Friday, September 9, 2011
Gandingan Young, Rooney sedia gegar

LONDON – Ashley Young percaya dia dan Wayne Rooney dapat membentuk gandingan serangan yang mampu mengganas untuk Manchester United dan England pada peringkat Eropah.

Pasangan tersebut berada pada prestasi terbaik dengan empat daripada enam gol England dalam tiga perlawanan antarabangsa terakhir, dihasilkan menerusi gandingan mereka.

Mereka lebih cemerlang di United dengan ledakan tujuh gol selepas hanya tiga perlawanan liga setakat ini, lima oleh Rooney dan dua oleh Young.

Kini, pemain baru United itu berharap gandingannya bersama Rooney akan menjulang kelab dan pasukan kebangsaan menakluki Liga Juara-Juara dan Kejohanan Eropah pada musim panas depan.

Young, 26, berkata: “Saya amat gembira gandingan saya dengan Rooney sudah menjadi, biarpun ini hanya permulaan.

“Memang betul ia baru memasuki tiga perlawanan dan perjalanan musim ini masih panjang. Namun memandangkan kami bermula dengan sempurna, saya harap ia dapat dipertingkatkan lagi supaya rentak kemenangan berterusan.

“Selagi gandingan kami berhasil di United, saya pasti ia juga pastinya berkesan untuk England.”

Young menjelaskan, dia tidak mengambil masa lama untuk membentuk keserasian dengan Rooney dan lain-lain bintang England di United disebabkan dia mempunyai pengalaman beraksi bersama mereka ketika menyarung jersi kebangsaan.

Dia bertambah yakin dengan menjalani latihan bersama mereka hampir setiap hari, persefahaman antara dia dan rakan-rakan sepasukan akan bertambah baik dan menjadi sempurna.

Ujar Young: “Saya mengenali mereka dalam skuad England, gaya permainan masing-masing, dan sebaik saya tiba di United, saya berasa selesa seperti di rumah sendiri.

“Mereka semua memiliki pengalaman beraksi di Old Trafford untuk sekian lama dan saya sedia menerima nasihat daripada mereka yang lebih senior.”

Tidak hairan kenapa Young tidak berhenti tersenyum, dia bagaikan sedang bermimpi. Dari Watford ke Aston Villa, Young kini menabur khidmat di salah sebuah kelab terkemuka dunia dan impiannya untuk bermain dalam Liga Juara-Juara bakal menjadi kenyataan minggu depan. – Agensi


manchesterunited 9/09/2011 09:19:00 AM
_________________

DIE HARD FAN MANCHESTER UNITED

Status : married with two daughter
Location : Pantai Dalam,KL

MINE(:

My Daughter
My Multiply
My Wife
KICK OFF(:

;DMay 2006
;DAugust 2006
;DSeptember 2006
;DOctober 2006
;DNovember 2006
;DDecember 2006
;DJanuary 2007
;DFebruary 2007
;DMarch 2007
;DApril 2007
;DMay 2007
;DJuly 2007
;DAugust 2007
;DSeptember 2007
;DOctober 2007
;DNovember 2007
;DDecember 2007
;DJanuary 2008
;DFebruary 2008
;DMarch 2008
;DApril 2008
;DMay 2008
;DJuly 2008
;DSeptember 2008
;DOctober 2008
;DNovember 2008
;DDecember 2008
;DJanuary 2009
;DFebruary 2009
;DMarch 2009
;DApril 2009
;DMay 2009
;DJune 2009
;DJuly 2009
;DAugust 2009
;DSeptember 2009
;DOctober 2009
;DDecember 2009
;DJanuary 2010
;DFebruary 2010
;DMarch 2010
;DApril 2010
;DMay 2010
;DJune 2010
;DJuly 2010
;DAugust 2010
;DSeptember 2010
;DOctober 2010
;DNovember 2010
;DDecember 2010
;DJanuary 2011
;DFebruary 2011
;DMarch 2011
;DApril 2011
;DMay 2011
;DJune 2011
;DJuly 2011
;DAugust 2011
;DSeptember 2011
;DOctober 2011
;DDecember 2011
;DJanuary 2012
;DFebruary 2012
;DMarch 2012
;DApril 2012

Iklan(:

Renewal Road Tax&Insuran

*Mudahkan urusan anda
*Renewal road tax dan insuran
*Terus ke pintu
*Premium insuran boleh dirunding
*6 bulan @ setahun @ budget pocket
*klang valley sahaja

call segera....En.Asmadi di talian 0196633543
-------------------------------------------------

Alpha Lipid Lifeline

Susu berkolostrum tinggi yg dapat menghasilkan antibodi &membina semula sel-sel agar kembali kuat untuk melawan berbagai jenis penyakit. Maklumat lanjut boleh terus ke link=Alpha Lipid Lifeline

Nuffnang Advertise(:


HIT-COUNTER(:

website design company
real estate website design
cbox