Tuesday, August 23, 2011
Welbeck inspirasi MU

Ledak satu gol, cipta peluang rakan belasah Spurs

MANCHESTER: Penyerang Danny Welbeck menyumbat satu gol dan mencipta satu lagi untuk memberi inspirasi kepada barisan muda Manchester United ketika menewaskan Tottenham Hotspur 3-0 dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) yang menghiburkan di Old Trafford, kelmarin.

Keraguan mengenai keputusan pengurus Alex Ferguson membariskan kesebelasan utama dengan purata usia 23 tahun, terhapus selepas sejam permainan apabila Welbeck, 20, menanduk masuk hantaran lintang pemain tengah 22 tahun, Tom Cleverley. Hantaran cantik Welbeck membolehkan Anderson menjaringkan gol kedua pada minit ke-76 manakala tandukan lewat Wayne Rooney melengkap kemenangan untuk meneruskan prestasi terbaik di gelanggang sendiri yang membantu mereka menjulang kejuaraan musim lalu.

“Kami hanya bermula pada babak kedua,” kata Ferguson.

“Persembahan babak kedua hebat sekali, saya fikir ia adalah permainan pantas berbanding pada babak pertama – ‘hujung padang ke hujung padang’.

United, yang hanya tercicir dua mata di Old Trafford dalam laluan mereka mencipta rekod kejuaraan ke-19 musim lalu, mengekalkan permulaan baik selepas menundukkan West Bromwich Albion minggu lalu. Manchester City masih mendahului carta menerusi perbezaan jaringan.

Spurs beraksi dalam perlawanan sulung musim ini selepas perlawanan pertama menentang Everton di gelanggang sendiri terpaksa ditangguhkan kerana rusuhan London dan masih memburu kemenangan pertama dalam saingan liga di Old Trafford selepas kali terakhir menundukkan United di gelanggang itu pada 1989.

“Tiada perbezaan dalam perlawanan sehinggalah mereka menjaringkan gol pertama,” kata pengurus Spurs,

Harry Redknapp. “Jaringan pertama itu mengubah permainan.” – AFP


manchesterunited 8/23/2011 09:44:00 AM
_________________

DIE HARD FAN MANCHESTER UNITED

Status : married with two daughter
Location : Pantai Dalam,KL

MINE(:

My Daughter
My Multiply
My Wife
KICK OFF(:

;DMay 2006
;DAugust 2006
;DSeptember 2006
;DOctober 2006
;DNovember 2006
;DDecember 2006
;DJanuary 2007
;DFebruary 2007
;DMarch 2007
;DApril 2007
;DMay 2007
;DJuly 2007
;DAugust 2007
;DSeptember 2007
;DOctober 2007
;DNovember 2007
;DDecember 2007
;DJanuary 2008
;DFebruary 2008
;DMarch 2008
;DApril 2008
;DMay 2008
;DJuly 2008
;DSeptember 2008
;DOctober 2008
;DNovember 2008
;DDecember 2008
;DJanuary 2009
;DFebruary 2009
;DMarch 2009
;DApril 2009
;DMay 2009
;DJune 2009
;DJuly 2009
;DAugust 2009
;DSeptember 2009
;DOctober 2009
;DDecember 2009
;DJanuary 2010
;DFebruary 2010
;DMarch 2010
;DApril 2010
;DMay 2010
;DJune 2010
;DJuly 2010
;DAugust 2010
;DSeptember 2010
;DOctober 2010
;DNovember 2010
;DDecember 2010
;DJanuary 2011
;DFebruary 2011
;DMarch 2011
;DApril 2011
;DMay 2011
;DJune 2011
;DJuly 2011
;DAugust 2011
;DSeptember 2011
;DOctober 2011
;DDecember 2011
;DJanuary 2012
;DFebruary 2012
;DMarch 2012
;DApril 2012

Iklan(:

Renewal Road Tax&Insuran

*Mudahkan urusan anda
*Renewal road tax dan insuran
*Terus ke pintu
*Premium insuran boleh dirunding
*6 bulan @ setahun @ budget pocket
*klang valley sahaja

call segera....En.Asmadi di talian 0196633543
-------------------------------------------------

Alpha Lipid Lifeline

Susu berkolostrum tinggi yg dapat menghasilkan antibodi &membina semula sel-sel agar kembali kuat untuk melawan berbagai jenis penyakit. Maklumat lanjut boleh terus ke link=Alpha Lipid Lifeline

Nuffnang Advertise(:


HIT-COUNTER(:

website design company
real estate website design
cbox