Sunday, August 14, 2011
Firasat Fergie

MANCHESTER: Pengurus Manchester United, Sir Alex Ferguson percaya pemain generasi baru miliknya mampu menjadi pelaburan paling bernilai berbanding matlamat jangka panjang mereka untuk mendapatkan Wesley Sneijder dalam musim baru Liga Perdana Inggeris.

United akan memulakan kempen mempertahankan gelaran di West Brom malam ini selepas membelanjakan lebih £60 juta (RM bagi mendapatkan tiga pemain baru iaitu David De Gea, Ashley Young dan Phil Jones.

Ferguson menyaksikan rombakan terbesar dalam skuadnya sepanjang 15 tahun lalu tapi pada masa akur anak buahnya perlu berdepan cabaran enam kelab utama lain yang turut berhasrat merampas trofi Liga Perdana Inggeris.

Ferguson bagaimanapun tidak hanya tertumpu kepada bidaannya untuk mendapatkan pemain Inter Milan, Sneijder tetapi turut mengharapkan generasi barunya mampu mencetus semangat dalam usaha terkini mereka mempertahankan gelaran itu.

“Anda boleh lupakan siapa yang anda suka (Sneijder), saya gembira dengan pemain muda yang kami miliki,” kata Ferguson. “Darren Fletcher bakal kembali menyertai pasukan, begitu juga dengan Michael Carrick yang akan banyak beraksi sekitar November dan December. “Selain itu, pemain muda Paul Pogba turut menjanjikan sesuatu untuk kami. Kami positif mengenai potensi yang dimilikinya.

“Apabila anda sudah memanggil pemain, sudah pasti saya tidak akan memindanya. “Kelab ini sentiasa memberi ruang kepada muka baru dan dengan kehadiran sebarang pemain lain, kedudukan mereka bakal tergugat.

“Jika mereka mempunyai kebolehan dan ketrampilan yang tepat, satu cara yang boleh anda lakukan ialah menurunkan mereka,” katanya.

Manchester United menuju ke Hawthorns untuk perlawanan pembukaan mereka sebelum menentang lima pesaing utama gelaran itu hingga penghujung Oktober.

Pasukan pilihan juara itu hanya menang lima kali di luar Old Trafford musim lalu dan Ferguson bertekad memperbaiki keputusan hambar itu apatah lagi ia boleh menjadi meleburkan peluang mereka menjulang gelaran ke-20.

Sementara itu, pemain baru West Brom, Shane Long bakal membuat penampilan sulungnya menentang pasukan juara itu dan mungkin keseorangan di bahagian serangan apabila Peter Odemwingie berkemungkinan besar tidak dapat diturunkan akibat kecederaan buku lali.

“Berdepan Manchester United pada perlawanan sulung anda adalah impian yang hebat. “Saya tidak sabar menanti perlawanan itu. Ramai di kalangan rakan dan keluarga saya meminati United dan saya harap dapat mempamerkan aksi menarik dan mengecewakan mereka,” katanya. - AFP


manchesterunited 8/14/2011 12:36:00 PM
_________________

DIE HARD FAN MANCHESTER UNITED

Status : married with two daughter
Location : Pantai Dalam,KL

MINE(:

My Daughter
My Multiply
My Wife
KICK OFF(:

;DMay 2006
;DAugust 2006
;DSeptember 2006
;DOctober 2006
;DNovember 2006
;DDecember 2006
;DJanuary 2007
;DFebruary 2007
;DMarch 2007
;DApril 2007
;DMay 2007
;DJuly 2007
;DAugust 2007
;DSeptember 2007
;DOctober 2007
;DNovember 2007
;DDecember 2007
;DJanuary 2008
;DFebruary 2008
;DMarch 2008
;DApril 2008
;DMay 2008
;DJuly 2008
;DSeptember 2008
;DOctober 2008
;DNovember 2008
;DDecember 2008
;DJanuary 2009
;DFebruary 2009
;DMarch 2009
;DApril 2009
;DMay 2009
;DJune 2009
;DJuly 2009
;DAugust 2009
;DSeptember 2009
;DOctober 2009
;DDecember 2009
;DJanuary 2010
;DFebruary 2010
;DMarch 2010
;DApril 2010
;DMay 2010
;DJune 2010
;DJuly 2010
;DAugust 2010
;DSeptember 2010
;DOctober 2010
;DNovember 2010
;DDecember 2010
;DJanuary 2011
;DFebruary 2011
;DMarch 2011
;DApril 2011
;DMay 2011
;DJune 2011
;DJuly 2011
;DAugust 2011
;DSeptember 2011
;DOctober 2011
;DDecember 2011
;DJanuary 2012
;DFebruary 2012
;DMarch 2012
;DApril 2012

Iklan(:

Renewal Road Tax&Insuran

*Mudahkan urusan anda
*Renewal road tax dan insuran
*Terus ke pintu
*Premium insuran boleh dirunding
*6 bulan @ setahun @ budget pocket
*klang valley sahaja

call segera....En.Asmadi di talian 0196633543
-------------------------------------------------

Alpha Lipid Lifeline

Susu berkolostrum tinggi yg dapat menghasilkan antibodi &membina semula sel-sel agar kembali kuat untuk melawan berbagai jenis penyakit. Maklumat lanjut boleh terus ke link=Alpha Lipid Lifeline

Nuffnang Advertise(:


HIT-COUNTER(:

website design company
real estate website design
cbox