Friday, December 24, 2010
Nani perlekeh City, Gunners


LONDON: PEMAIN sayap Manchester United, Nani menafikan peluang Manchester City dan Arsenal untuk menjulang trofi Liga Perdana Inggeris sebaliknya, Chelsea dilihat mampu mengetepikan mereka untuk penghormatan itu.


Ketika ini, Reds mendahului dengan dua mata dan berkelebihan satu perlawanan berbanding Arsenal di tangga kedua dan dua perlawanan berbanding City di tangga ketiga.
“Saya tidak melihat mana-mana pasukan boleh memenangi Liga Perdana Inggeris musim ini selain Manchester United dan Chelsea. Saya harap ia menjadi milik United,” kata Nani.
Nani turut percaya dia satu-satunya pemain mampu membantu United merampas kembali gelaran itu musim ini daripada Chelsea.
Malah dia menyifatkan berpeluang melakukannya tanpa Cristiano Ronaldo yang kini meninggalkan United.
“Lebih mudah untuk saya menyerlah memandangkan Ronaldo sudah meninggalkan kelab itu. Saya suka bermain dengannya dan kami serasi sebagai satu pasukan.


“Apabila dia meninggalkan United, ia membuka ruang pemain lain untuk menyerlah. Ketiadaanya memberi peluang untuk saya pamer kebolehan dan membuktikan apa yang mampu dilakukan. Itulah yang saya lakukan,” kata bintang Portugal itu.


Nani juga menyedari untuk berjaya bersama United, ia bukan hanya membabitkan aksi menyerang yang mencuri tumpuan kamera.
“Alex Ferguson menjelaskan kepada saya kepentingan untuk bertahan dengan baik dan ia akan memberi kesan di bahagian serangan. Itulah hakikatnya,” katanya.
Nani kini semakin matang sebagai pemain United dan berhasrat meraih anugerah tertinggi buat dirinya selain trofi untuk kelab itu.
“Saya boleh menjadi pemain lebih baik dan sasaran saya sekarang ialah cuba berada dalam senarai Ballon d'Or tahun depan sebagai Pemain Tahunan Eropah.
“Saya mahu meninggalkan sesuatu dalam sukan ini dan selepas bersara, orang akan berkata Nani seorang pemain hebat. Saya mahu melakukan sesuatu yang istimewa ketika hidup,” katanya.
Nani menjaringkan enam gol musim ini dan membantu banyak jaringan lain.
Begitupun dia kesal kerana gagal menyertai Piala Dunia bersama Portugal kerana kecederaan bahu.


“Ia detik paling sukar memandangkan saya cukup cergas ketika itu. Saya percaya mampu menghasilkan impak besar ketika Piala Dunia tapi saya hanya memikirkan pemulihan kecederaan dan itu membuat saya lebih tabah,” katanya. - Agensi


manchesterunited 12/24/2010 11:54:00 AM
_________________

DIE HARD FAN MANCHESTER UNITED

Status : married with two daughter
Location : Pantai Dalam,KL

MINE(:

My Daughter
My Multiply
My Wife
KICK OFF(:

;DMay 2006
;DAugust 2006
;DSeptember 2006
;DOctober 2006
;DNovember 2006
;DDecember 2006
;DJanuary 2007
;DFebruary 2007
;DMarch 2007
;DApril 2007
;DMay 2007
;DJuly 2007
;DAugust 2007
;DSeptember 2007
;DOctober 2007
;DNovember 2007
;DDecember 2007
;DJanuary 2008
;DFebruary 2008
;DMarch 2008
;DApril 2008
;DMay 2008
;DJuly 2008
;DSeptember 2008
;DOctober 2008
;DNovember 2008
;DDecember 2008
;DJanuary 2009
;DFebruary 2009
;DMarch 2009
;DApril 2009
;DMay 2009
;DJune 2009
;DJuly 2009
;DAugust 2009
;DSeptember 2009
;DOctober 2009
;DDecember 2009
;DJanuary 2010
;DFebruary 2010
;DMarch 2010
;DApril 2010
;DMay 2010
;DJune 2010
;DJuly 2010
;DAugust 2010
;DSeptember 2010
;DOctober 2010
;DNovember 2010
;DDecember 2010
;DJanuary 2011
;DFebruary 2011
;DMarch 2011
;DApril 2011
;DMay 2011
;DJune 2011
;DJuly 2011
;DAugust 2011
;DSeptember 2011
;DOctober 2011
;DDecember 2011
;DJanuary 2012
;DFebruary 2012
;DMarch 2012
;DApril 2012

Iklan(:

Renewal Road Tax&Insuran

*Mudahkan urusan anda
*Renewal road tax dan insuran
*Terus ke pintu
*Premium insuran boleh dirunding
*6 bulan @ setahun @ budget pocket
*klang valley sahaja

call segera....En.Asmadi di talian 0196633543
-------------------------------------------------

Alpha Lipid Lifeline

Susu berkolostrum tinggi yg dapat menghasilkan antibodi &membina semula sel-sel agar kembali kuat untuk melawan berbagai jenis penyakit. Maklumat lanjut boleh terus ke link=Alpha Lipid Lifeline

Nuffnang Advertise(:


HIT-COUNTER(:

website design company
real estate website design
cbox