Saturday, January 7, 2012

United belum panik



JONES (tengah) meledakkan gol ke gawang sendiri ketika United tewas 0-3 kepada
Newcastle awal pagi semalam.




NEWCASTLE - Alex Ferguson menegaskan, belum masa untuk berasa panik meskipun Manchester United dibelasah 0-3 oleh Newcastle United dalam kempen Liga Perdana England awal pagi semalam.


Kekalahan tersebut turut menyaksikan skuad The Red Devils ketinggalan tiga mata di belakang pendahulu liga, Manchester City, manakala Tottenham Hotspur mengekori rapat di tangga ketiga.


Lebih malang, kekalahan itu adalah yang kedua berturut-turut selepas tewas 2-3 kepada Blackburn Rovers pada 31 Disember lalu.


United akan bertemu City pada aksi Piala FA penghujung minggu ini tetapi Ferguson tetap yakin pasukan itu mampu meleburkan impian skuad bimbingan Roberto Mancini untuk merangkul gelaran liga buat kali pertama dalam tempoh 44 tahun.


"Sudah tentu kelebihan memihak kepada City. Kami memperoleh peluang, mereka (City) bermain kelmarin dan menang. Jadi, kelebihan memihak kepada mereka," kata Ferguson.


"Satu-satunya kelebihan saya adalah dua atau tiga pemain sudah boleh beraksi dan mungkin mereka mampu melakukan perubahan. Ia belum masa untuk panik, kami memiliki kesabaran dan pengalaman untuk menghadapinya.


Sementara itu, Ferguson menegaskan, gelaran juara bertahan yang disandang pasukan itu bakal membantu mereka untuk mengharungi baki saingan musim ini.


"Tewas satu perlawanan dalam tempoh beberapa tahun, kamu tidak mahu ia berlaku tetapi ia sudah terjadi dan kamu boleh lihat daripada beberapa keputusan sejak akhir-akhir ini.


"Begitupun, kami akan menampilkan aksi sebenar sepanjang musim ini, terutamanya pada Mac dan April.


Jaringan sendiri Phil Jones pada masa kecederaan melengkapkan malam malang buat United selepas memboloskan dua gol masing-masing menerusi Demba Ba dan Yohan Cabaye.


Bagi Newcastle, kemenangan itu adalah yang pertama di gelanggang sendiri dalam tempoh dua bulan, sekali gus kekal di tangga ketujuh liga.


Penyerang United, Wayne Rooney pula gagal beraksi dengan cemerlang pada penampilan pertama selepas digantung satu perlawanan kerana masalah disiplin pada Hari Krismas lalu. 


Dalam pada itu, Tim Howard tetap berasa kecewa meskipun dia menjadi penjaga gol keempat yang berjaya menjaringkan gol dalam sejarah Liga Perdana England.


Penjaga gol Amerika Syarikat itu meletakkan Everton di depan pada minit ke-63 tetapi jaringan tersebut tidak mampu menghalang mereka daripada tewas 1-2 kepada Bolton Wanderers di Goodison Park awal pagi semalam.


Pada awalnya, Howard hanya mahu mengeluarkan bola dari kotak penalti selepas menerima hantaran ke belakang daripada rakan sepasukan.


Begitupun, bola yang disepak Howard melambung tinggi sebelum jatuh di dalam kotak penalti pasukan pelawat dan melantun melepasi jangkauan penjaga gol Bolton, Adam Bogdan.


Howard yang membuat penampilan ke- 250 bersama Everton tidak memberi sebarang reaksi selepas menjaringkan gol tersebut.


"Ia bukan satu tempat yang baik untuk saya berada. Saya pernah melalui detik itu sebelum ini dan ia sudah lama berlalu. Sebab itu, saya tidak meraikannya," kata Howard.


Penjaga gol lain yang berjaya menjaringkan gol dalam tempoh 20 tahun pada kempen Liga Perdana England adalah Peter Schmeichel (2001), rakan senegara Howard dari Amerika Syarikat, Brad Friedel (2004) dan Paul Robinson (2011). - AFP


manchesterunited 1/07/2012 09:30:00 AM
_________________

DIE HARD FAN MANCHESTER UNITED

Status : married with two daughter
Location : Pantai Dalam,KL

MINE(:

My Daughter
My Multiply
My Wife
KICK OFF(:

;DMay 2006
;DAugust 2006
;DSeptember 2006
;DOctober 2006
;DNovember 2006
;DDecember 2006
;DJanuary 2007
;DFebruary 2007
;DMarch 2007
;DApril 2007
;DMay 2007
;DJuly 2007
;DAugust 2007
;DSeptember 2007
;DOctober 2007
;DNovember 2007
;DDecember 2007
;DJanuary 2008
;DFebruary 2008
;DMarch 2008
;DApril 2008
;DMay 2008
;DJuly 2008
;DSeptember 2008
;DOctober 2008
;DNovember 2008
;DDecember 2008
;DJanuary 2009
;DFebruary 2009
;DMarch 2009
;DApril 2009
;DMay 2009
;DJune 2009
;DJuly 2009
;DAugust 2009
;DSeptember 2009
;DOctober 2009
;DDecember 2009
;DJanuary 2010
;DFebruary 2010
;DMarch 2010
;DApril 2010
;DMay 2010
;DJune 2010
;DJuly 2010
;DAugust 2010
;DSeptember 2010
;DOctober 2010
;DNovember 2010
;DDecember 2010
;DJanuary 2011
;DFebruary 2011
;DMarch 2011
;DApril 2011
;DMay 2011
;DJune 2011
;DJuly 2011
;DAugust 2011
;DSeptember 2011
;DOctober 2011
;DDecember 2011
;DJanuary 2012
;DFebruary 2012
;DMarch 2012
;DApril 2012

Iklan(:

Renewal Road Tax&Insuran

*Mudahkan urusan anda
*Renewal road tax dan insuran
*Terus ke pintu
*Premium insuran boleh dirunding
*6 bulan @ setahun @ budget pocket
*klang valley sahaja

call segera....En.Asmadi di talian 0196633543
-------------------------------------------------

Alpha Lipid Lifeline

Susu berkolostrum tinggi yg dapat menghasilkan antibodi &membina semula sel-sel agar kembali kuat untuk melawan berbagai jenis penyakit. Maklumat lanjut boleh terus ke link=Alpha Lipid Lifeline

Nuffnang Advertise(:


HIT-COUNTER(:

website design company
real estate website design
cbox