
![]() |
| VALENCIA (kanan) meraikan gol jaringannya bersama Wayne Rooney pada aksi menentang Boca Juniors di Munich semalam. |
Semalam, pemain sayap dari Ecuador itu menjaringkan gol dalam aksi sulungnya bersama United ketika membenam Boca Juniors 2-1 pada separuh akhir Piala Audi 2009.
"Saya rasa dia akan memainkan watak penting dalam banyak perlawanan selepas ini. Saya sangat berpuas hati dengan prestasinya pada aksi pertama ini," kata pengurus United, Alex Ferguson.
Valencia yang menggantikan Cristiano Ronaldo, menjaringkan gol kedua United pada minit ke-42 menerusi rembatan kencang yang gagal diselamatkan penjaga gol, Roberto Abbondanzieri.
Terdahulu, Anderson membuka tirai jaringan buat United pada minit ke-23 dan Boca hanya mampu membalas satu gol menerusi Federico Insua pada minit ke-55.
"Dia (Valencia) seorang pemain yang bagus, memiliki kekuatan dan kemampuan dari segi larian seperti yang kita dapat lihat cara dia mencipta gol tersebut.
"Mungkin ia juga berpunca daripada kesilapan penjaga gol tetapi dia berjaya mencipta peluang dan membuka ruang untuk dirinya," jelas Ferguson. - Reuters
![]() |
| RONALDO (kiri) bersaing dengan pemain Shamrock, Padraig Amond pada aksi persahabatan di Stadium Tallaght, Dublin kelmarin. |
Ronaldo yang dibeli dengan rekod perpindahan dunia £80 juta (RM465.9 juta) membuat penampilan sulung bersama Real Madrid ketika menang 1-0 ke atas Shamrock pada siri persahabatan pramusim kelmarin.
"Dia mungkin kembali semula ke sini dan itu yang saya rasakan. Dia begitu sayangkan United. Jika kamu lihat semula selama enam tahun dia bersama kami, dia tidak pernah terlepas sesi latihan," jelas pengurus United, Ferguson.
"Dia datang ke kelab yang betul pada masa yang sesuai dalam kariernya. Dia se- patutnya sudah pergi ke Real Madrid atau Barcelona. Tetapi dia datang kepada kami dan dia menghargainya."
Ferguson juga sedar pencabar United pastinya gembira bahawa The Red Devils telah kehilangan pemain bintang mereka.
"Ia akan memberi pasukan lain lebih sedi- kit keberanian," kata Ferguson.
"Mereka semua pasti gembira kami kehi- langan Ronaldo. Tidak diragui lagi ia satu kehilangan yang besar tetapi saya rasa ia suatu cabaran bagi kami."
Dalam pada itu, Ferguson juga percaya bintang mudanya, Federico Macheda mampu menjadi Pemain Terbaik Dunia suatu hari nanti.
"Macheda adalah pemain yang bagus, seorang wira dalam pembikinan, sama seperti Cristiano," kata Ferguson.
"Sukar dipercayai dia baru berusia 17 tahun. Kami mungkin perlu memeriksa semula sijil lahirnya kerana saya rasa dia seperti sudah berusia 28 tahun." - Agensi
KUALA LUMPUR - Penyerang Manchester United, Wayne Rooney berjanji akan mengisi kekosongan watak peledak yang ditinggalkan Cristiano Ronaldo dan Carlos Tevez.
Untuk rekod, Ronaldo dan Tevez telah menjaringkan 101 gol sepanjang dua musim lalu.
Namun, Rooney menjelaskan, dia kini bersedia untuk beraksi di posisi penyerang dan bergandingan sama ada dengan Dimitar Berbatov atau Michael Owen.
"Dengan pemergian Ronaldo, ia mening- galkan kekosongan yang besar. Sebab itulah penting untuk saya, Berbatov dan Owen mengisi tugas menjaringkan gol.
"Kami, terutama saya dan Berbatov perlu menjaringkan lebih banyak gol berbanding apa yang telah kami lakukan musim lalu," kata Rooney.
Rooney meledak 20 gol musim lalu manakala Berbatov hanya 14 gol. Owen pula menjaringkan 10 gol bersama Newcastle.
"Saya telah beraksi banyak kali bersama Owen untuk pasukan kebangsaan England. Dia nampak tajam pada sesi latihan dan dia seorang yang rajin," jelas Rooney. - Agensi
KUALA LUMPUR - Penyerang Manchester United, Wayne Rooney berjanji akan mengisi kekosongan watak peledak yang ditinggalkan Cristiano Ronaldo dan Carlos Tevez.
Untuk rekod, Ronaldo dan Tevez telah menjaringkan 101 gol sepanjang dua musim lalu.
Namun, Rooney menjelaskan, dia kini bersedia untuk beraksi di posisi penyerang dan bergandingan sama ada dengan Dimitar Berbatov atau Michael Owen.
"Dengan pemergian Ronaldo, ia mening- galkan kekosongan yang besar. Sebab itulah penting untuk saya, Berbatov dan Owen mengisi tugas menjaringkan gol.
"Kami, terutama saya dan Berbatov perlu menjaringkan lebih banyak gol berbanding apa yang telah kami lakukan musim lalu," kata Rooney.
Rooney meledak 20 gol musim lalu manakala Berbatov hanya 14 gol. Owen pula menjaringkan 10 gol bersama Newcastle.
"Saya telah beraksi banyak kali bersama Owen untuk pasukan kebangsaan England. Dia nampak tajam pada sesi latihan dan dia seorang yang rajin," jelas Rooney. - Agensi

Pada perlawanan pertama petang Sabtu lalu, Malaysia sekadar tewas tipis 2-3 dengan Amri Yahyah menjaringkan kedua- dua gol.
Bagi perlawanan kedua ini, pengurus United, Alex Ferguson memilih untuk tidak menurunkan kesebelasan utama Sabtu lalu kecuali mengekalkan pemain pertahanan, Jonny Evans.
Jurulatih kebangsaan, K. Rajagobal pula mengekalkan kesebela- san yang sama kecuali merehatkan pemain tengah, Amar Rohidan bagi memberi peluang kepada Bunyamin Umar.

Tidak seperti pada perlawanan pertama Sabtu lalu, aksi separuh masa pertama skuad kebangsaan jelas longlai dan tiada langsung percubaan tepat ke arah gol berjaya dihasilkan.
Seawal minit ke-10, United sudah berjaya memperoleh gol pertama menerusi Federico Macheda yang mudah menyempurnakan hantaran Darren Fletcher dari sebelah kanan.

Dua minit kemudian, Michael Owen meletakkan United 2-0 dengan memanfaatkan peluang terbuka di depan gol setelah hantaran lintang Zoran Tosic dari sebelah kiri gagal ditanduk keluar oleh Asrarud- din Putra Omar.
Menyedari kelincahan sayap kiri United, Tosic yang begitu mudah memperdayakan bek kanan, Maz- lizam Mohamad, Rajagobal pantas mengeluarkan pemain Perlis itu dan menggantikannya dengan V. Thirumurugan pada minit ke-14 sebelum mengeluarkan Asrarud- din pada minit ke-32 untuk diganti- kan dengan Azmi Muslim.
Biarpun United terus melakukan beberapa percubaan menarik, gawang Malaysia yang dikawal Farizal Marlias masih mampu bertahan dan kedudukan 2-0 kekal hingga tamat separuh masa pertama.
Pada babak kedua, Ferguson memasukkan Tomasz Kuszczak menggantikan Foster manakala Rajagobal memasukkan Norshahrul Idlan Talaha menggantikan Zaquan Adha Radzak.

The Red Giant memperoleh banyak peluang untuk menambah jaringan selepas itu menerusi percubaan tiga pemain gantian, Dar- ron Gibson, Dimitar Berbatov dan Nani tetapi berjaya diselamatkan oleh Farizal.
Pada minit ke-75, rembatan kencang Wayne Rooney sekadar menggegar jaring kiri gawang Malaysia manakala tolakan Anderson pada minit ke-80 sedikit sipi.
Bagaimanapun, tiga percubaan terbaik Malaysia hanya diperoleh di penghujung perlawanan.
Pada minit ke-86, percubaan penyerang gantian, Ahmad Shakir Md. Ali berjaya dihadang oleh Rio Ferdinand, sementara lorongan Khyril Muhymeen gagal disambar kemas oleh Ahmad Shakir.


Itu janji pengurus Manchester United, Alex Ferguson menjelang pertemuan skuad bimbingannya itu dengan pilihan Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini.
Selepas hampir dimalukan Malaysia sebelum menang 3-2 kelmarin, Ferguson kini mula menconggak strategi baru dengan membuat beberapa perubahan dalam kesebelasan utamanya ketika menjalani latihan tertutup di padang Majlis Sukan Negara (MSN), pagi semalam.
'Budak baru', Michael Owen yang meledak gol kemenangan United, mungkin akan digandingkan dengan penyerang England, Wayne Rooney di jentera serangan, manakala pemain veteran Ryan Giggs pula akan mendapat tempat dalam kesebelasan utama.
"Kami akan turun berdepan pilihan Malaysia sekali lagi di Stadium Nasional Bukit Jalil malam esok (hari ini) dan susunan pemain juga mungkin akan berubah," kata Ferguson.

Pertemuan kedua dalam siri jelajah pra musim kelab Liga Perdana England itu ke Asia terpaksa diadakan di Kuala Lumpur selepas kunjungan ke Jakarta, Indonesia dibatalkan atas faktor keselamatan.
Bagi Ferguson, perlawanan kedua ini akan menjanjikan persembahan yang berbeza selepas pemainnya sudah mendapat rehat yang cukup setelah mengharungi penerbangan yang panjang sebelum tiba ke Kuala Lumpur Jumaat lepas.
"Pembatalan kunjungan ke Indonesia telah memberi kami lebih banyak masa untuk menjalani latihan.
"Pemain juga akan mendapat rehat yang secukupnya untuk memberi aksi yang lebih bertenaga. Jadi dengan masa yang kami ada sekarang, saya harap pemain dapat menggunakannya dengan baik," kata Ferguson.
Sebaik saja tamat sesi latihan pagi semalam, skuad Manchester United kembali semula ke hotel penginapan mereka, Mandarin Oriental sebelum turun menjalani latihan ringan di gimnasium pada sebelah petang.


KUALA LUMPUR - Tidak tidur lena ketua pasukan Selangor, Amri Yahyah malam semalam selepas berjaya menjaringkan dua gol bertemu Manchester United dalam perlawanan persahabatan di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Lebih membanggakan jaringan pertama yang dilakukannya pada minit ke-45 memang kelas dunia dan penjaga gol yang ditewaskannya bukan calang-calang pemain, Edwin van der Sar.
Bagi anak kelahiran Tanjung Karang itu ia merupakan kenangan manis yang tidak dapat dilupakan sepanjang hidupnya terutama sekali selepas tiga tahun tidak beraksi untuk pasukan kebangsaan.
Menurut Amri, sebelum perlawanan lagi dia sudah sedar penjaga gol kebangsaan Belanda itu sering berada di luar posisi ketika beraksi di atas padang dan dia sudah menanam tekad dari awal untuk sekurang-kurangnya melakukan lebih banyak percubaan jauh.
"Saya tahu cara permainan Van der Sar, dia akan berada jauh pada gawang gol dalam satu-satu perlawanan," katanya.
Jelasnya, ketika menerima bola sepakan gol dari penjaga gol, Farizal Marlias, dia hanya menunggu bola tersebut melantun sekali dan melihat Van der Sar sudah berada di luar posisi.
"Selepas melihat dia berada di luar posisi saya tidak teragak-agak untuk melepaskan rembatan lambung dan ternyata ia membuahkan hasil.
"Saya begitu gembira dengan jaringan tersebut dan teruja dapat menewaskan penjaga gol yang sudah terkenal dengan kehebatannya itu," kata Amri.
Ditanya mengenai jaringan kedua yang dihasilkannya pada minit ke-52, Amri berkata, dia hanya bersabar dan bertindak tepat pada masanya sebelum mengambil peluang keemasan itu tanpa teragak-agak.
"Saya sedar dia (Ben Foster) masih lagi baru dan banyak sentuh bola, ketika Gibson melakukan hantaran ke belakang saya meluru untuk mendapatkan bola tersebut.
"Ketika itu penjaga gol tersebut tersilap langkah dan mengambil masa untuk mengejar semula bola hantaran pemainnya, saya tidak menunggu lama dan terus berlari pantas sebelum menolak masuk bola ke dalam gawang," katanya.
Katanya, dia amat berterima kasih kepada jurulatih, K. Rajagobal kerana memberi peluang kepadanya untuk beraksi semula dalam skuad kebangsaan selepas tiga tahun tidak dipanggil bermain.

Michael Owen yang menggantikan Rooney muncul wira dan membuktikan pelaburan dibuat oleh Ferguson ke atasnya berbaloi dengan jaringan kemenangan enam minit sebelum perlawanan tamat.
Aksi ulangan Malaysia-MU
MANCHESTER United, semalam memutus kan untuk melanjutkan tempoh persinggahan mereka di Kuala Lumpur sehingga Rabu ini dengan mengatur perlawanan ulangan menentang Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil, jam 8 malam, esok.
Harga tiket RM308 untuk tempat duduk utama dan RM58 tempat terbuka.
Tiket mula dijual di kaunter ‘pintu hijau’ Stadium Nasional bermula 12 tengahari ini.
Perkembangan terkini itu diumumkan Ketua Pegawai Eksekutif ProEvents, Julian Kam selepas perlawanan.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif United, David Gill, berkata selepas keputusan membatalkan kunjungan ke Indonesia, pasukan itu mengambil keputusan kekal di negara ini selepas amat berpuas hati dengan persiapan Malaysia.
“Kami terpaksa menolak rayuan Indonesia berikutan isu keselamatan sejajar dengan keputusan yang sudah dibuat kelmarin. Kami juga mengetepikan pelawaan Australia kerana terlalu sukar menguruskan aspek logistik pada saat akhir,” katanya pada sidang akhbar khas, semalam.
SKUAD
MALAYSIA: Mohd Farizal Marlias, Mohd Asraruddin Umar (Mohd Azmi Muslim), Norhafiz Zamani Misbah (kapt) (K Gurusamy), Mohd Aidil Zafuan, Mazlizam Mohd (V Thirumurugan), Safiq Rahim (Mohd Sabree Mat Abu), Amar Rohidan (Mohd Bunyamin Omar), Indra Putra Mahyuddin (Badrol Bakhtiar), Mohd Amri Yahyah, Mohd Khyrill Muhymeen, Zaquan Adha (Norshahrul Idlan Talaha)
MAN UNITED: Edwin Van der Sar (Ben Foster), Patrice Evra, Rio Ferdinand (West Brown), Anderson (Ryan Giggs), Dimitar Berbatov (Ferico Macheda), Wayne Rooney (Michael Owen), Nani, Paul Scholes (Zoran Tosic), John O Shea, Jonny Evans, Darron Gibson

![]() |
| |
Sambil menganggap perlawanan kali ini lebih memberi caba- ran kepada anak-anak buahnya, Ferguson berpendapat bahawa corak permainan terbuka yang ditonjolkan barisan pemain muda negara nampak menyerlah .
"Saya melihat satu permainan terbuka pada perlawanan ini. Mereka (pemain Malaysia) telah menunjukkan kepantasan dan permainan bertenaga sehingga menjadikan perlawanan agak sengit.
"Selepas mendahului 2-0, kami berasa agak selesa tetapi mereka mendapat gol pertama pada penghujung babak pertama.
"Gol penyamaan itu hasil kesilapan Ben Foster yang telah menghidupkan semangat mereka untuk memberi saingan sebenar sepanjang babak kedua.
"Tetapi saya tetap gembira dengan permainan hari ini (semalam). Lagipun ini perlawanan pertama kami dan kami perlukan lebih banyak perlawanan untuk memantapkan pasukan," kata Ferguson pada sidang media selepas perlawanan itu.
Namun, Ferguson tetap menjanjikan barisan pemain lebih kuat dan persembahan lebih mantap pada perlawanan ulangan bertemu Malaysia di venue yang sama, Stadium Nasional, Bukit Jalil malam esok.
Sementara itu, jurulatih Malaysia, K. Rajagobal nyata berbangga dengan semangat juang dan prestasi mantap yang dipamerkan anak-anak buahnya sepanjang perlawanan tersebut.
"Amri Yahyah sudah tiga tahun tak beraksi dengan skuad kebangsaan dan saya panggil dia semula dan dia telah membuktikan dia masih seorang yang bernilai.
"Dia seorang pemain yang ada naluri gol, sentuhan penyu- dah dan bijak memanfaatkan peluang.
"Gol penyamaannya telah menyuntik semangat kami untuk mencari gol ketiga tetapi malangnya United pula berjaya mendapat gol kemenangan pada lima minit terakhir," kata Rajagobal.
Selain menganggap ia hadiah terbaik sempena hari jadinya yang ke-53 tahun pada 10 Julai lalu, Rajagobal turut menerima ucapan tahniah daripada Ferguson selepas perlawanan.
"Alex (Ferguson) kata, aksi pasukan kami tidaklah teruk sangat. Katanya, pasukan kita kali ini telah bermain dengan baik.
"Memang benar United memiliki penyerang terbaik dunia. Tetapi kalau pertahanan kita berjaya dibentuk dan dikawal dengan tersusun, mereka pasti sukar menembusinya.
"Saya berharap agar pemain kita mengambil peluang sebaik mungkin pada perlawanan ulangan Isnin ini (esok)," jelas Rajagobal.
Sebelum beredar daripada sesi sidang media tersebut, Rajagobal sempat memberi pesanan kepada Ferguson: "Saya harap anda dapat mengambil seorang dua pemain Malaysia untuk United."
![]() |
| PEMAIN Malaysia, Mohd Aidil Zafuan mengasak Rooney. |

![]() |
| |
MALAYSIA tidak perlu kecewa walaupun tewas 2-3 kepada Manchester United pada aksi persahabatan di Stadium Nasional, Bukit Jalil semalam.
Kesebelasan utama negara perlu bangga kerana mereka berjaya menampilkan rentak yang bertenaga.
Memang kekalahan itu sudah dijangka jika mengambil kira reputasi kedua-dua pasukan.
Sebelum perlawanan bermula pun skuad kendalian K. Raja- gobal itu sudah hilang semangat tetapi ia tidak menjejaskan rentak permainan mereka.
Sebaik melangkah ke gelanggang perlawanan, wira bola sepak negara seolah-olah beraksi di tempat lawan.
Seluruh stadium dipenuhi warna merah dan hanya segelintir yang datang memakai warna jersi skuad negara.
Jika beginilah trend peminat tempatan, bola sepak negara tidak akan ke mana kerana sebahagian besar terlalu meng- agungkan pasukan luar daripada pasukan sendiri.
Walaupun menyedari keadaan tersebut anak didik Raja- gobal itu tetap berjuang dan berjaya menampilkan rentak yang menghiburkan.
Apa yang dibuktikan oleh barisan muda negara pada aksi menentang United itu seharusnya membuka mata Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bahawa skuad negara perlu didedahkan dengan pasukan-pasukan yang hebat.
Pada aksi semalam, United memperoleh gol kemenangan menerusi Michael Owen, pemain baru yang dilamar oleh Alex Ferguson baru-baru ini.
Ia merupakan gol pertama dan juga penampilan pertama Owen bersama United.
Begitupun, penyerang kebangsaan, Mohd. Amri Yahyah lebih mencuri tumpuan apabila berjaya menggegarkan gawang United sebanyak dua kali.
Aksi kedua-dua pasukan pada babak pertama agak menarik.
United lebih bersahaja tetapi gerakan lebih terancang, sementara skuad negara pula berhati-hati dengan gaya permainan pantas.
Begitpun, United terlebih dahulu melakukan percubaan menerusi Dimitar Berbatov pada minit kedua tetapi berjaya ditepis keluar penjaga gol Malay- sia, Farizal Marlias.
Malaysia pula melakukan percubaan tepat pertama mereka pada minit keenam menerusi Amri Yahyah, namun percubaannya terus ke dakapan penjaga gol United, Edwin van der Sar.
Gawang Malaysia hanya bertahan sehingga minit kelapan apabila Wayne Rooney berjaya menjaringkan gol pertama selepas menyambar bola muntah daripada Farizal ketika mahu menyelamatkan percubaan Berbatov.
Seminit kemudian, Rooney hampir menambah gol kedua peribadinya tetapi Farizal tangkas mengawal keadaan.
Pada minit ke-14, Amri sekali lagi melakukan percubaan tetapi van der Sar sekali lagi menjadi penghalang.
Pada minit ke-27, United memperoleh gol kedua dan kali ini menerusi jaringan Nani yang menyudahkan gerakan satu-dua dengan Rooney.
Walaupun ketinggalan dua gol, ia tidak melemahkan sema- ngat pemian negara.
Mereka terus memberi tentangan bagi memecah kebuntuan dan dua percubaan dari- pada Amri hampir menepati sasaran jika tidak diselamatkan oleh Jonny Evans.
Pada masa kecederaan babak pertama, Amri mengubah keadaan selepas menewaskan van der Sar menerusi percubaannya dari luar kotak penalti untuk menjadikan kedudukan 2-1.
Biarpun mendahului 2-1, United memulakan babak kedua dengan memasukkan penjaga gol gantian, Ben Foster bagi menggantikan van der Sar.
Bagaimanapun, Foster pula melakukan kesilapan pada minit ke-52 apabila dia gagal menahan dengan kemas bola hantaran ke belakang oleh Darron Gibson dan ia disambar oleh Amri untuk gol kedua Malaysia untuk menjadikan kedudukan 2-2.
Tersentak dengan dua gol Amri itu, Alex Ferguson melakukan empat pertukaran serentak pada minit ke-60 dan ia membuahkan hasil apabila Michael Owen menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-84 menerusi gerakan dengan Federico Macheda.
Walaupun tewas, tetapi skuad negara puas kerana tampil bergaya.
![]() |
| OWEN (depan) sudah mula berlatih dengan United. |
Michael Owen yang pernah menjadi pemain kesayangan Liverpool, kini menjalani latihan dengan menyarung jersi Manchester United di samping Ryan Giggs, Wayne Rooney, Rio Ferdinand dan rakan-rakan lain.
Penyerang England itu yang memakai jersi No. 15, dilihat cepat menyesuaikan diri dengan gelak tawa bersama rakan sepasukannya yang baru dalam sesi latihan di Carrington kelmarin sele- pas tiba di kelab tersebut secara percuma.
Pengurus The Red Devils, Alex Ferguson percaya, Owen mampu menjadi wira Old Trafford selepas menyaksikan respon penyerang berusia 29 tahun itu pada sesi latihan pertamanya minggu ini.
"Tidak diragui lagi dia mampu mengembalikan semula sentuhan jaringannya bersama kami. Dia masih belum hilang sentuhan jaringannya," kata pengurus United itu.
"Walaupun mengalami beberapa kecederaan di Newcastle, dia berjaya mengekalkan purata jaringannya dalam setiap perlawanan sepanjang kariernya.
"Saya sangat berpuas hati dengan cara dia berlatih. Dia berusaha dengan keras tetapi perkara paling utama ialah dia turun berlatih dengan ceria. Dia memang gembira di atas padang."
Owen akan menyertai penerbangan United dalam siri jelajah pramusim mereka ke Asia.
Kesemua pemain skuad itu akan turut menyertai jelajah tersebut termasuk Wayne Rooney, Ferdinand dan Nemanja Vidic yang diberi cuti lebih lama selepas selesai tugasan antarabangsa bersama negara masing-masing.
- Agensi
![]() |
| |
Toure menjadi perhatian United selepas bimbang dengan tahap kecergasan Owen Hargreaves.
Perancang England, Hargreaves hanya membuat 25 penampilan sejak menyertai Red Devils dari Bayern Munich dengan harga £17 juta (RM97 juta) dua tahun lalu.
Kini terdapat kebimbangan ke atas masa depannya selepas dia menjalani dua pembedahan lutut musim lepas.
Pengurus United, Alex Ferguson menegaskan, Hargreaves akan beraksi semula sebelum hujung tahun ini, namun dia dilaporkan berminat ke atas Toure yang mungkin dilepaskan Barcelona sekiranya perancang Liverpool, Javier Mascherano berhijrah ke kelab Catalan itu.
Sementara itu, United dilaporkan semakin hampir mendapatkan khidmat pemain sayap Bordeaux, Gabriel Obertan.
Presiden kelab Perancis itu, Jean-Louis Triaud memberitahu, satu persetujuan ke atas pemain berusia 20 tahun tersebut telah pun dicapai.
Triaud berkata: "Ada satu kebarangkalian yang kuat bahawa perjanjian ini akan diteruskan.
"United mahu mendapatkannya dan kami pula gembira untuk melihat Gabriel bermain bagi sebuah kelab berprestij seperti United.
"Kami akan membuat pengumuman rasmi apabila tiba masanya kelak." - Agensi

"Cristiano telah menjadi pemain paling menakjubkan buat Manchester United," kata Ferguson.
"Enam musimnya di Old Trafford telah menyaksikan dia membentuk diri- nya menjadi seorang pemain terhebat di dunia.
"Sumbangannya telah menjadi faktor utama dalam kejayaan kelab ini pada waktu itu. Bakatnya, kebolehannya yang menghiburkan dan juga persona- litinya berjaya memikat hati peminat bola sepak di seluruh dunia.
"Semua orang berharap dia akan terus cemerlang dalam kariernya pada masa hadapan."
Ronaldo akan diumumkan secara rasmi sebagai pemain termahal dunia di Santiago Bernabeu, Isnin depan apabila menyertai Real dengan harga perpindahan £80 juta (RM463.2 juta). - Agensi

"Dia (Valencia) adalah pemain yang kami minati sejak dulu lagi setelah mengharungi musim dalam Liga Perdana England bersama Wigan.
"Saya jamin kepantasan dan kebolehannya akan memberi sumbangan yang besar kepada pasukan ini," kata pengurus United, Alex Ferguson yang menyambut ketibaan pemain antarabangsa Ecuador itu kelmarin.
Ferguson juga berharap Valencia, 23, dapat mengisi kekosongan di posisi sayap yang ditinggalkan Cristiano Ronaldo.
Bagi Valencia pula, dia mengakui berjaya mencapai impiannya selepas menandatangani kontrak selama empat tahun bersama skuad Red Devils.
"Saya teruja apabila mendapat peluang untuk mengharungi cabaran sebenar dan juga satu penghormatan terbesar," kata Valencia.
"Bermain di hadapan 76,000 peminat bersama pemain seperti Wayne Rooney, Rio Ferdinand dan Ryan Giggs, ia akan menjadi satu menjadi pengala- man yang menakjubkan."
United juga dilaporkan bersedia menawarkan £8 juta (RM46.3 juta) ke atas bintang Hertha Berlin dari Serbia, Gojko Kacar, 22, yang mampu beraksi di posisi perancang dan pertahanan. - Agensi
___________________________________________________________________
Status : married with two daughter
*Mudahkan urusan anda
*Renewal road tax dan insuran
*Terus ke pintu
*Premium insuran boleh dirunding
*6 bulan @ setahun @ budget pocket
*klang valley sahaja
call segera....En.Asmadi di talian 0196633543
-------------------------------------------------
Alpha Lipid Lifeline
Susu berkolostrum tinggi yg dapat menghasilkan antibodi
&membina semula sel-sel agar kembali kuat untuk melawan berbagai jenis penyakit.
Maklumat lanjut boleh terus ke link=Alpha Lipid Lifeline
| real estate website design |