Misi 'Sasaran Munich'

|
| ROONEY bertekad membantu United kembali merangkul trofi Liga Juara-Juara musim ini. |
MANCHESTER - Wayne Rooney melangkah keluar dari Stadium Wembley pada Mei lalu dengan penuh kecewa.
Ini kerana dia gagal membantu Manchester United merangkul trofi Liga Juara-Juara setelah tewas 1-3 kepada Barcelona pada aksi final.
Sama seperti pemain-pemain United lain yang turut merasai kekecewaan pada malam tersebut, Rooney kini berikrar untuk menebusnya dengan membawa United muncul juara Eropah musim ini.
Pengurus United, Alex Ferguson telah pun memulakan misi 'Sasaran Munich' untuk memastikan United beraksi pada final di kota raya Jerman itu pada 19 Mei tahun depan.
Ternyata setiap individu di Old Traf- ford awal pagi semalam tersenyum lebar setelah melihat undian Liga Juara-Juara apabila United berdepan tugas mudah dengan diletakkan bersama Benfica, Basel dan pendatang baru dari Romania, Otelul Galati dalam Kumpulan C.
"Saya rasa undian ini cukup baik bagi kami. Saya sememangnya sudah tidak sabar lagi untuk memulakan kempen Liga Juara-Juara musim ini," kata Rooney.
Rakan sepasukannya, Rio Ferdinand pula berkata: "Ia undian yang memuaskan. Benfica tetap tempat yang sukar untuk dikunjungi berdasarkan pengala- man lalu. Basel dan Galati, kami tak gentar."
Pastinya untuk saingan kali ini, Ferguson akan memberi peluang buat bari- san pemain mudanya seperti Phil Jones, Tom Cleverley dan Danny Welbeck merasai pengalaman beraksi di pentas Eropah.
"Undian yang menarik kerana tiada aksi tempat lawan yang sukar. Kami me- mandang ke hadapan perlawanan yang bakal dihadapi nanti.
"Kami sudah biasa bertemu Benfica dan mereka sentiasa beri saingan baik. Basel juga sebuah pasukan yang baik tetapi kami tidak mengetahui kekuatan Galati," kata Ferguson.
Ketua Eksekutif United, David Gill pula berkata, Ferguson terus menghantar mesej kepadanya selepas undian dan menyatakan beliau gembira dengan undian itu. - Agensi