahun itu tetap mahu beraksi dalam sebanyak perlawanan yang mungkin.
"Pemain tidak akan menerima berita bahawa mereka akan direhat- kan dalam sesatu perlawanan dengan begitu sahaja," kata Ferdi- nand.
"Saya mahu bermain. Apabila pengurus memberitahu saya tidak bermain, saya tetap mahu beraksi.
"Ia adalah satu peluang untuk memenangi trofi dan kamu pasti- nya mahu terlibat sama. Saya sebenarnya lebih suka bermain dua perlawanan seminggu.
"Kamu akan mendapat momentum jika bermain setiap minggu. Direhatkan dalam sesatu perlawanan adalah perkara yang saya mahu elakkan." - Agensi
![]() |
| |
Kelmarin, perancang utama Portugal itu ditabal sebagai Pemain Terbaik Eropah 2008 berdasarkan undian yang dibuat oleh majalah France Football.
Musim lalu, Ronaldo beraksi cemerlang apabila menjaringkan 42 gol untuk membantu United memenangi gelaran Liga Perdana England dan Liga Juara-Juara.
Kini, Ronaldo yakin mampu memperoleh kejayaan yang lebih baik pada musim akan datang.
"Saya seringkali bermain di bawah tekanan kerana orang ramai seringkali mengharapkan sesuatu daripada saya dan saya tidak fikir ia akan berubah," kata Ronaldo.
"Memenangi gelaran ini (Pemian Terbaik Eropah 2008) membuatkan saya berasa sangat gembira kerana ia adalah salah satu daripada hari yang baik dalam hidup saya.
"Tetapi tanggungjawab saya tetap sama, saya mahu terus bermain dengan baik untuk kelab dan negara serta cuba melakukan sama seperti musim lalu."
Ronaldo menambah, dia mampu memperbaiki mutu persembahannya pada masa akan datang sekalipun bakal berdepan pelbagai tekanan.
"Sudah tentu (permainan) saya boleh meningkat, ada banyak lagi perkara yang perlu saya pelajari.
"Kamu tidak boleh membiarkan diri kamu berfikir bahawa kamu mengetahui segala-galanya. Saya masih bercita-cita tinggi dan akan terus bekerja keras setiap hari.
"Saya tahu ia akan menjadi sangat sukar untuk beraksi lebih baik daripada musim lalu tetapi saya akan cuba, jika kamu tidak mencuba, kamu tidak akan memenangi apa-apa.
"Musim baru bermakna cabaran baru dan saya mahu membantu pasukan memenangi banyak trofi."
Untuk rekod, Ronaldo menjadi pemain pertama United yang memenangi anugerah ini sejak George Best ditabal pemain terbaik Eropah pada tahun 1968.
Selepas Best, giliran Denis Law dan Bobby Charlton memenangi anugerah itu sekitar pada era 19-60an.
Kini Ronaldo mengakui, dia berbangga dapat mengikut jejak langkah tiga legenda United berkenaan. - AFP
Status : married with two daughter
*Mudahkan urusan anda
*Renewal road tax dan insuran
*Terus ke pintu
*Premium insuran boleh dirunding
*6 bulan @ setahun @ budget pocket
*klang valley sahaja
call segera....En.Asmadi di talian 0196633543
-------------------------------------------------
Alpha Lipid Lifeline
Susu berkolostrum tinggi yg dapat menghasilkan antibodi
&membina semula sel-sel agar kembali kuat untuk melawan berbagai jenis penyakit.
Maklumat lanjut boleh terus ke link=Alpha Lipid Lifeline
| real estate website design |