
LONDON - Ryan Giggs mendedahkan kegagalan Manchester United mempertahan kejuaraan liga musim ini kerana kelab itu terlalu bergantung harap kepada keupayaan Wayne Rooney.
Giggs merupakan pemain terbaik pernah dilahirkan oleh United, apabila beraksi lebih daripada dua dekad.
Sehubungan itu, apabila dia bercakap mengenai pasukan tersebut, pasti ada pihak yang akan mendengarnya.
Giggs turut mengakui, pemain-pemain United seakan tidak mahu beraksi bersungguh-sungguh pada separuh masa kedua ketika menentang Stoke, Ahad lalu, setelah mengetahui Chelsea mendahului Wigan 2-0, yang beraksi dengan 10 pemain.
Kemenangan ke atas Wigan melayakkan Chelsea meraih kejuaraan Liga Perdana England, musim ini.
Namun, kurang 24 jam selepas Blues meraih trofi liga, Giggs secara berterus terang melakukan penilaian berhubung kesilapan anak buah Sir Alex Ferguson.
"Jika anda ingin menyatakan satu perkara mengenai kelab ini, anda pastinya akan menyatakan bahawa kami tidak boleh terlalu bergantung kepada Wayne Rooney musim depan, seperti mana yang telah kami lakukan pada musim ini.
"Kami perlu menjaringkan lebih banyak gol dari pelbagai sudut.
''Menyumbat gol menerusi pemain, meskipun pasukan ini memperoleh banyak jaringan berbanding tahun sebelumnya.
"Pasukan ini juga mempunyai barisan pertahanan yang lebih baik, berbanding musim lalu.
''Namun, kami tidak boleh terlalu berharap kepada Wayne untuk menghasilkan jaringan, seperti yang telah kami lakukan musim ini.
"Ketika menentang Stoke, Ahad lalu, kami bermula dengan penuh pengharapan.
''Namun sebelum memulakan aksi separuh masa kedua, kami mengetahui Chelsea mendahului 2-0 dan Wigan pula terpaksa beraksi dengan 10 pemain.
"Kami mula menyedari harapan merebut kejuaraan sudah berakhir dan secara jujurnya, kami seolah-olah sudah tidak berupaya untuk meneruskan aksi di babak kedua.
''Anda seperti ingin pulang ke rumah apabila berada dalam situasi tersebut," kata Giggs. - Agensi
![]() |
| Aksi terakhir Wayne Rooney (kiri) dalam Liga Perdana England musim ini ketika Manchester United menentang Stoke City di Old Trafford, Ahad lalu. - REUTERS |
Pemain berusia 24 tahun itu telah meraih anugerah Pemain Terbaik Persatuan Pemain-Pemain Profesional (PFA) dan Penulis Bola Sepak, musim ini
Roy Hodgson pula dipilih Pengurus Terbaik selepas membawa Fulham ke perlawanan akhir Liga Europa.
Melalui kenyataan yang dikeluarkan oleh laman web rasmi Fulham, Hodgson diberikan anugerah itu oleh Persatuan Pengurus Liga.
Hodgson menjadi inspirasi kepada kejayaan Fulham mara ke perlawanan akhir pertama pada peringkat Eropah, termasuk kemenangan ke atas Juventus dan Hamburg.
Pengerusi Fulham, Mohamed Al Fayed amat gembira dengan anugerah tersebut.
Dia menganggap anugerah itu adalah tepat berdasarkan pencapaian Hodgson.
Al Fayed menambah, apa yang penting buat masa sekarang ialah Fulham perlu memenangi Liga Europa.
Fulham akan menentang Atletico Madrid pada perlawanan akhir di Hamburg. - AP

![]() |
| ROONEY menjadi sandaran England pada pusingan akhir Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan, Jun depan. |
Mana tidaknya, tatkala kempen Piala Dunia 2010 semakin hampir membuka tirainya, kem England dikejutkan dengan kecederaan buku lali yang menimpa penyerang sensasi Manchester United ini.
Rooney mengalami kecederaan tersebut ketika beraksi menentang Bayern Munich dalam saingan separuh akhir pertama Liga Juara-Juara di Stadium Allianz Arena, 30 Mac lalu.
Disebabkan kecederaan yang dialaminya itu, Rooney perlu berehat sehingga tamat saingan Liga Perdana England musim ini.
Situasi itu menyebabkan Capello tidak senang duduk memikirkan kecederaan yang dialami Rooney bagi mengharungi kejohanan paling berprestij di Afrika Selatan itu yang bermula dari 11 Jun hingga 11 Julai depan.
Pada kempen Piala Dunia kali ini, Rooney merupakan aset penting skuad yang diberi jolokan The Three Lions itu dalam usaha mereka memburu gelaran juara buat kali kedua sejak edisi 1966.
Jika Rooney tidak dapat beraksi di bumi Afrika Selatan nanti, ia merupakan tamparan hebat buat Capello yang dilihat semakin ketandusan penyerang berkaliber.
Namun kini segala spekulasi serta persoalan sama ada Rooney akan beraksi atau tidak pada kempen di Afrika Selatan telah terjawab.
Terbaru, Rooney sendiri mengesahkan bahawa dia sudah bersedia untuk kembali setelah menjalani rawatan dan melakukan fisioterapi sepanjang tempoh rehat yang dilaluinya.
![]() |
| |
"Saya telah beransur pulih, malah sudah bersedia untuk diturunkan semula.
"Saya akan pulih sepenuhnya menjelang pusingan akhir Piala Dunia di Afrika Selatan nanti," jelas Rooney.
Kini Capello sudah boleh kembali menarik nafas lega kerana dia tidak perlu gusar mengenai situasi yang dialami ayam tambatannya itu.
"Sebagai seorang jurulatih, sudah pasti saya akan berasa bimbang sekiranya pemain-pemain saya mengalami kecederaan ketika dalam persiapan menghadapi kejohanan seperti Piala Dunia.
"Ketika Rooney mula-mula dilapor mengalami kecederaan buku lali, saya benar-benar risau kerana dia merupakan seorang pemain yang penting buat England.
"Namun setelah dia disahkan pulih sepenuhnya dan boleh beraksi semula, ia sudah pasti merupakan satu berita gembira buat kami, malah kepada semua penyokong-penyokong setia England," kata Capello.
Musim ini menyaksikan penyerang kelahiran Croxteth, Liverpool itu telah mempamerkan prestasi luar biasa apabila dia berjaya merekodkan 34 gol.
Berdasarkan prestasinya itu, tidak hairanlah Rooney dianggap aset berharga skuad The Three Lions bagi mencipta kejutan di Afrika Selatan.
Mengimbas kembali detik permulaan karier Rooney sebagi pemain profesional, Rooney telah menerima tawaran untuk beraksi bersama Everton sewaktu usianya baru mencecah 17 tahun.
Rooney tidak mensia-siakan bakat yang dimilikinya itu apabila sentiasa mempamerkan aksi cemerlang bagi membantu Everton mencipta kemenangan dalam setiap perlawanan yang dihadapi.
Setelah hampir dua musim bersama Everton, Rooney berjaya menarik perhatian pengurus United, Alex Ferguson yang menyatakan hasrat bagi mendapatkan khidmatnya di Old Trafford.
Tanpa berfikir panjang, Rooney lantas menyatakan persetujuan bagi menyarung jersi skuad The Red Devils.
Tanggal 28 September 2004 merupakan detik bermakna buat Rooney apabila dia kali pertama tampil beraksi buat kelab gergasi England itu.
Lebih manis lagi, pada aksi sulung menentang Fenerbahce dalam saingan Liga Juara-Juara tersebut, Rooney membuktikan kualiti yang ada pada dirinya apabila meledak hatrik bagi membantu United menewaskan kelab Turki itu 6-2.
Sejak itu, Rooney terus mempamerkan peningkatan menakjubkan sehingga pemerhati bola sepak percaya Rooney bakal bergelar pemain terbaik dunia suatu hari nanti.
Kini setelah enam musim berada di Old Trafford, pelbagai kejayaan telah dikecapi Rooney bersama United.

Selain kejuaraan dalam saingan liga domestik, Rooney turut memainkan watak utama apabila membantu United muncul juara kempen Liga Juara-Juara bagi musim 2007/2008.
Dalam pada itu, prestasi cemerlang Rooney musim ini menyaksikan dia dipilih untuk memenangi anugerah Pemain Terbaik Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional England (PFA) baru-baru ini.
Kejayaan itu sudah pastinya turut dikongsi Ferguson yang selama ini bertanggungjawab bagi mencungkil bakat-bakat muda seperti Rooney.
"Rooney sememangnya seorang pemain yang hebat dan usaha saya selama ini untuk melihat dia berjaya telah membuahkan hasil.
"Tidak dinafikan Kaka, Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi merupakan tiga pemain terbaik dunia ketika ini, namun saya yakin Rooney akan duduk sebaris dengan ketiga-tiga pemain itu sedikit masa lagi," kata Ferguson. - Agensi

Status : married with two daughter
*Mudahkan urusan anda
*Renewal road tax dan insuran
*Terus ke pintu
*Premium insuran boleh dirunding
*6 bulan @ setahun @ budget pocket
*klang valley sahaja
call segera....En.Asmadi di talian 0196633543
-------------------------------------------------
Alpha Lipid Lifeline
Susu berkolostrum tinggi yg dapat menghasilkan antibodi
&membina semula sel-sel agar kembali kuat untuk melawan berbagai jenis penyakit.
Maklumat lanjut boleh terus ke link=Alpha Lipid Lifeline
| real estate website design |