Monday, May 3, 2010

Rooney pemusnah ampuh England


ROONEY menjadi sandaran England pada pusingan akhir Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan, Jun depan.


BERITA mengenai kecederaan yang dialami Wayne Rooney ternyata meresahkan jurulatih skuad kebangsaan England, Fabio Capello.

Mana tidaknya, tatkala kempen Piala Dunia 2010 semakin hampir membuka tirainya, kem England dikejutkan dengan kecederaan buku lali yang menimpa penyerang sensasi Manchester United ini.

Rooney mengalami kecederaan tersebut ketika beraksi menentang Bayern Munich dalam saingan separuh akhir pertama Liga Juara-Juara di Stadium Allianz Arena, 30 Mac lalu.

Disebabkan kecederaan yang dialaminya itu, Rooney perlu berehat sehingga tamat saingan Liga Perdana England musim ini.

Situasi itu menyebabkan Capello tidak senang duduk memikirkan kecederaan yang dialami Rooney bagi mengharungi kejohanan paling berprestij di Afrika Selatan itu yang bermula dari 11 Jun hingga 11 Julai depan.

Pada kempen Piala Dunia kali ini, Rooney merupakan aset penting skuad yang diberi jolokan The Three Lions itu dalam usaha mereka memburu gelaran juara buat kali kedua sejak edisi 1966.

Jika Rooney tidak dapat beraksi di bumi Afrika Selatan nanti, ia merupakan tamparan hebat buat Capello yang dilihat semakin ketandusan penyerang berkaliber.

Namun kini segala spekulasi serta persoalan sama ada Rooney akan beraksi atau tidak pada kempen di Afrika Selatan telah terjawab.

Terbaru, Rooney sendiri mengesahkan bahawa dia sudah bersedia untuk kembali setelah menjalani rawatan dan melakukan fisioterapi sepanjang tempoh rehat yang dilaluinya.




"Saya telah beransur pulih, malah sudah bersedia untuk diturunkan semula.

"Saya akan pulih sepenuhnya menjelang pusingan akhir Piala Dunia di Afrika Selatan nanti," jelas Rooney.

Kini Capello sudah boleh kembali menarik nafas lega kerana dia tidak perlu gusar mengenai situasi yang dialami ayam tambatannya itu.

"Sebagai seorang jurulatih, sudah pasti saya akan berasa bimbang sekiranya pemain-pemain saya mengalami kecederaan ketika dalam persiapan menghadapi kejohanan seperti Piala Dunia.

"Ketika Rooney mula-mula dilapor mengalami kecederaan buku lali, saya benar-benar risau kerana dia merupakan seorang pemain yang penting buat England.

"Namun setelah dia disahkan pulih sepenuhnya dan boleh beraksi semula, ia sudah pasti merupakan satu berita gembira buat kami, malah kepada semua penyokong-penyokong setia England," kata Capello.

Musim ini menyaksikan penyerang kelahiran Croxteth, Liverpool itu telah mempamerkan prestasi luar biasa apabila dia berjaya merekodkan 34 gol.

Berdasarkan prestasinya itu, tidak hairanlah Rooney dianggap aset berharga skuad The Three Lions bagi mencipta kejutan di Afrika Selatan.

Mengimbas kembali detik permulaan karier Rooney sebagi pemain profesional, Rooney telah menerima tawaran untuk beraksi bersama Everton sewaktu usianya baru mencecah 17 tahun.

Rooney tidak mensia-siakan bakat yang dimilikinya itu apabila sentiasa mempamerkan aksi cemerlang bagi membantu Everton mencipta kemenangan dalam setiap perlawanan yang dihadapi.

Setelah hampir dua musim bersama Everton, Rooney berjaya menarik perhatian pengurus United, Alex Ferguson yang menyatakan hasrat bagi mendapatkan khidmatnya di Old Trafford.

Tanpa berfikir panjang, Rooney lantas menyatakan persetujuan bagi menyarung jersi skuad The Red Devils.

Tanggal 28 September 2004 merupakan detik bermakna buat Rooney apabila dia kali pertama tampil beraksi buat kelab gergasi England itu.

Lebih manis lagi, pada aksi sulung menentang Fenerbahce dalam saingan Liga Juara-Juara tersebut, Rooney membuktikan kualiti yang ada pada dirinya apabila meledak hatrik bagi membantu United menewaskan kelab Turki itu 6-2.

Sejak itu, Rooney terus mempamerkan peningkatan menakjubkan sehingga pemerhati bola sepak percaya Rooney bakal bergelar pemain terbaik dunia suatu hari nanti.

Kini setelah enam musim berada di Old Trafford, pelbagai kejayaan telah dikecapi Rooney bersama United.


ROONEY (kiri) bakal menyinar pada pusingan akhir Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan.

Detik paling berharga ialah sewaktu Rooney membantu The Red Devils memenangi gelaran liga sebanyak tiga musim berturut-turut iaitu 2006/2007, 2007/2008 dan 2008/2009.

Selain kejuaraan dalam saingan liga domestik, Rooney turut memainkan watak utama apabila membantu United muncul juara kempen Liga Juara-Juara bagi musim 2007/2008.

Dalam pada itu, prestasi cemerlang Rooney musim ini menyaksikan dia dipilih untuk memenangi anugerah Pemain Terbaik Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional England (PFA) baru-baru ini.

Kejayaan itu sudah pastinya turut dikongsi Ferguson yang selama ini bertanggungjawab bagi mencungkil bakat-bakat muda seperti Rooney.

"Rooney sememangnya seorang pemain yang hebat dan usaha saya selama ini untuk melihat dia berjaya telah membuahkan hasil.

"Tidak dinafikan Kaka, Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi merupakan tiga pemain terbaik dunia ketika ini, namun saya yakin Rooney akan duduk sebaris dengan ketiga-tiga pemain itu sedikit masa lagi," kata Ferguson. - Agensi



manchesterunited 5/03/2010 03:19:00 PM
_________________

DIE HARD FAN MANCHESTER UNITED

Status : married with two daughter
Location : Pantai Dalam,KL

MINE(:

My Daughter
My Multiply
My Wife
KICK OFF(:

;DMay 2006
;DAugust 2006
;DSeptember 2006
;DOctober 2006
;DNovember 2006
;DDecember 2006
;DJanuary 2007
;DFebruary 2007
;DMarch 2007
;DApril 2007
;DMay 2007
;DJuly 2007
;DAugust 2007
;DSeptember 2007
;DOctober 2007
;DNovember 2007
;DDecember 2007
;DJanuary 2008
;DFebruary 2008
;DMarch 2008
;DApril 2008
;DMay 2008
;DJuly 2008
;DSeptember 2008
;DOctober 2008
;DNovember 2008
;DDecember 2008
;DJanuary 2009
;DFebruary 2009
;DMarch 2009
;DApril 2009
;DMay 2009
;DJune 2009
;DJuly 2009
;DAugust 2009
;DSeptember 2009
;DOctober 2009
;DDecember 2009
;DJanuary 2010
;DFebruary 2010
;DMarch 2010
;DApril 2010
;DMay 2010
;DJune 2010
;DJuly 2010
;DAugust 2010
;DSeptember 2010
;DOctober 2010
;DNovember 2010
;DDecember 2010
;DJanuary 2011
;DFebruary 2011
;DMarch 2011
;DApril 2011
;DMay 2011
;DJune 2011
;DJuly 2011
;DAugust 2011
;DSeptember 2011
;DOctober 2011
;DDecember 2011
;DJanuary 2012
;DFebruary 2012
;DMarch 2012
;DApril 2012

Iklan(:

Renewal Road Tax&Insuran

*Mudahkan urusan anda
*Renewal road tax dan insuran
*Terus ke pintu
*Premium insuran boleh dirunding
*6 bulan @ setahun @ budget pocket
*klang valley sahaja

call segera....En.Asmadi di talian 0196633543
-------------------------------------------------

Alpha Lipid Lifeline

Susu berkolostrum tinggi yg dapat menghasilkan antibodi &membina semula sel-sel agar kembali kuat untuk melawan berbagai jenis penyakit. Maklumat lanjut boleh terus ke link=Alpha Lipid Lifeline

Nuffnang Advertise(:


HIT-COUNTER(:

website design company
real estate website design
cbox