Sunday, October 2, 2011

Rooney impikan tugas kapten


ROONEY memasang impian untuk menjadi kapten United dan England.


LONDON – Penyerang sensasi Manchester United, Wayne Rooney meletakkan harapan untuk menjadi ketua pasukan United dan England.

Sebelum ini dia pernah memegang peranan sebagai kapten skuad England pada perlawanan persahabatan menentang Brazil di Doha, Qatar ketika ramai pemain senior diketepikan pada perlawanan tersebut.

Namun Rooney, 25, berkata: “Jika hasrat itu (menjadi kapten United dan England) tercapai, sudah tentu ia merupakan suatu penghor- matan yang besar bagi saya.

“Saya pernah menjadi kapten untuk pasukan kelab dan negara, dan sekiranya jawatan (kapten) itu dikekalkan, sudah tentu saya amat berbesar hati dengan penghormatan itu.”

Dalam perkembangan lain, Rooney turut mendedahkan bahawa United kini mula mempelajari teknik-teknik bertahan seperti yang dipraktikkan oleh juara Eropah musim lalu, Barcelona.

“Kami mula mempelajari beberapa teknik bertahan dalam setiap sesi latihan dan berharap ia akan memantapkan lagi gaya permainan United,” katanya.

Rooney masih tidak dapat melupakan kekalahan 3-1 kepada Barcelona pada final Liga Juara-Juara di Wembley musim lalu dan dia kini berharap dapat menggunakan taktik itu untuk mengalahkan Barce- lona pada musim ini.

Katanya: “Jika kamu tidak dapat mengalahkan mereka, kamu perlu memahami gaya permainan Barce- lona.
“Jika kamu melihat gaya permai- nan Barcelona, mereka lebih banyak memegang bola dengan lebih lama dan membuat hantaran pendek.

“Namun, jika mereka kehilangan bola, mereka akan bergegas untuk bertahan dan cuba merampas bola dengan secepat mungkin. Itulah aset mereka yang terbesar di dalam satu perlawanan.”

Rooney percaya, dengan kehadiran pemain muda United yang mempamerkan aksi pantas, pasukan tersebut mampu bersaing dengan Barcelona jika juara Liga Perdana England itu bertemu kembali dengan skuad bimbingan Pep Guardiola itu.

Rooney berkata: “Saya rasa, dengan kehadiran pemain muda (Uni- ted), kami mempunyai satu tenaga yang cukup kuat di dalam pasukan ini.

“Jika kami berjaya mengawal bola dan membuat hantaran pendek di dalam kawasan kotak penalti dan apabila kami kehilangan bola, kami perlu segera. Corak seperti itu memang menampakkan hasil yang positif,” ujarnya. – Agensi


manchesterunited 10/02/2011 03:30:00 PM
_________________

DIE HARD FAN MANCHESTER UNITED

Status : married with two daughter
Location : Pantai Dalam,KL

MINE(:

My Daughter
My Multiply
My Wife
KICK OFF(:

;DMay 2006
;DAugust 2006
;DSeptember 2006
;DOctober 2006
;DNovember 2006
;DDecember 2006
;DJanuary 2007
;DFebruary 2007
;DMarch 2007
;DApril 2007
;DMay 2007
;DJuly 2007
;DAugust 2007
;DSeptember 2007
;DOctober 2007
;DNovember 2007
;DDecember 2007
;DJanuary 2008
;DFebruary 2008
;DMarch 2008
;DApril 2008
;DMay 2008
;DJuly 2008
;DSeptember 2008
;DOctober 2008
;DNovember 2008
;DDecember 2008
;DJanuary 2009
;DFebruary 2009
;DMarch 2009
;DApril 2009
;DMay 2009
;DJune 2009
;DJuly 2009
;DAugust 2009
;DSeptember 2009
;DOctober 2009
;DDecember 2009
;DJanuary 2010
;DFebruary 2010
;DMarch 2010
;DApril 2010
;DMay 2010
;DJune 2010
;DJuly 2010
;DAugust 2010
;DSeptember 2010
;DOctober 2010
;DNovember 2010
;DDecember 2010
;DJanuary 2011
;DFebruary 2011
;DMarch 2011
;DApril 2011
;DMay 2011
;DJune 2011
;DJuly 2011
;DAugust 2011
;DSeptember 2011
;DOctober 2011
;DDecember 2011
;DJanuary 2012
;DFebruary 2012
;DMarch 2012
;DApril 2012

Iklan(:

Renewal Road Tax&Insuran

*Mudahkan urusan anda
*Renewal road tax dan insuran
*Terus ke pintu
*Premium insuran boleh dirunding
*6 bulan @ setahun @ budget pocket
*klang valley sahaja

call segera....En.Asmadi di talian 0196633543
-------------------------------------------------

Alpha Lipid Lifeline

Susu berkolostrum tinggi yg dapat menghasilkan antibodi &membina semula sel-sel agar kembali kuat untuk melawan berbagai jenis penyakit. Maklumat lanjut boleh terus ke link=Alpha Lipid Lifeline

Nuffnang Advertise(:


HIT-COUNTER(:

website design company
real estate website design
cbox