Tuesday, December 28, 2010
Fergie tak bimbang Rooney terus kemarau



'Yang penting dia bermain baik, cetus kesegaran pasukan'


MANCHESTER: Pengurus Manchester United, Sir Alex Ferguson menegaskan dia tidak bimbang dengan kemarau jaringan yang melanda Wayne Rooney dan percaya bintang penyerang England itu akan sekali lagi menjadi penyerang berbisa. Rooney gagl menjaringkan gol dalam permainan biasa sejak kali terakhir menembusi gawang Bayern Munich Mac lalu, tetapi Ferguson gembira dengan sumbangan keseluruhan penyerang England itu dalam kemenangan 2-0 ke atas Sunderland di Old Trafford, kelmarin. “Wayne mempunyai beberapa cubaan. Dia tidak bernasib baik dengan bola lambung dan beberapa kali dinafikan penjaga gol,” kata Ferguson.


“Dia semakin hampir. Yang penting ialah dia bermain baik. Itu yang memberi kesegaran.”

Sementara itu, Ferguson mengalu-alukan kehadiran semula Darren Fletcher dan Nani untuk perlawanan dengan Birmingham malam ini selepas pasukan itu mengekalkan kedudukan mereka di tangga teratas Liga Perdana Inggeris dengan tiga mata lagi.

Ferguson tidak dapat menurunkan kedua-dua pemain itu di Old Trafford dalam kemenangan yang dipastikan oleh dua gol penyerang dari Bulgaria, Dimitar Berbatov, yang kini mengumpul 13 gol musim ini, serta perancang terbaik perlawanan itu dari Brazil, Anderson.


Pengurus berbangsa Scotland berusia 69 tahun itu, mampu mengeluarkan Anderson dan pemain sayap veteran Ryan Giggs pada awal babak kedua dan tatkala Ferguson menegaskan dia gembira dengan rekod tanpa kalah liga yang menjangka 22 perlawanan, kehadiran semula Fletcher dan Nani akan mengukuhkan kedudukan mereka di tangga teratas apabila bertandang ke St Andrew’s.


“Kita perlu membuat beberapa perubahan,” kata Ferguson, sambil menegaskan Birmingham mendapat sedikit kelebihan selepas perlawanan dengan Everton ditangguh.

“Saya mengeluarkan Anderson, Ryan. Kami mempunyai perlawanan lain dalam tempoh dua hari. Birmingham tidak bermain, mereka pasti lebih segar.” – AFP


manchesterunited 12/28/2010 08:59:00 AM
_________________

DIE HARD FAN MANCHESTER UNITED

Status : married with two daughter
Location : Pantai Dalam,KL

MINE(:

My Daughter
My Multiply
My Wife
KICK OFF(:

;DMay 2006
;DAugust 2006
;DSeptember 2006
;DOctober 2006
;DNovember 2006
;DDecember 2006
;DJanuary 2007
;DFebruary 2007
;DMarch 2007
;DApril 2007
;DMay 2007
;DJuly 2007
;DAugust 2007
;DSeptember 2007
;DOctober 2007
;DNovember 2007
;DDecember 2007
;DJanuary 2008
;DFebruary 2008
;DMarch 2008
;DApril 2008
;DMay 2008
;DJuly 2008
;DSeptember 2008
;DOctober 2008
;DNovember 2008
;DDecember 2008
;DJanuary 2009
;DFebruary 2009
;DMarch 2009
;DApril 2009
;DMay 2009
;DJune 2009
;DJuly 2009
;DAugust 2009
;DSeptember 2009
;DOctober 2009
;DDecember 2009
;DJanuary 2010
;DFebruary 2010
;DMarch 2010
;DApril 2010
;DMay 2010
;DJune 2010
;DJuly 2010
;DAugust 2010
;DSeptember 2010
;DOctober 2010
;DNovember 2010
;DDecember 2010
;DJanuary 2011
;DFebruary 2011
;DMarch 2011
;DApril 2011
;DMay 2011
;DJune 2011
;DJuly 2011
;DAugust 2011
;DSeptember 2011
;DOctober 2011
;DDecember 2011
;DJanuary 2012
;DFebruary 2012
;DMarch 2012
;DApril 2012

Iklan(:

Renewal Road Tax&Insuran

*Mudahkan urusan anda
*Renewal road tax dan insuran
*Terus ke pintu
*Premium insuran boleh dirunding
*6 bulan @ setahun @ budget pocket
*klang valley sahaja

call segera....En.Asmadi di talian 0196633543
-------------------------------------------------

Alpha Lipid Lifeline

Susu berkolostrum tinggi yg dapat menghasilkan antibodi &membina semula sel-sel agar kembali kuat untuk melawan berbagai jenis penyakit. Maklumat lanjut boleh terus ke link=Alpha Lipid Lifeline

Nuffnang Advertise(:


HIT-COUNTER(:

website design company
real estate website design
cbox