Thursday, May 26, 2011
DE GEA bakal menggantikan tempat van der Sar




LONDON - Manchester United mendapat suntikan semangat menjelang aksi final Liga Juara-Juara menentang Barcelona di Stadium Wembley, Ahad ini.


Awal pagi semalam. pengurus United, Alex Ferguson mengesahkan juara Liga Perdana England itu hampir menandatangani penjaga gol Atletico Madrid, David De Gea.


De Gea, 20, dijangka akan menjadi penjaga gol utama bagi skuad The Red Devils musim depan sekiranya berjaya melengkapkan perpindahan yang dianggarkan bernilai £18.3 juta (RM91 juta).


"Kami sudah lama mengenal pasti dia (De Gea) sebagai pemain yang sepatutnya berada dalam pasukan ini.


"Dia sangat pantas dalam posisinya dan pengganti yang hebat kepada Edwin van der Sar.


"Salah satu kualiti menakjubkan yang ada dalam diri van der Sar ialah ketenangan dan De Gea juga memilikinya."


Minggu lepas, Ferguson memberitahu bahawa mereka kini sedang mencari seorang penjaga gol apabila van der Sar, 40, akan bersara selepas aksi final Liga Juara-Juara.


Ferguson dan jurulatih penjaga gol United, Eric Steele telah menonton aksi De Gea ketika kelabnya menentang Valencia, September lepas dan sejak itu mula memantau perkembangan prestasinya.

United juga telah mencari beberapa pemain lain bagi menjadi pengganti Van der Sar antaranya penjaga gol Schalke, Manuel Neuer yang beraksi menentang pasukan itu pada separuh akhir Liga Juara-Juara.


Begitupun, Neuer, 25, memilih untuk berpindah ke Bayern Munich.


Penjaga gol Ajax, Maarten Stekelenburg dan Sporting Lisbon, Rui Patricio turut menjadi antara calon pilihan Ferguson.


Pembelian ke atas De Gea dilihat sebagai satu perjudian oleh United kerana pemain itu baharu saja menjadi penjaga gol utama Atletico Madrid sejak 18 bulan lalu.


Begitupun, Ferguson jelas sekali nampak keistimewaan tersendiri bintang skuad bawah 21 Sepanyol itu yang sememangnya mempunyai impian untuk beraksi di Old Trafford. - Agensi


manchesterunited 5/26/2011 11:03:00 AM
_________________

DIE HARD FAN MANCHESTER UNITED

Status : married with two daughter
Location : Pantai Dalam,KL

MINE(:

My Daughter
My Multiply
My Wife
KICK OFF(:

;DMay 2006
;DAugust 2006
;DSeptember 2006
;DOctober 2006
;DNovember 2006
;DDecember 2006
;DJanuary 2007
;DFebruary 2007
;DMarch 2007
;DApril 2007
;DMay 2007
;DJuly 2007
;DAugust 2007
;DSeptember 2007
;DOctober 2007
;DNovember 2007
;DDecember 2007
;DJanuary 2008
;DFebruary 2008
;DMarch 2008
;DApril 2008
;DMay 2008
;DJuly 2008
;DSeptember 2008
;DOctober 2008
;DNovember 2008
;DDecember 2008
;DJanuary 2009
;DFebruary 2009
;DMarch 2009
;DApril 2009
;DMay 2009
;DJune 2009
;DJuly 2009
;DAugust 2009
;DSeptember 2009
;DOctober 2009
;DDecember 2009
;DJanuary 2010
;DFebruary 2010
;DMarch 2010
;DApril 2010
;DMay 2010
;DJune 2010
;DJuly 2010
;DAugust 2010
;DSeptember 2010
;DOctober 2010
;DNovember 2010
;DDecember 2010
;DJanuary 2011
;DFebruary 2011
;DMarch 2011
;DApril 2011
;DMay 2011
;DJune 2011
;DJuly 2011
;DAugust 2011
;DSeptember 2011
;DOctober 2011
;DDecember 2011
;DJanuary 2012
;DFebruary 2012
;DMarch 2012
;DApril 2012

Iklan(:

Renewal Road Tax&Insuran

*Mudahkan urusan anda
*Renewal road tax dan insuran
*Terus ke pintu
*Premium insuran boleh dirunding
*6 bulan @ setahun @ budget pocket
*klang valley sahaja

call segera....En.Asmadi di talian 0196633543
-------------------------------------------------

Alpha Lipid Lifeline

Susu berkolostrum tinggi yg dapat menghasilkan antibodi &membina semula sel-sel agar kembali kuat untuk melawan berbagai jenis penyakit. Maklumat lanjut boleh terus ke link=Alpha Lipid Lifeline

Nuffnang Advertise(:


HIT-COUNTER(:

website design company
real estate website design
cbox