Saturday, October 30, 2010

Ferguson sanjung Berbatov

BERBATOV (kiri) belum dapat jaringkan gol dalam lima perlawanan terakhir United.
BERBATOV (kiri) belum dapat jaringkan gol dalam lima perlawanan terakhir United.
Yakin penyerang mampu menyinar ketika menentang Tottenham

LONDON: Sir Alex Ferguson memuji peningkatan yang dipamerkan Dimitar Berbatov musim ini dan berharap dia mampu menyinar ketika menentang bekas kelabnya Tottenham, tengah malam ini. 

Berbatov mungkin pantas memenangi hati penyokong ketika beraksi di White Hart Lane, tetapi penyerang Bulgaria itu jelas mengambil masa lama untuk bertakhta di hati peminat di Old Trafford.
Dengan Wayne Rooney yang cedera dan berprestasi hambar musim ini, United memerlukan lebih daripada Berbatov, yang sering dikritik kerana kurang bersemangat dan akhirnya mempamer prestasi sebenar selepas hambar sekian lama bersama pasukan itu.

Javier Hernandez menjadi bualan di kalangan penyokong Manchester selepas menjaringkan tiga gol minggu ini, tetapi penyerang muda Mexico itu tidak boleh menjadi penyelamat setiap kali perlawanan.

Ini bermakna tekanan kekal terletak di bahu Berbatov. Namun, lima perlawanan sudah berlalu, tetapi dia gagal menjaringkan gol.

Menurut Ferguson, Berbatov, yang meninggalkan Spurs dengan nilai 30 juta pound (RM150 juta) sudah berubah, apabila akhirnya bersedia memenuhi tuntutan bermain bersama antara kelab terbesar dunia.
“Dia memulakan musim ini dengan prestasi hebat bersama kami. Tanpa ragu-ragu, dia adalah bintang penyerang kami,” kata Ferguson.

“Apabila kamu membawa masuk pemain ke Manchester United, tidak semua akan menyerlah dalam satu malam.

“Tidak ada yang meragukan mengenai keupayaannya, tapi apa yang kami lihat sekarang, dia seorang penyerang yang beraksi dengan keyakinan dan kepercayaan.” – AFP



manchesterunited 10/30/2010 12:44:00 PM
_________________

Friday, October 29, 2010
Hernandez pantas pikat hati peminat



LONDON: Seminggu selepas Manchester United gempar mengenai masa depan penyerang, Wayne Rooney kini nama pemain yang menggantikannya, Javier Hernandez mula menjadi sebutan peminat.

Pemain Mexico itu menjaringkan dua gol ketika kemenangan 2-1 ke atas Stoke City, Ahad lalu sebelum memastikan kemenangan ke atas Wolverhampton Wanderers dalam perlawanan Piala Liga kelmarin.

Justeru, ketiadaan Rooney dan Michael Owen yang mengalami kecederaan, memberi ruang buatnya diturunkan bersama Dimitar Berbatov dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris menentang Tottenham Hotspur di Old Trafford, Sabtu ini.


“Kami cuba mencari wira baru dengan pantas tetapi pemain muda ini memanafaatkan penghargaan yang diterimanya ketika ini,” kata Ferguson selepas jaringan lewat pemain berusia 22 tahun itu menggegar gawang Wolves.


“Sebaik dia masuk ke padang, anda tahu dia akan sentiasa merebut sebarang peluang,” kata Ferguson yang membeli penyerang itu pada harga �7 juta RM34.4 juta) sebelum dia mencuri perhatian dunia dengan persembahan memukau di Piala Dunia.

Sesetengah pemerhati membandingkan Hernandez dengan Owen ketika muda tetapi rakan sepasukannya yang bergelut mencari rentak selepas berehat panjang akibat kecederaan, memberi amaran bahawa masa depan bukan mudah seperti dijangka.

“Dia seorang pemain muda dan mampu melakukan penyudah tepat,” kata Owen.


“Nampaknya dia semakin berjaya, dia sering tersenyum, menikmati permainan bola sepak dan penyokong mula beri perhatian kepadanya.
“Setakat ini semuanya lancar tetapi apa saya tahu, bola sepak boleh berubah dalam masa seminggu. Dia perlu bekerja keras dan memberikan persembahan terbaik kerana itulah diinginkan di Manchester United,” katanya. -Reuters


manchesterunited 10/29/2010 09:20:00 AM
_________________

Thursday, October 28, 2010

Hernandez selamatkan United


HERNANDEZ menjaringkan gol kemenangan United ketika mereka menewaskan Wolves 3-2 kelmarin.

LONDON - Javier Hernandez meledakkan gol kemenangan pada minit-minit terakhir untuk membantu juara bertahan, Manchester United menempah slot ke suku akhir Piala Liga kelmarin.

Pada perlawanan di Old Trafford itu, United menang tipis 3-2 ke atas Wolverhampton Wanderers pada aksi pusingan keempat.

Hernandez yang lebih dikenali sebagai Chicharito menjaringkan kedua-dua gol ketika United mencatat kemenangan dramatik ke atas Stoke City pada Sabtu lalu, sekali lagi menjadi penyelamat skuad The Reds.

Meskipun masuk sebagai pemain gantian ketika perlawanan berbaki sembilan minit, penyerang kelahiran Mexico ini masih mampu untuk mempamerkan kehebatannya.

Penyerang berusia 22 tahun itu berjaya mengkucar-kacirkan benteng pertahanan lawan sebelum menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-90.

Pengurus United, Alex Ferguson memuji persembahan Hernandez selepas membantu kelab gergasi England itu untuk memenangi gelaran Piala Liga buat kali ketiga berturut-turut.

"Kami cuba untuk melahirkan hero secepat yang mungkin di sini (United) tetapi dia (Hernandez) wajar untuk menerima pujian buat masa ini," kata Ferguson.

"Dia seorang pemain profesional yang hebat.

"Dia pemain pertama yang hadir ke lokasi latihan dan pemain terakhir yang meninggalkan tempat itu setiap hari. Jaringan yang dilakukan itu telah memberi banyak pujian.

"Apabila dia memasuki padang, kamu hanya perlu lihat sekiranya dia memperoleh peluang, dia tidak akan mempersia-siakannya.

Sebelum itu, United memperoleh dua gol masing-masing satu menerusi Bebe dan Park Ji-Sung manakala gol Wolves hasil jaringan George Elokobi serta Kevin Foley. - AFP


manchesterunited 10/28/2010 07:59:00 AM
_________________

Monday, October 25, 2010

Premier League - Hernandez double downs Stoke

Highlights: Stoke City 1-2 Manchester United

Javier Hernandez fired Manchester United to their first away win of the season in the Premier League as they beat Stoke City 2-1 at the Britannia Stadium.

Hernandez put United in front with an audacious backwards header that beat Thomas Sorensen on 27 minutes as United resumed normal business following the very public way in which Wayne Rooney's new contract was agreed.

However, their on-pitch travails looked to be brought back into sharp focus when substitute Tuncay Sanli scored a stunning goal with 10 minutes remaining - only for Hernandez to pounce to score a tap-in that ensured United will finish the weekend back in the Champions League places.

Rooney, currently ruled out for three weeks with an ankle injury, is in Dubai celebrating his 25th birthday, but the goalscoring exploits of 'Chicharito' - as well as his badge-kissing celebration - have given United fans a teasing glimpse of what the future may hold.

Nani played a short corner with Patrice Evra and chipped in the return pass. Nemanja Vidic headed the cross back across goal and the young Mexican showed incredible agility to power his effort past Sorensen with the back of his head for his fourth goal in nine United appearances.

Gary Neville's return to the starting line-up was one of several changes made by United manager Alex Ferguson following the midweek win over Bursaspor in the Champions League. It was his 600th appearance for his one and only club.

The 35-year-old may have faced many of the world's greatest players during his long career, but Stoke's ever-impressive Matthew Etherington was enough of a challenge for him in this match.

Twice Neville went in on the winger with late challenges, one of which earned him a booking while the other incurred leniency from referee Andre Marriner, if not the vociferous home crowd. He was replaced by Wes Brown at half-time, but only after he had come out on to the pitch after the break.

Stoke saw plenty of the ball, but the closest they came to scoring in the first half was when Rory Delap's effort from long distance swerved wide of the open goal after Edwin van der Sar had made a clearance from near the corner flag.

Hernandez almost scored another unorthodox goal when he charged down Thomas Sorensen's clearance, only to see the rebound go over the bar, before Evra headed over from a corner just before the end of the half.

For all Stoke's endeavour they continued to struggle to create chances after the break, with the front pairing of Kenwyne Jones and Jon Walters unable to match their work rate with their finishing.

Stoke boss Tony Pulis responded by bringing on Tuncay, the man who made his name with a hat-trick against United for Fenerbahce back in 2004.

The Turkish forward has fallen out of favour with Pulis, but he may see his first-team chances boosted after he cut in from the right and curled a wonderful strike over Van der Sar and into the far top corner to give the Potters hope of a rare point against a 'big four' side.

But it was not to be as five minutes later Evra swivelled inside the area before firing a low ball across the box that Hernandez turned past Sorensen from close range.

Nani almost added gloss to the result in stoppage time when he forced a top-drawer save from Sorensen, the Dane tipping the long-range strike around the upright.



manchesterunited 10/25/2010 07:53:00 AM
_________________

Friday, October 22, 2010
Ferguson mahu selesai segera isu Rooney

MANCHESTER: Pengurus Manchester United, Alex Ferguson mahu mengadakan perjumpaan dengan pegawai kelab dalam usaha menamatkan kontroversi perpindahan Wayne Rooney.

Ferguson mengadakan pertemuan dengan ketua eksekutif United, David Gill sehari selepas Rooney mengesahkan hasratnya untuk berpindah dari kelab gergasi Inggeris itu.

Rabu lalu, Rooney, 24, berkata dia mahu berpindah kerana percaya kelab itu tidak lagi mampu menyediakan pentas untuknya bergelar salah seorang pemain terbaik dunia.

Kenyataan Rooney itu sekali gus menutup terus peluang memperbaiki hubungan dengan kelab selepas Ferguson sendiri berkata pintu untuknya terus kekal di United masih lagi terbuka.

Selepas kenyataan Rooney dibuat, Ferguson bingkas menjawab dengan berkata kelab itu akan mengadakan pertemuan bagi mengatasi masalah itu dengan kadar segera.

“Kami tidak mahu ia berlanjutan. Kami tidak mahu ia terus menjadi kontroversi. Kami ada pasukan yang perlu difikirkan,” kata Ferguson. “Ia akan tamat esok (hari ini). Kami akan bertindak tegas dan kami akan menamatkan semua permasalahan ini.” Ferguson berkata Gill sudah berbincang dengan pemilik United iaitu keluarga Glazer mengenai perkara itu.

“David (Gill) sudah mengadakan perbincangan dengan pemilik kelab dan itu adalah penting,” kata Ferguson. “Dan apa yang paling penting bagi kami ialah untuk menamatkan semuanya dengan kadar segera.” Ferguson tidak memberi petanda apakah tindakan akan diambil tetapi Rooney sudah boleh dianggap meniti hari-hari terakhirnya bersama United dan kelab itu juga akan menjual pemain itu ketika tempoh perpindahan Januari ini nanti.

Rooney yang menjadi bintang United serta muncul antara pemain paling berbakat dunia, mengejutkan majikannya dengan menolak tawaran kontrak baru dan memaklumkan kepada kelab bahawa dia mahu berpindah.

Dengan kontraknya hanya berbaki 18 bulan lagi, United dijangka menjual Rooney secepat mungkin bagi mengelak nilai pemain itu merudum. Rooney boleh berpindah secara percuma jika dia menamatkan baki kontraknya bersama United. - AFP


manchesterunited 10/22/2010 03:51:00 PM
_________________

Rooney sudah nekad tinggalkan Old Trafford


ROONEY disisih dalam skuad utama United sejak beberapa perlawanan lalu.

LONDON - Wayne Rooney seakan-akan memberi 'lampu hijau' kepada Chelsea.

Dalam satu kenyataan terbuka kelmarin, penyerang Manchester United itu mengesahkan yang dia akan meninggalkan Old Trafford.

Bintang England itu menjelaskan, dia membuat keputusan sedemikian selepas gagal mendapat jaminan mengenai masa depan United daripada Ketua Ekseku- tif kelab itu, David Gill.

Isnin lalu, pengurus Chelsea, Carlo Ancelotti mendedahkan yang beliau berminat membawa Rooney ke Stamford Bridge.

Begitupun, skuad The Blues tidak akan menawarkan gaji melebihi £160,000 (RM784,428) kepada penyerang itu.

Rooney menegaskan, wang bukanlah isu sebenar yang mendorong dia meninggalkan United.

"Saya telah berjumpa dengan David Gill minggu lepas dan dia gagal memberi jaminan kepada saya tentang hala tuju pasukan ini," kata Rooney.

"Saya kemudian memberitahunya yang saya tidak akan menyambung kontrak baru dengan United.

"Pada perjumpaan Ogos lalu, saya ada bertanya mengenai jaminan tentang kemampuan kelab ini menarik minat pemain bertaraf dunia.

"Bagi saya, semuanya adalah tentang keupayaan memenangi sebanyak mungkin trofi ketika kelab ini dibimbing oleh Alex Ferguson.

"Oleh sebab itu, saya rasa persoalan yang saya cari selama ini akhirnya telah terjawab," katanya.

Kenyataan Rooney ini dikeluarkan sehari selepas pengurus United, Ferguson mengeluarkan kenyataan tentang isu ini.

Ferguson menuduh isu ini ditimbulkan oleh ejen Rooney selain menjelaskan wang telah menggelapkan mata penyerang England itu berbanding kesetiaan dan kepercayaan. - Agensi


manchesterunited 10/22/2010 08:41:00 AM
_________________

Thursday, October 21, 2010

City bukan pilihan utama United


ROONEY dilaporkan bakal meninggalkan Old Trafford ekoran perselisihan faham dengan Ferguson.

MANCHESTER – Manchester United bertekad untuk memastikan Wayne Rooney tidak menyertai musuh setempat mereka, Manchester City. Sebaliknya, skuad The Red Devils itu lebih rela menjual Rooney kepada Barcelona atau Chelsea.

Masa depan Rooney di Old Trafford hampir pasti berakhir pada Januari depan setelah pengurus United, Alex Ferguson mengesahkan bahawa penyerang England itu mahu meninggalkan kelab tersebut.

City dikatakan bersedia menawarkan Rooney gaji sekitar £250,000 (RM1.2 juta) seminggu tetapi United lebih cenderung melihat pemain England itu berhijrah ke luar negara atau menyertai Chelsea.

Jurulatih Barcelona, Pep Guardiola malam kelmarin turut mengesahkan bahawa dia cukup mengidamkan pemain seperti Rooney.

“Dia (Rooney) merupakan salah seorang pemain terbaik di dunia dan tak ramai pemain yang memiliki kualiti sepertinya. Saya dah lama meminatinya,” kata Guardiola.

Pengurus Chelsea, Carlo Ancelotti turut mengalu-alukan kehadiran Rooney ke kelab London itu andai ayam tambatan United itu berminat menyertai mereka.

Ketika ini, United dikatakan begitu bimbang jika Rooney memilih untuk menyertai City dan kemudiannya mereka melihat pula pemain itu berjaya membantu City muncul juara Liga Perdana England musim ini.

“Jika perpindahan ke City itu berlaku, ia pasti akan menjadi satu mimpi ngeri buat kami. Jadi kami akan sedaya upaya untuk menghalang ia daripada berlaku,” kata sumber dalaman United.

Namun United mungkin terpaksa akur dengan kekayaan dimiliki City yang mampu untuk memberikan tawaran lebih lumayan berbanding kelab-kelab lain bagi mendapatkan Rooney.

Nilai Rooney kini telah pun merudum kerana dia hanya memiliki baki kontrak sehingga Jun 2012 bersama United.

Barcelona dijangka akan meletakkan tawaran sekitar £25 juta (RM122.5 juta) untuk mendapatkan Rooney tatkala City pastinya mampu meletakkan tawaran yang lebih tinggi. – Agensi


manchesterunited 10/21/2010 03:01:00 PM
_________________

Nani selamatkan maruah United


NANI meledakkan gol tunggal kemenangan United ke atas Bursaspor pada perlawanan Liga Juara-Juara awal pagi semalam.

MANCHESTER - Manchester United melupakan seketika kontroversi mengenai penghijrahan Wayne Rooney untuk menewaskan kelab Turki, Bursaspor 1-0 pada aksi Liga Juara-Juara awal pagi semalam.
Jaringan tunggal Nani seawal minit ketujuh sudah cukup untuk memberikan tiga mata penuh buat skuad bimbingan Alex Ferguson itu.

Dengan kemenangan itu, United terus mendahului Kumpulan C dengan tujuh mata, dua mata mengatasi Rangers yang seri 1-1 dengan Valencia.

"Saya tidak mahu isu Rooney ini terus berpanjangan. Saya lebih berminat untuk menyatakan tentang rasa puas hati terhadap prestasi Nani pada perlawanan ini.

"Persembahan Nani semakin baik. Itu sesuatu yang baik dan dia kini berjaya menambah nisbah jaringannya pada setiap perlawanan," kata Ferguson.

Begitupun, pengurus United itu mengakui beliau tetap berasa kecewa kerana pasukannya sekadar mencatat kemenangan tipis.

"Kami sepatutnya lebih menekan pasukan lawan. Bagaimanapun, saya tetap berasakan kami telah melakukan tugas dengan baik jika dilihat daripada tempo perlawanan.

"Kami menguasai keseluruhan permainan. Saya rasa pasukan lawan hanya mendapat peluang tepat pada dua minit terakhir tetapi kami melakukan lebih baik pada penghujung perlawanan.

"Saya juga tidak rasa pasukan lawan mampu mendapatkan gol penyamaan kerana tahap konsentrasi pertahanan kami cukup baik," kata Ferguson.

Sementara itu, jurulatih Bursaspor, Ertugrul Saglam mengakui kekalahan tersebut membuatkan pasukan mereka kini semakin sukar untuk layak ke pusingan kalah mati.

"Kami perlu menang ketiga-tiga baki perlawanan untuk menghidupkan peluang. Paling minimum pun, kami kena menang dua dan seri sekali," kata Saglam. - AFP


manchesterunited 10/21/2010 11:39:00 AM
_________________

Wednesday, October 20, 2010

Man. City sedia melabur dapatkan Rooney RM493j


MASALAH Rooney di Old Trafford kini mendapat perhatian City.

LONDON – Manchester City sedia membuat tawaran perpindahan paling mahal dalam sejarah bola sepak dengan pakej berjumlah £100 juta (RM493 juta) bagi mendapatkan penyerang Manchester United, Wayne Rooney.

Penyerang England itu telah memaklumkan kepada United tentang niatnya yang enggan menyambung kontrak baru selepas perselisihan faham dengan pengurus, Alex Ferguson.

City kini bersedia mengambil kesempatan di atas masalah yang sedang melanda kelab Old Trafford itu.

Kelab Eastlands itu dikatakan merancang mengemukakan pakej perpindahan yang bakal menyaksikan mereka membayar United £50 juta (RM246.3 juta) ke atas Rooney dengan tambahan £50 juta (RM246.3 juta) bagi membayar gaji penyerang tersebut yang masih ada baki kontrak selama empat tahun lagi di United.

City juga sanggup menjadikan Rooney sebagai pemain yang menerima bayaran termahal dalam Liga Perdana England dengan gaji mencecah £250,000 (RM1.2 juta) seminggu atau £13 juta (RM64 juta) setahun.

Malah, Rooney yang semakin tidak gembira dengan kehidupannya di Old Trafford juga dikatakan bersedia menerima tawaran perpindahan paling kontroversi itu yang melibatkan dua kelab di Manchester.

Real Madrid telah menafikan yang mereka berminat membeli Rooney apabila musim perpindahan
dibuka Januari depan, manakala Barcelona pula tidak mempunyai sumber kewangan yang besar untuk mendapatkan penyerang berusia 24 tahun itu.

Rooney meninggalkan Everton ketika berusia 20 tahun untuk menyertai United pada musim 2004 dengan yuran perpindahan berjumlah £25.6 juta (RM126 juta). – Agensi


manchesterunited 10/20/2010 04:14:00 PM
_________________

Monday, October 18, 2010

Rooney tinggalkan United?


ROONEY dikatakan sudah tawar hati untuk terus kekal di Old Trafford selepas berlaku perselisihan dengan Ferguson.

LONDON - Wayne Rooney bakal mening- galkan Manchester United berikutan beberapa perselisihan faham dengan pengu- rus, Alex Ferguson.

Perbincangan kontrak baru yang akan mengekalkan Rooney di Old Trafford sehingga penghujung kariernya telah tertangguh, sekali gus membuka jalan buat penyerang England itu meninggalkan United pada musim perpindahan Januari depan.

Hubungan Ferguson dan Rooney sema- kin renggang sejak penyerang berusia 24 tahun itu kembali daripada tugasan antarabangsa bersama England minggu lepas.

Semuanya berpunca daripada beberapa perselisihan faham berikutan pembongka- ran skandal seks Rooney yang turut menyaksikan Ferguson mengetepikan penyerang England tersebut dalam skuad United.

Penyerang itu diketepikan ketika United menentang bekas kelabnya, Everton seminggu selepas skandal tersebut terbongkar.

Ferguson menjelaskan bahawa beliau hanya mahu melindungi penyerang itu da- ripada kutukan peminat Everton yang enggan memaafkannya kerana meninggal- kan Goodison Park pada 2004.

Tetapi sebenarnya Ferguson memberi- tahu Rooney bahawa keputusan berkenaan dibuat sebagai hukuman terhadap isu peribadinya itu dan juga berdasarkan ramalannya bahawa prestasi penyerang tersebut akan terjejas.

Terbaru, Rooney diletakkan di bangku simpanan dan masuk sebagai pemain gantian ketika United seri 2-2 dengan West Brom di Old Trafford dalam aksi Liga Perdana England kelmarin.

Ketua Eksekutif United, David Gill kini bersiap sedia untuk berdepan satu lagi perpindahan paling sensasi dalam sejarah pasukan itu.

Ketiadaan Rooney nanti diramal mencetuskan pelbagai polemik baru berbanding perpindahan dua bintang The Red Devils sebelum ini, David Beckham dan Cristiano Ronaldo.

Barcelona dan Real Madrid menjadi destinasi terbaik baginya untuk keluar dari England manakala Chelsea dan Manchester City pula akan memberi peluang kepada Rooney untuk terus beraksi dalam Liga Perdana England.

Begitupun, Rooney sebelum ini memberitahu bahawa dia tidak berminat untuk berpindah keluar dari England dan tidak begitu selesa dengan gaya hidup di kota London.

Situasi ini menyaksikan kelab terkaya dunia, City berpeluang cerah untuk merampas penyerang tersebut daripada kelab jiran setempat mereka.

Pemilik kelab, Sheikh Mansour juga sedang mencari seorang penyerang baru setelah Robinho gagal memberi impak di kelab Eastlands itu.

Malah, Rooney juga kagum dengan sambutan yang diberikan terhadap Carlos Tevez ketika dia meninggalkan United dan menyertai City, 18 bulan lalu.

Perpindahan Rooney ke City juga boleh dilihat sebagai reaksi balas dendamnya terhadap Ferguson. - Agensi


manchesterunited 10/18/2010 10:13:00 AM
_________________

Sunday, October 17, 2010

West Bromwich bikin United gigit jari


HERNANDEZ (kanan) bersaing dengan pemain tengah West Bromwich, James Morrison pada aksi di Old Trafford semalam. United dan West Bromwich seri 2-2.


LONDON – Manchester United mensia-siakan peluang untuk melonjak ke tangga kedua Liga Perdana England apabila sekadar mencatat keputusan seri 2-2 dengan West Bromwich Albion semalam.

Pada aksi yang berlangsung di Old Trafford itu, skuad The Red Devils terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi penyerang muda Mexico, Javier Hernandez seawal minit kelima.

Nani menambah derita West Bromwich apabila meledak gol kedua United pada minit ke-25, sekali gus meletakkan skuad kendalian Alex Ferguson itu selesa sehingga tamat babak pertama perlawanan.

Sebaik babak kedua bermula, West Bromwich dilihat tampil dengan aksi lebih kemas dan hasilnya mereka memperoleh gol pertama apabila tonggak pertahanan United, Patrice Evra menjaringkan gol sendiri pada minit ke-50.

West Bromwich tidak menunggu lama untuk menyamakan kedudukan apabila Somen Tchoyi meledak gol lima minit kemudian.

Dengan keputusan seri itu, United masih kekal di tangga ketiga liga dengan hanya mengumpul 14 mata, empat dibelakang pendahulu, Chelsea.

Sementara itu, Arsenal memanfaatkan sepenuhnya kelebihan beraksi di laman apabila berjaya mengutip tiga mata penuh selepas mencatatkan kemenangan 2-1 ke atas Birmingham City di Emirates.
Begitupun, Birmingham terlebih dahulu mengejut tuan rumah apabila membuka tirai jaringan menerusi Nikola Zigic pada minit ke-33.

Tersentak dengan jaringan awal pihak lawan, The Gunners kembali memperkemaskan jentera serangan mereka sebelum Samir Nasri meledak gol penyamaan hasil sepakan penalti yang diperoleh empat minit sebelum tamat babak pertama.

Marouane Chamakh menyelamatkan maruah The Gunners apabila dia menjaringkan gol kemenangan hanya selepas dua minit babak kedua bermula.

Di Craven Cottage, Tottenham Hotspur turut cemerlang selepas mencatatkan kemenangan 2-1 ke atas Fulham sementara Bolton Wanderers menewaskan Stoke City 2-1 di Stadium Reebok.

Dua lagi perlawanan yang berlangsung semalam menyaksikan Newcastle United sekadar seri 2-2 dengan Wigan Athletic di St. James Park manakala Wolves seri 1-1 menentang West Ham United di Stadium Molineux. – Agensi

_______________________________________

Premier League - Van der Sar gaffe costs United

Edwin van der Sar produced an incredible error as Manchester United lost a two-goal lead to draw 2-2 with West Bromwich Albion at Old Trafford.


The normally reliable Dutchman fumbled a simple catch into the path of an opponent as United suffered their third defensive meltdown in a matter of weeks, having seen two-goal advantages slip against Everton and Liverpool, although they won the latter game.


Goals from Javier Hernandez and Nani appeared to have put United in total control, but West Brom hit back through a Patrice Evra own-goal and a Somen Tchoyi tap-in after Van der Sar's gaffe.


It was the third consecutive draw for Sir Alex Ferguson's side, who have not won in the Premier League since September 19, and another creditable result for Roberto Di Matteo's high-flying West Brom.


The failure will put further spotlight on Ferguson's decision to leave troubled star Wayne Rooney on the bench.


Ferguson will no doubt point out Rooney was not the only major omission, as Paul Scholes, Darren Fletcher and John O'Shea also missed out.


The argument Rooney was being rested does not hold water. Yes, United have a Champions League game on Wednesday, but a home game against Group C whipping boys Bursaspor hardly represent an occasion demanding eight days' rest.


Whether Rooney was being punished for his contradiction of Ferguson's version of events regarding an ankle injury, or simply dropped on account of his poor form, he will continue to dominate the headlines.


Within five minutes, Ferguson's selection of Hernandez appeared to be justified as the Mexican snaffled his first Premier League goal.


Nani's dipping free-kick was tame, but Scott Carson succeeded only in shovelling it into the path of Hernandez who made no mistake from close range. A horrible piece of goalkeeping.


United were not exactly dominant, but West Brom made enough defensive slips to keep the chances flowing.


Berbatov sidefooted nonchalantly wide from 10 yards when Michael Carrick found him inexplicably unmarked, while Ryan Giggs wasted a good free-kick opportunity after the Welshman was brought down by Yousuf Mulumbu.


At the other end, West Brom had their moments, not least when a Marc-Antoine Fortune cross brought a superb intervention from Rafael to prevent Chris Brunt from tapping in an open goal.


It was two on 25 minutes, when Nani brought the ball through the middle unchallenged, played a simple one-two with Dimitar Berbatov and swept the return pass into the bottom left corner.


It looked like game over - without totally impressing Ferguson's men were in a comfortable position while their opponents could not translate their attractive football into goalscoring chances.


But the second half brought an epic collapse, as United surrendered a two-goal lead for the third time this season, having done so against Everton and Liverpool.


The first goal came on 50 minutes after Anderson was adjudged to have fouled Tchoyi on the edge of the box wide on the right. Chris Brunt's free-kick took two deflections; the second off Patrice Evra's thigh taking it over the line - Van der Sar belatedly clawed the ball away but the goal stood.


If the first was soft, the second, five minutes later, was absolutely calamitous.


Van der Sar went to catch a Brunt cross unchallenged, but fumbled it spectacularly and the ball fell to Tchoyi who finished into the empty net.


It was an extraordinary mistake by any standards, let alone those of the normally reliable Van der Sar.


Far from roaring back, United looked bereft of ideas and confidence after yet another meltdown.


It took the introduction of Rooney and Scholes from the bench on 72 minutes to lift the crowd, and though his cameo was generally poor, Rooney came close to nicking a winner.


A Gabriel Tamas lob to Carson was adjudged a backpass by referee Mike Jones, and the indirect free-kick was touched to Rooney, but Tamas himself cleared off the line.


Alex Chick / Eurosport


manchesterunited 10/17/2010 07:56:00 AM
_________________

Saturday, October 16, 2010

Rooney dalam situasi bahaya


ROONEY gagal menampilkan rentak terbaik dalam beberapa perlawanan sebelum ini.


LONDON – Karier Wayne Rooney bersama Manchester United mula tidak menentu ekoran tindakannya menyelar kenyataan pengurus The Red Devils, Alex Ferguson.

Sebelum ini, Rooney dilaporkan kurang senang dengan kenyataan yang dikeluarkan Ferguson yang mendakwa prestasinya merosot sejak mengalami kecederaan buku lali.

Disebabkan itu, Rooney tampil membalas kenyataan Ferguson apabila mengatakan dia tiada masalah dengan kecederaan buku lali yang dialaminya.

Kenyataan daripada penyerang berusia 24 tahun itu hadir selepas dia beraksi bersama England ketika skuad Three Lions mencatatkan keputusan seri tanpa jaringan dengan Montene- gro dalam saingan kelayakan Euro 2012, Rabu lalu.

Ternyata, kenyataan yang dikeluarkan Rooney turut mendapat sokongan daripada pegawai fisioterapi skuad England, Gary Lewin.

“Saya hanya boleh bercakap sepanjang tujuh hari Rooney menjalani latihan bersama kami. Dia tidak dilihat mempunyai sebarang masalah seperti yang didakwa (Ferguson) sebelum ini.

“Dia beraksi bersama United dua minggu sebelum dia menjalani latihan bersama England dan apa yang berlaku selepas itu adalah urusan dia dan kelab tersebut.

“Yang pasti, ketika dia bersama kami, tahap kecergasannya benar-benar berada pada tahap terbaik,” jelas Lewin.

Rooney telah diketepikan oleh Ferguson ketika menentang Valencia dalam saingan Liga Juara-Juara dan Sunderland pada Liga Perdana England baru-baru ini.

Kini, Rooney sudah pasti berdepan tugas sukar untuk mendapat keperca- yaan Ferguson apabila United dijadualkan menentang West Bromich Albion di Old Trafford malam ini. 

– Agensi


manchesterunited 10/16/2010 08:55:00 AM
_________________

Friday, October 15, 2010

Rooney 'naik angin'dengan Ferguson


ROONEY (kiri) gagal memberi impak berkesan sejak mengalami kecederaan sehingga mencetuskan kegelisahan di hati pengurus United, Alex Ferguson.



LONDON - Manchester United kini mula bimbang mengenai masa depan 'ayam tambatan'nya, Wayne Rooney. Terdahulu, penyerang pasukan England itu menyelar kenyataan pengurus United, Alex Ferguson yang mengatakan prestasinya merosot sejak mengalami kecederaan buku lali. 

"Saya tiada masalah dengan kecederaan buku lali yang saya alami," tegas Rooney ketika diminta mengulas kenyataan Ferguson baru-baru ini.

Ketika ditanya mengapa Ferguson berkata demikian, Rooney menjawab: "Saya tidak tahu mengapa."
Rooney gagal meledak sebarang gol ketika England seri tanpa jaringan dengan Montenegro pada aksi kelayakan Euro 2012 awal pagi kelmarin.

Kini kebimbangan mula timbul mengenai perbincangan kontrak baru Rooney bersama United akan berdepan masalah.

Kontraknya akan berakhir hujung musim ini dan United telah mendedahkan hajat mereka untuk mengekalkan penyerang itu di Old Trafford dengan kontrak jangka masa panjang.

Begitupun, Rooney dikatakan telah meminta supaya perbinca- ngan mengenai kontrak tersebut ditangguhkan seketika.

Ejen Rooney juga telah meminta gaji pemain tersebut dinaikkan daripada £90,000 (RM445,909) kepada £150,000 (RM743,465) seminggu.

Ketika ini, kelab gergasi Sepanyol, Real Madrid berminat untuk mendapatkan khidmat Rooney dan mampu mengatasi tawaran United itu. - Agensi


manchesterunited 10/15/2010 08:56:00 AM
_________________

Saturday, October 2, 2010

Ji-sung gesa kebangkitan MU

MANCHESTER - Bintang tengah Korea Selatan, Park Ji-sung percaya, Manchester United berada di landasan terbaik untuk mengembalikan 'reputasi juara', bermula dengan mengalahkan Sunderland di Stadium of Light, hari ini.

United hanya mampu seri dalam tiga perlawanan di tempat lawan setakat ini. Kelemahan utama mereka, gagal bertahan selepas mendahului ketika menentang Fulham dan Everton, selain terpaksa bersaing sengit untuk 
memperoleh satu mata di Bolton. 

Penyerang England, Wayne Rooney bukan saja belum menemui sentuhan terbaik, malah bakal terlepas beberapa perlawanan akibat kecederaan buku lali. 

Biarpun pengurus United, Alex Ferguson mempertahankan cara pasukannya beraksi, namun Ji-sung 
mengakui, dia langsung tidak berpuas hati dengan prestasinya sepanjang musim inu, begitu juga dengan prestasi pasukan. 

Bagaimanapun kapten Korea Selatan itu percaya, United sudah mula memperlihatkan watak sebenarnya sebagai calon utama untuk memburu rekod 19 kejuaraan selepas menundukkan kelab Sepanyol, Valencia 1-0 dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah, Rabu lalu. 

"Melihat kepada sejarah Manchester United, kami selalunya mampu mencari jalan penyelesaian setiap kali berdepan masalah. 

"Kami hanya perlu menumpukan perhatian bagi memastikan kami dapat mempamer kualiti di atas padang. Pemain bintang datang dan pergi tetapi Manchester United tetap berusaha menunjukkan prestasi yang sama. 

"Sejarah telah berlalu, kami sentiasa memandang masa depan. Saya percaya, kemenangan di Valencia adalah satu langkah ke hadapan sebagai permulaan kepada kebangkitan pasukan ini. 

"Saya tidak berpuas hati dengan prestasi saya musim ini. Saya perlu mempertingkatkan diri jika mahu memberi sumbangan yang lebih besar kepada pasukan. 

"Saya tidak tahu mengapa prestasi saya tidak bagus. Mungkin saya tidak cukup bersedia tetapi saya sentiasa percaya, banyak ruang boleh diperbaiki dan yang lebih baik akan datang tidak lama lagi,'' kata Ji-sung.
Menurut Ji-sung, secara mental, dia masih lemah, apatah lagi selepas terlepas beberapa perlawanan. 

Bagaimanapun, kemenangan ke atas Valencia menyemarakkan keyakinannya untuk memulihkan prestasi.
"Sejak menyertai Manchester United memang kadang kala berlaku konflik kurang keyakinan, namun saya tahu bagaimana hendak mengatasinya. Saya perlu bangkit," katanya. 

Sementara itu tonggak pertahanan, Rio Ferdinand berharap dapat diturunkan buat kali keempat musim ini apabila berkunjung ke Stadium of Light. 

Ketua pasukan England itu terlepas aksi Piala Dunia kerana kecederaan lutut tetapi kembali beraksi menentang Rangers, selain turut beraksi menentang Scunthorpe dan Valencia. 

Seperti Ji-sung, Ferdinand berharap aksi di Sepanyol merupakan permulaan buat United untuk cuma merampas kejuaraan EPL daripada Chelsea.
"Saya gembira dapat kembali beraksi, berada di atas padang dan bermain selama 90 minit. Ia memang sesuatu yang menarik.
"Keputusan di Valencia memberi suntikan keyakinan. Anda memang akan berasa gementar apabila berada di landasan terbaik tetapi kami mampu mengharunginya dengan baik sebagai satu pasukan," katanya.

Selain Rooney, Ferguson juga akan beraksi tanpa Paul Scholes (kecederaan betis) dan Ryan Giggs (kecederaan urat pelipat lutut) bagi kunjungan ke timur laut. 

Pengurus Sunderland, Steve Bruce, yang menghabiskan sepanjang kariernya di Old Trafford, mengharapkan sokongan padu penonton tuan rumah untuk menaikkan semangat pasukannya dalam mencari gol.
"Kehadiran penyokong di belakang kami mampu menjadi pemain tambahan buat pasukan. 

"Selagi kami mampu mengekalkan rentak positif seperti mana menentang Liverpool sebelum ini, menentang Manchester United bukan masalah besar. Beraksi di tempat sendiri, kami akan bermain dengan baik," kata Bruce. 

Sunderland turun tanpa pemain pertahanan, Anton Ferdinand, Kieran Richardson dan John Mensah yang mengalami kecederaan. Sementara penyerang, Danny Welbeck tidak boleh beraksi kerana dia adalah pemain yang dipinjamkan oleh United. - AFP


manchesterunited 10/02/2010 10:34:00 AM
_________________

'Benteng United mantap'



LONDON - Rio Ferdinand (gambar) yakin benteng pertahanan Manchester United kini kembali mantap.

Selepas terpaksa berehat panjang ekoran masalah kecederaan belakang yang dialaminya, tonggak pertahanan United itu kembali beraksi ketika membantu The Red Devils menewaskan Valen- cia 1-0 dalam saingan Liga Juara-Juara kelmarin.

Dengan sembilan jaringan yang dihasilkan dalam enam perlawanan sebelum ini, Ferdinand yang juga kapten skuad kebangsaan England per- caya skuad kendalian Alex Ferguson itu berada pada landasan terbaik bagi melakar lebih banyak kejayaan.

"Kemenangan yang dicipta pada pertemuan menentang Valencia itu ternyata memberikan suntikan semangat buat pemain-pemain semua (United).

"Diakui memang kami gagal beraksi cemerlang dalam beberapa perlawanan sebelum ini dan ia membuatkan kami berada pada situasi yang membimbangkan.

"Namun, kemenangan ke atas Valencia telah membuktikan segala-galanya yang mana kami berdepan dengan salah sebuah kelab terbaik Eropah.

"Kunci kejayaan sesebuah pasukan itu sebenar- nya banyak bergantung kepada benteng pertaha- nan yang mantap bagi memastikan yang ia tidak akan dibolosi," jelas Ferdinand.

Ditanya mengenai kecederaan belakang yang dialaminya, Ferdinand memberitahu: "Kecederaan belakang saya sudah pulih ketika aksi menentang Valencia dan saya mahu beraksi dalam banyak perlawanan selepas ini.

"Ia turut disokong oleh pengurus (Ferguson) yang memberitahu bahawa saya memerlukan be- berapa lagi perlawanan sebelum pulih sepenuh- nya."

Ujian buat United selepas ini adalah berdepan Sunderland dalam saingan Liga Perdana England di Stadium of Light malam ini.

Untuk itu, Ferguson sudah pasti akan meletak Ferdinand bergandingan dengan Nemanja Vidic di bahagian pertahanan tengah pada pertemuan dengan Sunderland itu. - Agensi


manchesterunited 10/02/2010 10:32:00 AM
_________________

DIE HARD FAN MANCHESTER UNITED

Status : married with two daughter
Location : Pantai Dalam,KL

MINE(:

My Daughter
My Multiply
My Wife
KICK OFF(:

;DMay 2006
;DAugust 2006
;DSeptember 2006
;DOctober 2006
;DNovember 2006
;DDecember 2006
;DJanuary 2007
;DFebruary 2007
;DMarch 2007
;DApril 2007
;DMay 2007
;DJuly 2007
;DAugust 2007
;DSeptember 2007
;DOctober 2007
;DNovember 2007
;DDecember 2007
;DJanuary 2008
;DFebruary 2008
;DMarch 2008
;DApril 2008
;DMay 2008
;DJuly 2008
;DSeptember 2008
;DOctober 2008
;DNovember 2008
;DDecember 2008
;DJanuary 2009
;DFebruary 2009
;DMarch 2009
;DApril 2009
;DMay 2009
;DJune 2009
;DJuly 2009
;DAugust 2009
;DSeptember 2009
;DOctober 2009
;DDecember 2009
;DJanuary 2010
;DFebruary 2010
;DMarch 2010
;DApril 2010
;DMay 2010
;DJune 2010
;DJuly 2010
;DAugust 2010
;DSeptember 2010
;DOctober 2010
;DNovember 2010
;DDecember 2010
;DJanuary 2011
;DFebruary 2011
;DMarch 2011
;DApril 2011
;DMay 2011
;DJune 2011
;DJuly 2011
;DAugust 2011
;DSeptember 2011
;DOctober 2011
;DDecember 2011
;DJanuary 2012
;DFebruary 2012
;DMarch 2012
;DApril 2012

Iklan(:

Renewal Road Tax&Insuran

*Mudahkan urusan anda
*Renewal road tax dan insuran
*Terus ke pintu
*Premium insuran boleh dirunding
*6 bulan @ setahun @ budget pocket
*klang valley sahaja

call segera....En.Asmadi di talian 0196633543
-------------------------------------------------

Alpha Lipid Lifeline

Susu berkolostrum tinggi yg dapat menghasilkan antibodi &membina semula sel-sel agar kembali kuat untuk melawan berbagai jenis penyakit. Maklumat lanjut boleh terus ke link=Alpha Lipid Lifeline

Nuffnang Advertise(:


HIT-COUNTER(:

website design company
real estate website design
cbox