


Keyakinan itu hadir selepas kejayaan mereka menewaskan Liverpool 2-1 Ahad lalu, sekali gus membolehkan mereka mendahului carta Liga Perdana England dengan kelebihan dua mata.
“Kami tak perlu risau. Kami hanya perlu fokus untuk menang semua baki perlawanan dan kami mampu melakukannya.
“Kemenangan ke atas Liverpool telah membawa semangat baru dalam skuad United,” kata pemain dari Korea Selatan itu.
Ji-sung, 29, telah membuktikan bahawa dia adalah antara watak penting dalam setiap perlawanan besar bagi pasukan itu.
Dia telah menjaringkan gol kemenangan United ketika menentang Liverpool, Ahad lalu selepas mencatat nama sebagai penjaring pada pertemuan dengan Arsenal dan AC Milan sebelum ini.
Menurut Ji-sung, meskipun Arsenal dilihat semakin garang kebelakangan ini, ia bukan ancaman kepada United.
“Kami ada reputasi tersendiri. Kami ada keyakinan untuk terus muncul juara.
“Pencabar kami khususnya Arsenal dan Chelsea juga mempunyai misi yang sama tetapi cabaran daripada dua pasukan berkenaan semakin melonjakkan semangat kami untuk terus tampil garang dalam setiap perlawanan yang bakal dilalui. Kami sudah membunuh langkah Liverpool.
“Tidak mungkin pasukan hebat seperti United akan menyerah. Kami akan melakukan apa sahaja hingga ke akhir musim,” katanya. – Agensi
Namun ibu bapanya memiliki idea lain.
Itulah sebabnya bapanya pergi ke ladang katak, ibunya pula memasak jus itu manakala anaknya terkial-kial ketika meminumnya, selepas diberitahu nutrien itu boleh membantunya membesar.
Pemain tengah Manchester United berusia 29 tahun itu mendedahkan: "Mereka kata ia bagus buat saya untuk menjadi lebih kuat dan saya mengambil apa saja yang mampu meningkatkan ketahanan saya." Malah bapanya bekerja di kedai penyembelihan daging jadi dia dapat potongan daging terbaik untuk membesarkan anak lelakinya dengan jus katak sebagai makanan kedua.
Persembahan Ji Sung buat kelab dan negaranya jelas tidak menghampakan ketika dia diberi jolokan di negaranya sebagai 'Park yang mempunyai tiga paru-paru'.
Kerja kerasnya yang tidak mengerti makna penat membuatkannya tampak menyerlah. Lagipun dia memiliki kebijaksanaan berada di posisi tepat sekali gus dihargai oleh rakan sepasukannya.Pemain pertahanan Patrice Evra berkata: "Saya tidak pernah melihat seorang pemain yang sebijak sepertinya. Saya beritahunya supaya merakamkan permainannya dalam video kerana pergerakannya amat bagus jadi pedoman buat pemain muda. Park buktikan ia adalah mengenai pasukan, bukannya individu." Tindakan tidak mementingkan diri dianugerahkan dengan gol kemenangan dramatik ke atas Liverpool Ahad lalu. Ji Sung berkata: "Untuk menjaringkan gol dalam satu perlawanan besar adalah satu perasaan yang fantastik. Melakukannya di depan Stretford End amat menakjubkan." Gol Ji Sung meletakkan United kembali ke persada Liga Perdana Inggeris (EPL).
"Ada tujuh lagi perlawanan liga tinggal dan jika kami memenangi semuanya maka kami akan memenangi kejuaraan.
"Jadi kami perlu memberikan tumpuan dan mengekalkan tahap persembahan ketika ini.
"Kami tidak perlu bimbang mengenai Arsenal atau Chelsea, kerana jika kami memenangi perlawanan kami, kami akan muncul juara." Ji Sung bergelut dengan pelbagai rintangan sebelum menjadi ketua pasukan Korea Selatan dan pemain paling dipuja di negara itu. Dia pernah ditolak oleh pasukan kolej ketika remaja sebelum bermain buat pasukan Universiti Myongi.
Dia terpaksa berhijrah ke divisyen dua Jepun untuk mendapat peluang bermain bola sepak profesional dengan Kyoto Purple Sanga.
Ji Sung mula mencuri tumpuan pada Piala Dunia 2002 sebagai sebahagian daripada anggota pasukan Korea Selatan yang mara hingga ke separuh akhir.
Pengurus mereka Guus Hiddink membawa Ji Sung bersamanya ke Belanda apabila beliau mengambil alih tampuk pengurusan di PSV Eindhoven.
Namun peminat PSV mengejeknya, percaya bahawa dia tidak cukup bagus - memaksa Ji Sung mengakui ketika itu bahawa dia 'bencikan bola sepak'.
Namun persembahan hebatnya pada separuh akhir Liga Juara-Juara menentang AC Milan pada 2005 meyakinkan pengurus United, Alex Ferguson untuk membelinya dengan tanda harga £4 juta (RM19.98 juta).


Penyerang Manchester United itu menjaringkan dua gol ketika menang 3-0 ke atas Fulham, sekali gus menambah rekod jaringan kepada 32 gol musim ini.
Kemenangan itu turut meletakkan kembali United pada kedudukan teratas Liga Perdana England.
Kini, bekas Presiden Real, Ra- mon Calderon berkata, kelab gergasi Sepanyol itu terdesak untuk menggandingkan Rooney bersama bekas rakan sepasukannya, Cristiano Ronaldo.
"Ia dilihat seperti terlalu obses untuk mendapatkan Rooney. Kadangkala ia berkaitan dengan wang dan jika terdapat cadangan, mungkin menjadi satu perjanjian.
" Saya tidak tahu ada kemungkinan untuk sekali lagi berbelanja sebanyak 100 juta euro (RM456 juta)
"Saya membayangkan dalam kes tersebut kamu mungkin akan menjualnya."
Sementara itu, Presiden Real, Florentino Perez dan seluruh dunia kagum dengan jaringan yang dilakukan Rooney.
Kelmarin, rakan sepasukannya, Dimitar Berbatov menegaskan, dia yakin Rooney mampu melepasi rekod 42 gol yang dilakukan bekas pemain sayap, Cristiano Ronaldo.
"Saya fikir Wayne (Rooney) akan menjaringkan lebih 40 gol. Saya rasa, buat masa ini dia adalah pemain terbaik di dunia.
"Dia masih muda, jadi dia masih mempunyai banyak peluang untuk menjadi terhebat."
Rooney masih mempunyai baki maksimum 13 perlawanan untuk mengatasi rekod Ronaldo yang menjaringkan 42 gol dua musim lalu.
Pengurus United, Alex Ferguson berkata: "Kamu tidak tahu. Saya tidak meletakkan di hada- pannya." - Agensi

Selain Rooney, Dimitar Berbatov turut meletakkan namanya sebagai penjaring apabila menyumbat gol ketiga United seminit sebelum permainan tamat pada aksi Old Trafford itu.
Sebelum ini, skuad bimbingan Alex Ferguson itu telah disingkir dari persada liga oleh Chelsea yang menang 4-1 ke atas West Ham United kelmarin.
Namun United merampas kembali kedudukan itu selepas Rooney menjaringkan gol pada minit pertama babak kedua sebelum menambah gol kedua pada minit ke-84.
Seminit sebelum permainan tamat, Dimitar Berbatov menanduk masuk gol ketiga United, sekali gus meletakkan juara bertahan itu dua mata di hadapan The Blues dan Arsenal.
Pada pertemuan pertama musim ini, United tewas 0-3 kepada Fulham.
Rooney yang telah menjaringkan 16 gol daripada 11 penampilan terakhir bersama United menyumbat gol pertama selepas memperoleh hantaran lintang daripada Nani.
Penyerang England itu membuktikan kehebatannya apabila bijak menyambar hantaran lintang Berbatov untuk menjaringkan gol kedua, sekali gus yang ke-32 dalam semua pertandingan musim ini.
Lima minit kemudian, Berbatov melengkapkan kemenangan 3-0 United selepas menanduk masuk hantaran pemain sayap Korea Selatan, Park Ji-Sung.
Status : married with two daughter
*Mudahkan urusan anda
*Renewal road tax dan insuran
*Terus ke pintu
*Premium insuran boleh dirunding
*6 bulan @ setahun @ budget pocket
*klang valley sahaja
call segera....En.Asmadi di talian 0196633543
-------------------------------------------------
Alpha Lipid Lifeline
Susu berkolostrum tinggi yg dapat menghasilkan antibodi
&membina semula sel-sel agar kembali kuat untuk melawan berbagai jenis penyakit.
Maklumat lanjut boleh terus ke link=Alpha Lipid Lifeline
| real estate website design |