Thursday, June 9, 2011
United 'ikat' kaki Hernandez


LONDON - Manchester United akan menawarkan gaji tiga kali ganda lebih tinggi kepada Javier Hernandez iaitu sebanyak £75,000 (RM371,213) seminggu.

Ia bertujuan menghalang niat kelab gergasi Sepanyol, Real Madrid yang berminat untuk mendapatkan khidmat penyerang antarabangsa Mexico itu.

Real dilaporkan telah meminta United meletakkan harga ke atas penyerang yang dikenali sebagai Chicharito itu.

Bagaimanapun, United yang semakin hampir melengkapkan perpindahan £20 juta (RM99 juta) ke atas pemain Aston Villa, Ashley Young, merancang menambah gaji Hernandez.


Pengurus United, Alex Ferguson berkeras bahawa Hernandez, 23, tidak akan dijual dalam masa terdekat selepas dibeli dengan harga £6 juta (RM29.7 juta) dari kelab Chivas.

Hernandez adalah antara pemain yang menerima gaji paling rendah di United iaitu £25,000 (RM123,848) seminggu.

Perbincangan kontrak baru akan dibuat selepas Hernandez pulang dari beraksi pada Kejohanan Piala Emas CONCACAF yang mana dia meledak hatrik ketika Mexico membenam El Salvador pada perlawanan pembukaan Isnin lalu.

Sementara itu, Young, 25, memutuskan bahawa dia mahu meninggalkan Villa Park semalam.


Pemain sayap England itu mempunyai baki kontrak setahun lagi bersama Villa tetapi dia enggan menyambung kontrak baru.


Villa kini tiada alternatif lain kecuali menjualnya kepada United, atau berdepan risiko kehilangannya secara percuma.

Situasi itu menyaksikan satu lagi perkembangan positif dalam rancangan Ferguson memperkuatkan pasukannya selepas membeli penjaga gol baru, David De Gea dengan harga £18.3 juta (RM90.6 juta).


Sasarannya selepas ini ialah memancing perancang Everton, Jack Rodwell dengan tawaran sebanyak £25 juta (RM124 juta).


Pengurus United itu juga dikatakan turut berminat ke atas pemain pertahanan Aston Villa, Ciaran Clark yang baru berusia 21 tahun dianggarkan berharga £7 juta (RM35 juta). - Agensi


manchesterunited 6/09/2011 09:00:00 AM
_________________

DIE HARD FAN MANCHESTER UNITED

Status : married with two daughter
Location : Pantai Dalam,KL

MINE(:

My Daughter
My Multiply
My Wife
KICK OFF(:

;DMay 2006
;DAugust 2006
;DSeptember 2006
;DOctober 2006
;DNovember 2006
;DDecember 2006
;DJanuary 2007
;DFebruary 2007
;DMarch 2007
;DApril 2007
;DMay 2007
;DJuly 2007
;DAugust 2007
;DSeptember 2007
;DOctober 2007
;DNovember 2007
;DDecember 2007
;DJanuary 2008
;DFebruary 2008
;DMarch 2008
;DApril 2008
;DMay 2008
;DJuly 2008
;DSeptember 2008
;DOctober 2008
;DNovember 2008
;DDecember 2008
;DJanuary 2009
;DFebruary 2009
;DMarch 2009
;DApril 2009
;DMay 2009
;DJune 2009
;DJuly 2009
;DAugust 2009
;DSeptember 2009
;DOctober 2009
;DDecember 2009
;DJanuary 2010
;DFebruary 2010
;DMarch 2010
;DApril 2010
;DMay 2010
;DJune 2010
;DJuly 2010
;DAugust 2010
;DSeptember 2010
;DOctober 2010
;DNovember 2010
;DDecember 2010
;DJanuary 2011
;DFebruary 2011
;DMarch 2011
;DApril 2011
;DMay 2011
;DJune 2011
;DJuly 2011
;DAugust 2011
;DSeptember 2011
;DOctober 2011
;DDecember 2011
;DJanuary 2012
;DFebruary 2012
;DMarch 2012
;DApril 2012

Iklan(:

Renewal Road Tax&Insuran

*Mudahkan urusan anda
*Renewal road tax dan insuran
*Terus ke pintu
*Premium insuran boleh dirunding
*6 bulan @ setahun @ budget pocket
*klang valley sahaja

call segera....En.Asmadi di talian 0196633543
-------------------------------------------------

Alpha Lipid Lifeline

Susu berkolostrum tinggi yg dapat menghasilkan antibodi &membina semula sel-sel agar kembali kuat untuk melawan berbagai jenis penyakit. Maklumat lanjut boleh terus ke link=Alpha Lipid Lifeline

Nuffnang Advertise(:


HIT-COUNTER(:

website design company
real estate website design
cbox