
![]() |
| ROONEY dijangka tidak beraksi pada awal saingan Liga Perdana England musim depan ekoran masalah keletihan. |
Ini kerana, pengurus United, Alex Ferguson tidak mahu terburu-buru bagi menggunakan khidmat ayam tambatannya itu yang didapati kurang mendapat rehat selepas pulang beraksi pada kempen Piala Dunia 2010 di Arfika Selatan.
Ferguson berkata, lima lagi tonggak utama United yang beraksi pada kempen Piala Dunia kali ini turut akan diketepikan pada awal saingan liga termasuk perlawanan pembukaan menentang Newcastle United, 16 Ogos ini.
Keenam-enam pemain tersebut dijangka hanya akan kembali menjalani latihan bersama skuad The Red Devils pada 28 Julai ini.
"Sememangnya memenangi setiap perlawanan adalah sebahagian daripada perkara utama yang perlu dilakukan di sini (United), namun apa yang lebih penting adalah memastikan pemain-pemain benar-benar cergas sebelum boleh diturunkan.
"Ia merupakan salah satu usaha dan persiapan terakhir bagi kami sebelum memulakan saingan musim baru, sekali gus memenangi perlawanan.
"Setelah kesemua pemain tersebut kembali menjalani latihan bersama kami, saya akan menjalankan ujian kecergasan terhadap mereka sebelum membuatkan keputusan sama ada mereka boleh diturunkan ataupun tidak pada aksi pembukaan menentang Newcastle.
"Begitupun, saya dapat merasakan yang ada di kalangan mereka pasti tidak akan diturunkan," jelas Ferguson.
Selain Rooney, lima lagi tonggak utama United yang akan terus diperhatikan Ferguson ialah kapten Korea Selatan, Park Ji-sung, Nemanja Vidic (Serbia), Patrice Evra (Perancis), Michael Carrick (England) dan seorang muka baru, Javier Hernandez (Mexico). - Agensi
Status : married with two daughter
*Mudahkan urusan anda
*Renewal road tax dan insuran
*Terus ke pintu
*Premium insuran boleh dirunding
*6 bulan @ setahun @ budget pocket
*klang valley sahaja
call segera....En.Asmadi di talian 0196633543
-------------------------------------------------
Alpha Lipid Lifeline
Susu berkolostrum tinggi yg dapat menghasilkan antibodi
&membina semula sel-sel agar kembali kuat untuk melawan berbagai jenis penyakit.
Maklumat lanjut boleh terus ke link=Alpha Lipid Lifeline
| real estate website design |