Saturday, December 11, 2010

Aksi klasik Arsenal-United


NANI (kanan) ada misi peribadi pada pertemuan menentang Arsenal di Old Trafford awal pagi Selasa ini.


LONDON - 'Ibarat buku bertemu dengan ruas'.

Itu pepatah yang sesuai digambarkan menjelang pertemuan di antara dua kelab gergasi England, Manchester United dengan Arsenal dalam saingan Liga Perdana England di Old Trafford awal pagi Selasa ini.

Seandainya United berjaya mencatat kemenangan pada aksi tersebut, ini bermakna skuad kendalian Alex Ferguson itu akan merampas kedudukan selaku pendahulu liga daripada Arsenal.

Lebih manis, kemenangan itu juga bakal menyaksikan United meneruskan rekod tanpa kalah mereka selepas mengharungi 16 perlawanan musim ini.

Ketika ini, skuad The Red Devils menghuni tangga kedua liga apabila mengumpul 31 mata, satu mata di belakang Arsenal.
Take a quiz & stand a chance to win Transitions lenses!   

Begitupun, anak-anak buah Ferguson memiliki satu baki perlawanan selepas pertemuan dengan Blackpool minggu lalu ditunda ekoran faktor cuaca yang terlalu sejuk.

Pemain sayap United, Nani yang menjadi mangsa kekasaran pemain-pemain Arsenal di Emirates musim lalu berharap dapat mengharungi perlawanan tersebut dengan lebih bermakna.

"Perlawanan di antara United dengan Arsenal memang merupakan satu perlawanan yang menakjubkan.

"Semua orang pastinya mahu beraksi dalam perlawanan besar seperti ini dan saya merasakan suasananya nanti bakal menjadi suatu yang menakjubkan.

"Ketika ini, Arsenal tampil dengan prestasi yang cemerlang dan begitu juga dengan kami (United).

"Jadi... kami akan fokus terhadap corak permainan kami yang tersendiri," jelas Nani yang juga merupakan pemain sayap antarabangsa Portugal.

Pada aksi itu nanti, The Red Devils dijangka akan memperta- ruhkan kepercayaan kepada penyerang antarabangsa Bulgaria, Dimitar Berbatov bagi merobek gawang gol pihak lawan.

Manakala skuad The Gunners pula sudah pasti akan menagih sentuhan perancang muda Perancis, Samir Nasri bagi merencanakan gerakan di posisi serangan ke kubu pertahanan United. - AP


manchesterunited 12/11/2010 12:44:00 PM
_________________

DIE HARD FAN MANCHESTER UNITED

Status : married with two daughter
Location : Pantai Dalam,KL

MINE(:

My Daughter
My Multiply
My Wife
KICK OFF(:

;DMay 2006
;DAugust 2006
;DSeptember 2006
;DOctober 2006
;DNovember 2006
;DDecember 2006
;DJanuary 2007
;DFebruary 2007
;DMarch 2007
;DApril 2007
;DMay 2007
;DJuly 2007
;DAugust 2007
;DSeptember 2007
;DOctober 2007
;DNovember 2007
;DDecember 2007
;DJanuary 2008
;DFebruary 2008
;DMarch 2008
;DApril 2008
;DMay 2008
;DJuly 2008
;DSeptember 2008
;DOctober 2008
;DNovember 2008
;DDecember 2008
;DJanuary 2009
;DFebruary 2009
;DMarch 2009
;DApril 2009
;DMay 2009
;DJune 2009
;DJuly 2009
;DAugust 2009
;DSeptember 2009
;DOctober 2009
;DDecember 2009
;DJanuary 2010
;DFebruary 2010
;DMarch 2010
;DApril 2010
;DMay 2010
;DJune 2010
;DJuly 2010
;DAugust 2010
;DSeptember 2010
;DOctober 2010
;DNovember 2010
;DDecember 2010
;DJanuary 2011
;DFebruary 2011
;DMarch 2011
;DApril 2011
;DMay 2011
;DJune 2011
;DJuly 2011
;DAugust 2011
;DSeptember 2011
;DOctober 2011
;DDecember 2011
;DJanuary 2012
;DFebruary 2012
;DMarch 2012
;DApril 2012

Iklan(:

Renewal Road Tax&Insuran

*Mudahkan urusan anda
*Renewal road tax dan insuran
*Terus ke pintu
*Premium insuran boleh dirunding
*6 bulan @ setahun @ budget pocket
*klang valley sahaja

call segera....En.Asmadi di talian 0196633543
-------------------------------------------------

Alpha Lipid Lifeline

Susu berkolostrum tinggi yg dapat menghasilkan antibodi &membina semula sel-sel agar kembali kuat untuk melawan berbagai jenis penyakit. Maklumat lanjut boleh terus ke link=Alpha Lipid Lifeline

Nuffnang Advertise(:


HIT-COUNTER(:

website design company
real estate website design
cbox