
![]() |
| Wayne Rooney |
Selepas disisihkan daripada pertemuan menentang Spurs, pengurus United, Alex Ferguson mengakui, penyerang England itu mungkin direhatkan dua atau tiga minggu lagi kerana kecederaan pangkal paha yang dihadapi pada sesi latihan, Khamis lalu.
Ia bakal menyebabkan Rooney, penjaring terbanyak United dengan 26 gol liga musim ini terlepas dua perlawanan terakhir menentang Sunderland, 2 Mei dan Stoke City pada 9 Mei.
"Pada masa ini sukar untuk dijelaskan (berapa lama Rooney tidak dapat beraksi).
"Kecederaan pangkal paha yang dihadapinya mungkin menyebabkan dia terlepas saingan tiga minggu,'' kata Ferguson.
Kehilangan Rooney pada peringkat genting adalah sesuatu yang membimbangkan, namun United membuktikan masih mampu melakar kemenangan tanpa sumber gol utama mereka.
Menentang Tottenham kelmarin, Ryan Giggs menyempurnakan dua penalti selepas Benoit Assou-Ekotto mengkasari Patrice Evra dan Wilson Palacios menjatuhkan Nani, yang turut menjaringkan satu gol buat United.
"Kami bermain dengan amat baik hari ini (semalam). Kami berhak menang ke atas antara pasukan terbaik liga.
"Wayne mengalami kecederaan pangkal paha dan kami akan melakukan ujian kecil ke atasnya, namun tanpa Wayne, kami tetap mencipta beberapa peluang berdepan Tottenham. Dimitar (Berbatov) tidak bernasib baik kerana percubaannya dihalang pemain lawan pada babak pertama dan beberapa rembatannya sedikit tersasar.
"Kami perlu melajukan permainan pada babak kedua dan kami melakukannya dengan baik. Saya serahkan kepada Giggs dan Nani siapa yang mahu ambil penalti selepas ketiadaan Wayne, dan saya fikir pengalaman membantu Ryan.
"Dia mengambil dua penalti yang baik, saya percaya pengalaman menjadi penentu perlawanan ini,'' ujar Ferguson lagi.
Selepas ketinggalan menerusi penalti Giggs, Spurs menyamakan kedudukan 1-1 pada minit ke-70 menerusi tandukan Ledley King, namun ia tidak mampu membantu pasukan London itu untuk membawa pulang tiga mata. - AFP



Kemenangan tersebut menyaksikan United mengumpul 79 mata, dua mata meninggalkan Chelsea yang jatuh ke tangga kedua.
Begitupun, Chelsea diramal kembali menerajui carta liga sekiranya berjaya menewaskan Stoke City di Stamford Bridge malam ini.
Pada aksi semalam, Ryan Giggs terlebih dahulu membuka tirai jaringan buat United apabila berjaya menyempurnakan sepakan penalti yang diperoleh setelah Patrice Evra dijatuhkan dalam kotak penalti pada minit ke-58.
Namun, Spurs berjaya menyamakan kedudukan menerusi jaringan Ledley King minit ke- 70 sebelum Nani meletakkan United kembali di depan mene- rusi jaringan yang cukup mena- rik pada minit ke-81.

Pengurus United, Alex Fergu- son ternyata kagum dengan persembahan yang dipamerkan Nani dan menganggap jaringan yang dilakukan pemain antara- bangsa Portugal itu bertaraf dunia.
"Jaringan yang dilakukan Nani sememangnya memiliki kelas yang tersendiri dan itu sudah cukup bagi membuktikan kehe- batannya selaku pemain bola sepak," jelas Ferguson.
Beliau turut mengesahkan Wayne Rooney tidak dapat diturunkan dalam baki dua perla- wanan liga selepas mengalami kecederaan pangkal paha ketika menjalani latihan Khamis lalu.
"Sukar bagi saya untuk menjelaskan mengenai kecederaan yang dialami Rooney itu kerana ia pasti mengambil masa dalam dua hingga tiga minggu untuk kembali pulih.
"Kami akan cuba sedaya upaya untuk memberinya peluang kembali beraksi sebelum perlawanan terakhir liga, namun hanya masa yang akan menentukan," katanya.
Terdahulu, Rooney terpaksa diketepikan dalam masa beberapa minggu berikutan kecederaan buku lali yang dialaminya ketika beraksi dalam saingan Liga Juara-Juara. - AFP






Scholes menanduk masuk gol kemenangan United pada masa kecederaan babak kedua selepas menyempurnakan hantaran lintang pemain pertahanan, Patrice Evra.
Kemenangan tersebut telah menghidupkan kembali peluang United dalam usaha memburu kejuaraan liga musim ini biarpun jika pendahulu, Chelsea mencatatkan kemenangan ke atas Tottenham Hotspur.
Pengurus United, Alex Ferguson berkata, jika skuad kendaliannya tewas pada aksi di Stadium City of Manchester, ia sekali gus memadam terus impian The Red Devils bagi merangkul trofi liga buat empat musim berturut-turut.
"Jika kami tewas perlawanan sebentar tadi (semalam), ia akan menutup pintu buat kami untuk bergelar juara liga.
"Kami sememangnya berhak untuk memenangi perlawanan ini tetapi saya tidak menjangkakan yang kami akan memperoleh gol ketika perlawanan hampir tamat.
"Percaturan saya yang mahukan Scholes lebih banyak membantu jentera serangan ternyata berbaloi dan saya berasakan dia adalah pemain terbaik dalam perlawanan ini," jelas Ferguson.
United dijadualkan berdepan dengan Tottenham Hotspur di Old Trafford Sabtu depan.

"Sudah pasti kami berasa sangat kecewa dengan kekalahan ini. Kami tidak patut tewas pada perlawanan ini.
"Kami akan menghadapi satu perlawanan penting (menentang Spurs di sini (Eastlands) pada 5 Mei depan dan kami perlu memenangi kesemua baki empat perlawanan," kata pengurus City, Roberto Mancini. - AFP



Status : married with two daughter
*Mudahkan urusan anda
*Renewal road tax dan insuran
*Terus ke pintu
*Premium insuran boleh dirunding
*6 bulan @ setahun @ budget pocket
*klang valley sahaja
call segera....En.Asmadi di talian 0196633543
-------------------------------------------------
Alpha Lipid Lifeline
Susu berkolostrum tinggi yg dapat menghasilkan antibodi
&membina semula sel-sel agar kembali kuat untuk melawan berbagai jenis penyakit.
Maklumat lanjut boleh terus ke link=Alpha Lipid Lifeline
| real estate website design |