Friday, September 9, 2011

De Gea bakal diuji


DE GEA bakal berdepan ujian paling getir dalam kariernya pada aksi menentang Bolton awal pagi esok.


LONDON - Alex Ferguson menegaskan, David de Gea bakal berdepan ujian paling getir dalam karier pada pertemuan Liga Perdana England menentang Bolton Wanderers awal pagi esok.

De Gea, 20, dibeli dengan harga £18 juta (RM86 juta) dari Atletico Madrid musim panas lalu tetapi penjaga gol itu mula menghadapi ke- sukaran pada awal musim di Manchester United.

Namun selepas persembahan ketika menentang Manchester City pada final Piala Perisai Komuniti dan menentang West Bromwich Albion pada aksi pembukaan Liga Perdana England, De Gea mula menunjukkan kemampuan sebenar.

Bintang skuad bawah 21 Sepanyol itu berjaya menghalang gawang United daripada dibolosi ketika menentang Tottenham Hotspur dan kemudian menyelamatkan satu sepakan penalti ketika The Red Devils membelasah Arsenal 8-2.

Menjelang pertemuan dengan Bolton ini, De Gea sekali lagi berdepan cabaran paling besar kerana perlu menangani jentera serangan skuad Owen Coyle itu yang diketuai oleh Kevin Davies.

"De Gea telah membuat kesilapan dalam beberapa aksi pertama yang mana kami atau dia sendiri tidak menjangkakan," kata Ferguson.

"Ia agak pelik kerana prestasinya ketika di Atletico Madrid sangat hebat bagi pemain yang berusia 18 tahun sepertinya.

"Tidak diragui lagi dia berpotensi menjadi seorang pemain yang hebat. Tugas kami di kelab ini ialah menggunakan sebaik mungkin potensi tersebut dan memastikan dia muncul sebagai penjaga gol terbaik di dunia."

Tambah Ferguson lagi: "Dia akan menjadi pemain seperti itu sebaik saja dia mendapat pengalaman dan menyesuaikan diri dengan suasana dalam liga ini.

"Saingan liga di sini berbeza dengan Liga Sepanyol. Di sini ada lebih banyak hantaran silang perlu ditangani. Kita akan dapat melihat keupayaan yang sebenar sedikit demi sedikit."- Agensi


manchesterunited 9/09/2011 09:15:00 AM
_________________

DIE HARD FAN MANCHESTER UNITED

Status : married with two daughter
Location : Pantai Dalam,KL

MINE(:

My Daughter
My Multiply
My Wife
KICK OFF(:

;DMay 2006
;DAugust 2006
;DSeptember 2006
;DOctober 2006
;DNovember 2006
;DDecember 2006
;DJanuary 2007
;DFebruary 2007
;DMarch 2007
;DApril 2007
;DMay 2007
;DJuly 2007
;DAugust 2007
;DSeptember 2007
;DOctober 2007
;DNovember 2007
;DDecember 2007
;DJanuary 2008
;DFebruary 2008
;DMarch 2008
;DApril 2008
;DMay 2008
;DJuly 2008
;DSeptember 2008
;DOctober 2008
;DNovember 2008
;DDecember 2008
;DJanuary 2009
;DFebruary 2009
;DMarch 2009
;DApril 2009
;DMay 2009
;DJune 2009
;DJuly 2009
;DAugust 2009
;DSeptember 2009
;DOctober 2009
;DDecember 2009
;DJanuary 2010
;DFebruary 2010
;DMarch 2010
;DApril 2010
;DMay 2010
;DJune 2010
;DJuly 2010
;DAugust 2010
;DSeptember 2010
;DOctober 2010
;DNovember 2010
;DDecember 2010
;DJanuary 2011
;DFebruary 2011
;DMarch 2011
;DApril 2011
;DMay 2011
;DJune 2011
;DJuly 2011
;DAugust 2011
;DSeptember 2011
;DOctober 2011
;DDecember 2011
;DJanuary 2012
;DFebruary 2012
;DMarch 2012
;DApril 2012

Iklan(:

Renewal Road Tax&Insuran

*Mudahkan urusan anda
*Renewal road tax dan insuran
*Terus ke pintu
*Premium insuran boleh dirunding
*6 bulan @ setahun @ budget pocket
*klang valley sahaja

call segera....En.Asmadi di talian 0196633543
-------------------------------------------------

Alpha Lipid Lifeline

Susu berkolostrum tinggi yg dapat menghasilkan antibodi &membina semula sel-sel agar kembali kuat untuk melawan berbagai jenis penyakit. Maklumat lanjut boleh terus ke link=Alpha Lipid Lifeline

Nuffnang Advertise(:


HIT-COUNTER(:

website design company
real estate website design
cbox