Tuesday, July 20, 2010
Bintang muda tonggak United

LONDON - Ryan Giggs menyokong bintang muda Manchester United yang sedang meningkat dengan mengatakan mereka amat berharga untuk merampas kembali kejuaraan Liga Perdana
dari Chelsea.

Giggs, 36, yang dilihat memasuki musim terakhirnya percaya kejayaan berkekalan terjamin di Old Trafford dengan khidmat pemain muda generasi baru, yang silih-berganti di bawah pimpinan Alex Ferguson.

Seperti mana pada 1992, yang menghasilkan David Beckham, Paul Scholes, Nicky Butt dan adik-beradik Neville, Giggs mendakwa, Jonny Evans, Nani, Darron Gibson, Federico Macheda, Chris Smalling dan kembar Da Silva, mampu mengekalkan hari cemerlang United.

Ketika Chelsea mempunyai skuad yang semakin dimamah usia, Fergie pula melabur untuk
mendapatkan pemain muda sejak beberapa musim lalu.

Giggs percaya, United sekarang mempunyai koleksi pemain muda yang mampu menghasilkan kejayaan pasukan dalam tahun-tahun akan datang.

"Harap-harap, pemain ini akan bertambah baik dan saya pasti, mereka akan begitu.

"Mereka amat teruja dan mereka mahu lakukan yang terbaik, yang mana perkara itu bagus.

"Saya melihat kesungguhan pada sesi latihan. Mereka mahu lakukan terbaik dan mereka juga adalah pemain muda yang bagus, kerana mahu belajar dan mereka mahu beraksi untuk United.

"Itulah yang kami lakukan ketika kami muda dan saya melihat keinginan dalam pemain muda ini. Musim lalu, kami lihat banyak pemain muda berada dalam barisan pasukan utama.

"Nani mempunyai musim yang bagus malah Antonio Valencia juga mengharungi musim pertama yang menakjubkan.

"Namun, Macheda mengalami musim suram akibat kecederaan sementara Chris Smalling pula baru menyertai kita, jadi banyak pemain muda dalam skuad sekarang, itu bagus sekali.

"Saya harap keinginan dan dahaga kemenangan akan meletakkan mereka melakukan terbaik kerana kami perlukan mereka.

"Kecederaan yang terjadi dalam barisan pertahanan musim lalu, sukar dipercayai. Kami menguatkan lagi dengan kehadiran Chris dan berharap Rafael dan Fabio akan melepasi musim ini tanpa kecederaan yang menganggu," ujarnya.

Fergie memberi petanda awal terhadap masa depan United dalam perlawanan pembukaan pra musim ketika jelajah Kanada dan Amerika Syarikat (AS), Jumaat lalu ketika menentang Celtic di Toronto, apabila meletakkan Evans, Smalling serta adik-beradik Da Silvas yang hanya sekitar 20 tahun.

Dengan Giggs, Paul Scholes dan Gary Neville yang menghampiri penghujung karier, masa telah tiba buat generasi seterusnya melakukan peralihan ke skuad utama dan membuktikan mereka adalah pewaris yang berharga.

"Sejarah Manchester United adalah mudah. Sentiasa berasaskan pemain muda.Saya fikir penyokong kami juga selesa dengan perkara ini.

"Menghasilkan pemain adalah insentif besar buat kita. Satu ketika, kami ada koleksi pemain muda yang membesar di kelab untuk beberapa tahun dan berkembang dengan begitu baik," jelas Fergie.

Giggs turu mengaku, hilang gelaran kepada Chelsea tahun lalu dan peluang mencipta sejarah dengan menundukkan musuh ketat mereka, Liverpool bagi merekod kejayaan ke-19, merupakan insentif kepada pemain Fergie untuk mendapatkannya apabila kempen bermula.

"Itu tentu sekali menambah semangat untuk menang, setelah anda gagal musim lalu. Adalah sukar apabila anda mahu mempertahankan gelaran kerana anda merupakan juara dan semua orang mahu menewaskan anda.

"Saya teruja untuk memulakan musim baru. Harap-harap ia akan berjalan dengan baik kerana musim lepas adalah pelik. Kami perlu mengelak kekalahan dan terus konsisten.

"Menang atau tidak, semangat yang sama perlu ada pada pra musim iaitu untuk memenangi Liga Perdana, itu menjadi keutamaan kita.

"Kejuaraan lain adalah bonus tetapi tidak menang tahun lalu, kami mahu menangi ia kembali.," ujarnya.


manchesterunited 7/20/2010 04:41:00 PM
_________________

DIE HARD FAN MANCHESTER UNITED

Status : married with two daughter
Location : Pantai Dalam,KL

MINE(:

My Daughter
My Multiply
My Wife
KICK OFF(:

;DMay 2006
;DAugust 2006
;DSeptember 2006
;DOctober 2006
;DNovember 2006
;DDecember 2006
;DJanuary 2007
;DFebruary 2007
;DMarch 2007
;DApril 2007
;DMay 2007
;DJuly 2007
;DAugust 2007
;DSeptember 2007
;DOctober 2007
;DNovember 2007
;DDecember 2007
;DJanuary 2008
;DFebruary 2008
;DMarch 2008
;DApril 2008
;DMay 2008
;DJuly 2008
;DSeptember 2008
;DOctober 2008
;DNovember 2008
;DDecember 2008
;DJanuary 2009
;DFebruary 2009
;DMarch 2009
;DApril 2009
;DMay 2009
;DJune 2009
;DJuly 2009
;DAugust 2009
;DSeptember 2009
;DOctober 2009
;DDecember 2009
;DJanuary 2010
;DFebruary 2010
;DMarch 2010
;DApril 2010
;DMay 2010
;DJune 2010
;DJuly 2010
;DAugust 2010
;DSeptember 2010
;DOctober 2010
;DNovember 2010
;DDecember 2010
;DJanuary 2011
;DFebruary 2011
;DMarch 2011
;DApril 2011
;DMay 2011
;DJune 2011
;DJuly 2011
;DAugust 2011
;DSeptember 2011
;DOctober 2011
;DDecember 2011
;DJanuary 2012
;DFebruary 2012
;DMarch 2012
;DApril 2012

Iklan(:

Renewal Road Tax&Insuran

*Mudahkan urusan anda
*Renewal road tax dan insuran
*Terus ke pintu
*Premium insuran boleh dirunding
*6 bulan @ setahun @ budget pocket
*klang valley sahaja

call segera....En.Asmadi di talian 0196633543
-------------------------------------------------

Alpha Lipid Lifeline

Susu berkolostrum tinggi yg dapat menghasilkan antibodi &membina semula sel-sel agar kembali kuat untuk melawan berbagai jenis penyakit. Maklumat lanjut boleh terus ke link=Alpha Lipid Lifeline

Nuffnang Advertise(:


HIT-COUNTER(:

website design company
real estate website design
cbox