Saturday, August 20, 2011
Penting kuasai bahasa : Javier Hernandez

PENYERANG Manchester United, Javier Hernandez percaya David de Gea akan lebih mudah menyesuaikan diri dengan kehidupan dalam Liga Perdana Inggeris jika dia lancar bertutur bahasa Inggeris.

Penjaga gol muda dari Sepanyol itu melalui tempoh perit kehidupan dengan pasukan juara itu apabila melakukan kesilapan ketika mereka menang ke atas Manchester City dan West Brom selepas berpindah dari Atletico Madrid.

Mengisi kekosongan yang ditinggalkan penjaga gol legenda, Edwin van der Sar adalah satu tugas yang sukar tetapi pemain berusia 20 tahun itu yang kini mengikuti pelajaran bahasa setiap hari menerima sokongan penuh di Old Trafford.

Hernandez mengakui mudah untuk menghasilkan impak selepas meninggalkan Mexico dengan menjaringkan 20 gol dalam semua kejohanan musim lalu.

Bekas penyerang Chivas itu tiba di Manchester bersama ahli keluarga yang memberi sokongan dan berjaya menguasai bahasa baru yang dianggap kunci kepada keserasiannya.

“Berpindah ke negara baru selalunya sukar tetapi kehadiran bapa dan kakak yang tinggal bersama saya banyak membantu. Ia membuatkan segala-galanya lebih mudah,” kata Hernandez.

“Apa yang paling saya rindukan mengenai Mexico bukanlah makanan atau budayanya tetapi keluarga saya dan bagaimana kami menghabiskan masa bersama-sama.

“Saya bertutur dengan baik kali pertama saya tiba di sini dan sejak itu semuanya semakin lama semakin baik, lebih memahaminya dan bertutur dengan lebih baik.

“Tetapi hakikatnya mempelajari bahasa Inggeris banyak membantu kerana ia bermakna saya boleh berkomunikasi di bilik persalinan dan mengenali rakan sepasukan dengan lebih cepat.

“Saya dilayan dengan baik di Manchester dan saya perlu membalas kepercayaan itu. Saya melalui musim pertama yang baik dan berharap dapat menyumbang lebih banyak lagi.

“Saya fikir, pasukan ini mempunyai masa depan cerah dan saya amat teruja dengan peluang yang menanti pada musim berikutnya,” katanya.


manchesterunited 8/20/2011 11:30:00 AM
_________________

DIE HARD FAN MANCHESTER UNITED

Status : married with two daughter
Location : Pantai Dalam,KL

MINE(:

My Daughter
My Multiply
My Wife
KICK OFF(:

;DMay 2006
;DAugust 2006
;DSeptember 2006
;DOctober 2006
;DNovember 2006
;DDecember 2006
;DJanuary 2007
;DFebruary 2007
;DMarch 2007
;DApril 2007
;DMay 2007
;DJuly 2007
;DAugust 2007
;DSeptember 2007
;DOctober 2007
;DNovember 2007
;DDecember 2007
;DJanuary 2008
;DFebruary 2008
;DMarch 2008
;DApril 2008
;DMay 2008
;DJuly 2008
;DSeptember 2008
;DOctober 2008
;DNovember 2008
;DDecember 2008
;DJanuary 2009
;DFebruary 2009
;DMarch 2009
;DApril 2009
;DMay 2009
;DJune 2009
;DJuly 2009
;DAugust 2009
;DSeptember 2009
;DOctober 2009
;DDecember 2009
;DJanuary 2010
;DFebruary 2010
;DMarch 2010
;DApril 2010
;DMay 2010
;DJune 2010
;DJuly 2010
;DAugust 2010
;DSeptember 2010
;DOctober 2010
;DNovember 2010
;DDecember 2010
;DJanuary 2011
;DFebruary 2011
;DMarch 2011
;DApril 2011
;DMay 2011
;DJune 2011
;DJuly 2011
;DAugust 2011
;DSeptember 2011
;DOctober 2011
;DDecember 2011
;DJanuary 2012
;DFebruary 2012
;DMarch 2012
;DApril 2012

Iklan(:

Renewal Road Tax&Insuran

*Mudahkan urusan anda
*Renewal road tax dan insuran
*Terus ke pintu
*Premium insuran boleh dirunding
*6 bulan @ setahun @ budget pocket
*klang valley sahaja

call segera....En.Asmadi di talian 0196633543
-------------------------------------------------

Alpha Lipid Lifeline

Susu berkolostrum tinggi yg dapat menghasilkan antibodi &membina semula sel-sel agar kembali kuat untuk melawan berbagai jenis penyakit. Maklumat lanjut boleh terus ke link=Alpha Lipid Lifeline

Nuffnang Advertise(:


HIT-COUNTER(:

website design company
real estate website design
cbox