Rooney impikan tugas kapten

ROONEY memasang impian untuk menjadi kapten United dan England.
LONDON – Penyerang sensasi Manchester United, Wayne Rooney meletakkan harapan untuk menjadi ketua pasukan United dan England.
Sebelum ini dia pernah memegang peranan sebagai kapten skuad England
pada perlawanan persahabatan menentang Brazil di Doha, Qatar ketika
ramai pemain senior diketepikan pada perlawanan tersebut.
Namun Rooney, 25, berkata: “Jika hasrat itu (menjadi kapten United
dan England) tercapai, sudah tentu ia merupakan suatu penghor- matan
yang besar bagi saya.
“Saya pernah menjadi kapten untuk pasukan kelab dan negara, dan
sekiranya jawatan (kapten) itu dikekalkan, sudah tentu saya amat
berbesar hati dengan penghormatan itu.”
Dalam perkembangan lain, Rooney turut mendedahkan bahawa United kini
mula mempelajari teknik-teknik bertahan seperti yang dipraktikkan oleh
juara Eropah musim lalu, Barcelona.
“Kami mula mempelajari beberapa teknik bertahan dalam setiap sesi
latihan dan berharap ia akan memantapkan lagi gaya permainan United,”
katanya.
Rooney masih tidak dapat melupakan kekalahan 3-1 kepada Barcelona
pada final Liga Juara-Juara di Wembley musim lalu dan dia kini
berharap dapat menggunakan taktik itu untuk mengalahkan Barce- lona pada
musim ini.
Katanya: “Jika kamu tidak dapat mengalahkan mereka, kamu perlu memahami gaya permainan Barce- lona.
“Jika kamu melihat gaya permai- nan Barcelona, mereka lebih banyak memegang bola dengan lebih lama dan membuat hantaran pendek.
“Namun, jika mereka kehilangan bola, mereka akan bergegas untuk
bertahan dan cuba merampas bola dengan secepat mungkin. Itulah aset
mereka yang terbesar di dalam satu perlawanan.”
Rooney percaya, dengan kehadiran pemain muda United yang mempamerkan
aksi pantas, pasukan tersebut mampu bersaing dengan Barcelona jika
juara Liga Perdana England itu bertemu kembali dengan skuad bimbingan
Pep Guardiola itu.
Rooney berkata: “Saya rasa, dengan kehadiran pemain muda (Uni- ted),
kami mempunyai satu tenaga yang cukup kuat di dalam pasukan ini.
“Jika kami berjaya mengawal bola dan membuat hantaran pendek di dalam
kawasan kotak penalti dan apabila kami kehilangan bola, kami perlu
segera. Corak seperti itu memang menampakkan hasil yang positif,”
ujarnya. – Agensi