Saturday, January 7, 2012

City waspada amukan United

KIRI:MANCINI , KANAN:FERGUSON


LONDON - Atas kertas, Manchester United dilihat bakal menjadi ‘lauk’ Manchester City pada saingan pusingan ketiga Piala FA England di Eastland malam ini.

Berdasarkan rekod sebelum ini, United pernah menjadi mangsa belasahan City pada saingan Liga Perdana England yang menyaksikan kelab kendalian Roberto Mancini itu menang besar 6-1 di Old Trafford.

Jika setengah dozen mampu diledak di kandang lawan, ada kemungkinan City bakal berpesta gol lagi malam ini memandangkan perlawanan tersebut berlangsung di gelanggang keramat mereka.

Apa pun, macam-macam boleh terjadi dan yang pasti pasukan yang banyak melakukan kesilapan bakal menerima padah.

Bagi pengurus City, Roberto Mancini, dia tetap menghormati United.

Menyedari ancaman yang bakal dilontarkan oleh skuad kendalian Alex Ferguson itu, Mancini memberi amaran kepada barisan pemainnya supaya berhati-hati dengan kebangkitan musuh ketat mereka itu.

United yang mengalami dua kekalahan berturut-turut pada aksi Liga Perdana England telah membuka laluan kepada City untuk menerajui carta liga dengan kelebihan tiga mata.

Kemenangan lalu tidak memberikan sebarang makna kepada pengendali yang berasal dari Itali itu dan berharap pasukannya bersedia menghadapi amukan United pada satu lagi pertembungan klasik, malam ini.

“Perlawanan membabitkan dua jiran terdekat ini sentiasa dinanti-nantikan dan saya menjangkakan pertemuan kali ini lebih sukar kerana United pasti mahu bangkit selepas mengalami dua kekalahan berturut-turut dalam saingan liga," kata Mancini.

“Satu perkara yang pasti, mereka memiliki mentaliti yang kuat serta sentiasa bertindak positif selepas mengalami kekalahan.

“Selepas mereka tewas 1-6 dengan kami, United kembali bangkit mempamerkan aksi yang sebenar apabila berjaya mencatatkan tujuh kemenangan dan satu seri.

“Mereka dilanda krisis kecederaan pemain namun United masih merupakan salah satu pasukan kuat di England. Itulah sebabnya United sentiasa menjadi satu pasukan yang berbahaya,” katanya.

Pengurus United, Alex Ferguson pula berkata: “Saya tidak mahu menyebut hal (kekalahan 1-6) itu. 

“Saya selalu berkata kepada pemain saya supaya memberi fokus untuk mencapai kemenangan.

“Namun pada pertembungan dua seteru utama ini, apa sahaja boleh berlaku.

“Ia sungguh mengagumkan (bahawa United tidak memenangi Piala FA sejak 2004). Ia boleh menjadi satu rangsangan motivasi kepada pemain-pemain yang masih belum memenangi trofi seperti Rio Ferdinand untuk beraksi dengan lebih baik.”


manchesterunited 1/07/2012 04:55:00 AM
_________________

DIE HARD FAN MANCHESTER UNITED

Status : married with two daughter
Location : Pantai Dalam,KL

MINE(:

My Daughter
My Multiply
My Wife
KICK OFF(:

;DMay 2006
;DAugust 2006
;DSeptember 2006
;DOctober 2006
;DNovember 2006
;DDecember 2006
;DJanuary 2007
;DFebruary 2007
;DMarch 2007
;DApril 2007
;DMay 2007
;DJuly 2007
;DAugust 2007
;DSeptember 2007
;DOctober 2007
;DNovember 2007
;DDecember 2007
;DJanuary 2008
;DFebruary 2008
;DMarch 2008
;DApril 2008
;DMay 2008
;DJuly 2008
;DSeptember 2008
;DOctober 2008
;DNovember 2008
;DDecember 2008
;DJanuary 2009
;DFebruary 2009
;DMarch 2009
;DApril 2009
;DMay 2009
;DJune 2009
;DJuly 2009
;DAugust 2009
;DSeptember 2009
;DOctober 2009
;DDecember 2009
;DJanuary 2010
;DFebruary 2010
;DMarch 2010
;DApril 2010
;DMay 2010
;DJune 2010
;DJuly 2010
;DAugust 2010
;DSeptember 2010
;DOctober 2010
;DNovember 2010
;DDecember 2010
;DJanuary 2011
;DFebruary 2011
;DMarch 2011
;DApril 2011
;DMay 2011
;DJune 2011
;DJuly 2011
;DAugust 2011
;DSeptember 2011
;DOctober 2011
;DDecember 2011
;DJanuary 2012
;DFebruary 2012
;DMarch 2012
;DApril 2012

Iklan(:

Renewal Road Tax&Insuran

*Mudahkan urusan anda
*Renewal road tax dan insuran
*Terus ke pintu
*Premium insuran boleh dirunding
*6 bulan @ setahun @ budget pocket
*klang valley sahaja

call segera....En.Asmadi di talian 0196633543
-------------------------------------------------

Alpha Lipid Lifeline

Susu berkolostrum tinggi yg dapat menghasilkan antibodi &membina semula sel-sel agar kembali kuat untuk melawan berbagai jenis penyakit. Maklumat lanjut boleh terus ke link=Alpha Lipid Lifeline

Nuffnang Advertise(:


HIT-COUNTER(:

website design company
real estate website design
cbox