

Pemain sayap Manchester United, Ronaldo yang merupakan penjaring terbanyak kempen Eropah tahun lepas dengan lapan gol, masih belum menemui sentuhan dalam enam pertemuan menentang kelab Sepanyol, termasuk terlepas sepakan penalti pada separuh akhir di Nou Camp musim lalu.
Penyerang Barca, Messi pula meledak lapan gol tahun ini, dua kali ganda lebih daripada Ronaldo. Namun, dia gagal menemui penyudah dalam 10 perlawanan menentang kelab dari England termasuk dua aksi separuh akhir dengan Chelsea.
"Sudah pasti pasukan dari England amat sukar untuk ditentang," kata Messi yang juga bintang Argentina.
"Namun, saya tidak fikir final ini akan menjadi seperti perlawanan- perlawanan lain."
Messi juga melontarkan pujian terhadap kebolehan pencabarnya dari Portugal itu.
"Dia seorang pemain yang hebat dengan kebolehan yang menakjubkan dan jika kamu beri dia ruang, dia akan menggunakannya dengan baik," kata Messi.
Ronaldo, 24, yang juga Pemain Terbaik Eropah pula berkata, terlalu bahaya jika United hanya memberi tumpuan terhadap Messi sahaja kerana Samuel Eto'o dan kapten Perancis, Thierry Henry juga beraksi dengan baik musim ini.
"Sudah tentu Messi sangat berbahaya, namun begitu juga dengan pemain lain," kata Ronaldo.
"Jika bermain untuk diri sendiri, saya tiada peluang untuk memenangi perlawanan ini dan begitu juga dengan Messi. Kunci kepada pertemuan ini ialah pasukan mana yang jarang buat kesilapan." - Reuters
![]() |
| FERGUSON memegang trofi Liga Perdana England yang dimenangi pasukannya buat musim ketiga berturut-turut minggu lalu. |
United yang juga juara bertahan musim ini akan turun menentang kelab Sepanyol, Barcelona pada perlawanan akhir penuh klasik di Rom awal pagi Khamis ini.
Jika menang, skuad Red Devils itu akan muncul pasukan pertama di Eropah yang berjaya mempertahankan kejuaraan mereka.
Trofi itu juga akan menjadi yang keempat buat United musim ini selepas Piala Kelab Dunia, Piala Liga dan Liga Perdana England.
Yang menariknya, ia bakal menjadi rekod baru dalam bola sepak England.
"Dia (Ferguson) adalah pengurus yang luar biasa dan kemenangan atau kekalahan yang bakal dialaminya minggu ini tidak sesekali akan menjejaskan reputasinya," jelas Mourinho yang juga bekas pengurus Chelsea.
"Namun, andai dia menang pada final minggu ini, ia akan menjadikan United sebagai kelab terhebat di dunia.
"Ferguson berjaya membentuk kelab terbaik dan tiga gelaran liga berturut-turut selain trofi Liga Juara-Juara adalah kejayaan yang luar biasa."
Mourinho juga secara peribadi meletakkan United sebagai pilihan untuk muncul juara musim ini berdasarkan kualiti yang ada pada pemain kelab itu.
"Mereka memiliki pemain berkualiti dan berpengalaman dengan adanya Rio Ferdinand, Nemanja Vidic, Cristiano Ronaldo dan Wayne Rooney.
"Mereka memiliki segala-galanya sebagai sebuah pasukan yang kuat, hebat, ajaib dan sempurna." - Agensi
![]() |
| |
Begitupun, Ferguson tidak sesekali akan menghalang Carloz Tevez seandainya penyerang Argentina itu meneruskan niatnya untuk meninggalkan United hujung musim ini.
Menurutnya, United memiliki sesuatu yang diinginkan Ronaldo iaitu gelaran juara dan gelaran tersebut sebenarnya sukar diperoleh di tempat lain.
Musim ini, Red Devils sudah meraih tiga trofi iaitu Piala Kelab Dunia, Piala Liga dan Liga Perdana England. Kelab itu juga hanya selangkah untuk merangkul trofi Liga Juara-Juara apabila berdepan Barcelona pada perlawanan akhir awal pagi Khamis ini.
"Apa yang boleh saya katakan ialah dia (Ronaldo) tidak pernah memberikan bayangan yang dia akan tinggalkan kami," jelas Fergie.
"Malahan, dia cukup gembira dan tenang di sini. Begitu juga dengan saya."
Mengenai Tevez, Ferguson menjelaskan bahawa United sedang berusaha untuk menyelesaikan polemik pembelian pemain tersebut.
Namun, beliau secara peribadi tidak terlalu ingin untuk mempertahankan pemain itu agar kekal di Old Trafford.
"Ini adalah situasi yang sukar yang kami cuba selesaikan. Tidak banyak yang boleh kami lakukan bila dia berniat untuk tinggalkan kelab.
"Kini ia bergantung kepada kelab mana yang mampu menawarkan jumlah yang diingin- kan oleh ejennya."
Berdasarkan laporan, mana- mana kelab yang ingin mendapatkan khidmat Tevez perlu membayar sekitar £25 juta (RM139 juta) kepada ejen pemain itu, Kia Joorabchian.
Bagi United sendiri, mereka begitu keberatan untuk membayar harga tersebut atas alasan terlalu mahal. - Agensi
![]() |
| PATRICE Evra makin tidak sabar untuk menjadi penghalang bintang Barcelona, Lionel Messi pada aksi perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah awal pagi Khamis ini. - AFP |
Pertahanan kiri berbangsa Perancis itu sekali lagi akan diberikan tugas untuk menyekat pemain berbahaya Barcelona, Lionel Messi di Stadium Olimpik Rome.
Tugas tersebut telah berjaya dilaksanakannya ketika United melepasi halangan juara Sepanyol itu dalam perlawanan separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah tahun lepas.
Evra, 28, mengakui tidak ada sebarang persediaan istimewa untuk berdepan dengan pemain sayap Argentina itu tetapi merasakan bergandingan dengan Cristiano Ronaldo dan Wayne Rooney dalam latihan adalah persediaan yang betul.
"Messi merupakan pemain yang hebat. Saya akan menyekatnya sebanyak 10 kali tetapi jika saya gagal buat kali ke-11 dan dia menjaringkan gol, orang akan mengatakan saya bermain teruk.
"Saya perlu menumpukan sepenuh perhatian sepanjang perlawanan dan memenangi sebarang cabaran. Tahun lepas Ferguson memberitahu saya boleh memberi kemenangan buat United. Saya begitu bangga dengan kata-kata tersebut.
"Ferguson percaya kepada kami tetapi dia suka memberi kata-kata yang akan memberi keyakinan buat kamu. Saya tidak mahu mengecewakan dia atau rakan-rakan lain," kata Evra.
Evra telah menjadi salah seorang pemain hebat di posisi pertahanan kiri sejak menyertai United dari Monaco pada 2006 dan Ferguson tidak sangsi bahawa pemain Perancis itu mampu menyekat Messi.
"Ketika kami menentang mereka tahun lepas kami terpaksa mengharapkan prestasi Patrice Evra dan kali ini sekali lagi kami mengharapkannya.
"Patrice merupakan pemain bola sepak yang hebat, dia pantas. Anda memerlukannya untuk menyekat Messi kerana dia sungguh pantas," kata Ferguson.
Pemain United tetap menganggap Ferguson tidak terlalu baran sejak kebelakangan ini, walaupun sesekali dia naik angin yang mengingatkan kembali kisah lalu yang mengkaitkannya dengan 'rawatan pengiring rambut'.
Namun Evra masih lagi menganggap pengurus United itu menimbulkan suasana yang menakutkan dalam bilik persalinan.
Bekas pemain Monaco itu mengalami pengalaman pertamanya akibat sikap baran Ferguson ketika United tewas 2-1 kepada Arsenal pada 2007.
"Saya telah melihat dia seperti 'pengering rambut', bukan saya seorang sahaja tetapi satu pasukan.
"Saya masih ingat ketika kami tewas dua tahun lalu kepada Arsenal, apabila Thierry Henry menjaringkan gol di minit-minit terakhir.
"Saya ingat dia akan mati. Wajahnya bertukar menjadi merah. Ia membuatkan saya takut. Dia memang sukar dijangka.
"Mereka menceritakan kepada saya tentang pengering rambut tetapi saya tidak pernah melihatnya. Namun selepas melihatnya, saya begitu terkejut.
"Dia akan pergi ke mana sahaja, di padang latihan dan bilik persalinan.
"Dia suka berada bersama pemain. Dia seperti datuk kami.
"Dia akan mempertahankan sesiapa sahaja dan mahu semua orang menghormati jersi Manchester United.
"Dia seorang yang penyayang apabila anda buat apa yang dia mahu. Dia sangat suka apabila orang menghormati jersi Manchester United.
"Selepas itu anda akan menjadi kawan baik kepada pengurus. Bagaimanapun anda perlu bekerja keras setiap hari untuk memastikan anda tidak mengecewakan dia," kata Evra.
Evra juga kagum dengan kemampuan Ferguson untuk memastikan skuad yang besar ini sentiasa gembira dan dia merasakan suasana yang dicipta oleh pengurusnya itu menghidupkan semangat berpasukan yang digunakan di mana sahaja.
"Tidak akan ada pengurus sepertinya. Pengurus yang mampu menguruskan 24 pemain terkenal.
"Saya bermain untuk Perancis. Pada satu ketika, anda tidak bermain anda tidak akan gembira. Ketika bersama Perancis sebelum perlawanan (pemain yang tidak bermain) akan berasa sedih dan mereka tidak berkata 'ayuh rakan-rakan, anda perlu menang'.
"Bersama Manchester United, apabila seseorang pemain tidak beraksi termasuk pemain legenda, Ryan Giggs, mereka masih lagi berkata, 'ayuh rakan-rakan, kami mahu anda menang'.
"Mereka berkata begitu menerusi perasaan yang mendalam, bukan kerana mereka mahu menunjukkan mereka sebagai rakan-sepasukan yang bagus. Inilah yang membezakannya.
"Ferguson memastikan satu pasukan merupakan bintang, bukan hanya seorang pemain sahaja yang bergelar bintang. Itulah rahsianya," kata Evra.
Evra percaya Thierry Henry akan cergas menjelang perlawanan Rabu ini dan dia berasakan bekas pemain Arsenal itu tidak boleh dipandang ringan.
"Thierry merupakan pemain yang luar biasa. Ketika tahun pertamanya di Barcelona ramai orang beranggapan dia sudah hilang sentuhan, kariernya sudah berakhir.
"Tetapi musim ini dia menjaringkan banyak gol. Dia telah beraksi di sebelah kiri. Bagi saya, dia merupakan pemain yang hebat sama seperti dia beraksi di Arsenal.
"Semua orang bercakap tentang Messi tetapi anda juga perlu memberi tumpuan kepada Henry dan Andres Iniesta," kata Evra. - AFP
![]() |
![]() |
| FERGUSON mahu cipta sejarah di pentas Eropah. |
Pengurus Red Devils itu masih kecil ketika berada di Hampden Park pada 1960 untuk menyaksikan Real Madrid mempamerkan aksi terhebat dalam final Piala Eropah dengan membelasah Eintracht Frankfurt 7-3.
Sejak itu, Ferguson berazam untuk mempersembahkan satu aksi final terhebat di dunia agar perlawanan itu diingati sepanjang zaman.
Pada final 1999, pertemuan 90 minit dengan Bayern Munich dilihat sangat membosankan, walaupun pada masa kecederaan United bangkit mempamerkan keajaiban.
Aksi final dengan Chelsea tahun lepas pula diibaratkan pertarungan maruah antara dua kelab dalam Liga Perdana England.
Kini, Ferguson percaya pertemuan dengan Barcelona di Rom pagi Khamis depan akan menjadi sesuatu yang amat dinanti-nantikan peminat bola sepak seluruh dunia.
"Ia akan menjadi satu aksi final yang luar biasa. Kami akan melawan pasukan yang mempunyai falsafah bola sepak yang menakjubkan serta satu kelab yang sangat bersejarah," kata Ferguson.
"Bola sepak sentiasa perlukan suntikan baru. Kami telah lihat perlawanan final yang bosan setiap tahun dengan kesudahan yang berbeza.
"Apabila kami melihat satu perlawanan bola sepak yang akan menceritakan satu pertarungan yang sebenar, maka kami semua akan terpesona dengannya.
"Manchester United dan Barcelona boleh menyajikan aksi final terhebat ini. Ada kemungkinan besar ia akan menjadi final yang akan diingati sepanjang zaman." - Agensi

![]() |
| RONALDO |
"Ia sesuatu yang hebat, suasana di sini juga amat menakjubkan dengan mendengar peminat kami menyanyi, bersorak dan meraikan kejayaan ini," kata pemain sayap Portugal itu.
"Ia sesuatu yang luar biasa tetapi kita tidak tahu apa yang akan berlaku pada masa hadapan. Tetapi seperti apa yang saya katakan sebelum ini, saya sangat gembira di sini."
Ronaldo juga menganggap kejayaan United merangkul gelaran Liga Perdana England buat kali ke-18 adalah suatu pencapaian yang mengagumkan.
"Memenangi kejuaraan Liga Perdana England di tempat sendiri adalah satu perasaan yang hebat dan sangat luar biasa," katanya.
"Semua peminat kami sangat menakjubkan. Saya cuba memberi yang terbaik setiap masa. Kami telah memenangi gelaran liga dan kini kami mahu memenangi trofi Liga Juara-Juara pula."
"Kami perlu menikmati kejayaan ini. Waktu ini adalah sangat istimewa. Dalam masa dua atau tiga hari lagi, kami perlu beri tumpuan kepada Liga Juara-Juara kerana semua orang mahu memenangi kejohanan ini."
Pemegang rekod penampilan terbanyak United, Ryan Giggs pula berkata: "Kami mahu memenangi kejuaraan ini di depan peminat kami. Kami hanya pernah melakukannya sekali sebelum ini, jadi ini menjadikannya lebih istimewa.
"Kami akan meraikan keja- yaan ini malam ini (kelmarin) dan esok atau lusa, kami akan mula memberi tumpuan untuk mengalahkan Barcelona pula." - Agensi

Beliau tetap dengan misinya untuk mempertahankan gelaran tersebut.
Ia bukan untuk kepuasan diri tetapi dalam usaha mereka memintas reputasi Liverpool dalam bola sepak England.
United merangkul gelaran Liga Perdana musim 2008/09 setelah meraih satu mata ketika seri 0-0 dengan Arsenal, sekali gus menyamai rekod pencapaian Liverpool yang sudah merangkul 18 gelaran liga.
Kejayaan kelmarin merupakan gelaran ke-11 yang diraih Ferguson bersama United.
Misi mereka selepas ini ialah untuk memburu gelaran ke-19 dalam bola sepak England bagi membolehkan mereka mengatasi rekod Liverpool.
"Saya kini memikirkan apa yang perlu kami lakukan tahun depan. Gelaran ke-19 menjadi sasaran agar ia terus terpahat dalam sejarah kelab ini," katanya.
Ferguson, 67, juga mendedahkan bahawa beliau merancang untuk bersara selepas ini.
"Buat masa ini, saya akan meneruskan tugas tetapi akan mengumumkan persaraan apabila tahap kesihatan sudah tidak mengizinkan," katanya.
- Agensi

Kejayaan itu menjadikan United pasukan pertama berjaya memenangi kejuaraan liga bagi tiga musim berturut-turut sebanyak dua kali.
Selepas mengungguli liga pada musim 1998/1999, 1999/2000 dan 2000/2001, semalam United sekali lagi melakar kejayaan hatrik bermula musim 2006/2007, 2007/2008 dan 2008/2009.
Untuk rekod, pasukan lain yang pernah mencatat kejuaraan liga England secara hatrik adalah Huddersfield Town (1923/1924, 1924/1925, 1925/1926), Arsenal (1932/1933, 1933/1934, 1934/1935) dan Liverpool (1981/1982, 1982/1983, 1983/1984).
Sebelum perlawanan bermula malam tadi, United hanya memerlukan satu mata lagi untuk bergelar juara dan keputusan seri tersebut menjadikan mereka kini berkelebihan tujuh mata berbanding pencabar terdekatnya, Liverpool yang masih berbaki dua perlawanan.
United kini telah 11 kali menjuarai Liga Perdana England daripada 17 musim mereka di bawah bimbingan pengurus Alex Ferguson.
Kejayaan kali ini juga membolehkan mereka mengikat Liverpool sebagai juara terbanyak kempen liga dengan 18 kali kejayaan.
Bagi Ferguson pula, dia kini telah mengumpul 25 trofi kejuaraan utama sejak membimbing United pada 1986.
![]() |
| PENYERANG United, Wayne Rooney bersaing dengan pertahanan Arsenal, Bacary Sagna pada aksi Liga Perdana England di Old Trafford semalam. |
Pada minit ke-13, Robin van Persie yang tidak dikawal gagal menanduk kemas hantaran silang Sami Nasri biarpun dia dilihat berpeluang menanduk tepat ke arah gol.
United tidak berdiam diri dan melakukan percubaan empat minit kemudian tetapi tandukan Wayne Rooney hasil hantaran silang Michael Carrick juga sedikit tersasar.
Babak kedua bersambung, bintang United, Cristiano Ronaldo melakukan percubaan hasil hantaran Carlos Tevez tetapi ia melepasi palang gol.
Ia juga merupakan sentuhan terakhir Tevez yang dikeluarkan selepas itu dengan diikuti ejekan para penyokong United yang tidak menggemari tindakan Ferguson mengeluarkannya.
Selepas tiga minit masa kecederaan diberi, pengadil Mike Dean akhirnya meniup wisel penamat dan serentak dengan itu, Ferguson terus berlari ke arah padang untuk meraikan kejayaan bersama para pemainnya. - Agensi

Skuad Red Devils itu hanya memer- lukan satu mata daripada dua perlawanan terakhir mereka untuk menjulang kejuaraan liga buat kali ke-18 dan kali ke-11 di bawah kendalian Alex Ferguson.
Menyedari impian mereka hampir tercapai, pemain tengah United, Mi- chael Carrick melaungkan keyakinan pasukannya mampu meraikan kejayaan menjulang trofi Liga Perdana England di stadium yang digelar Theatre of Dreams itu.
"Segalanya baik bagi kami ketika ini. Saya rasa hanya sekali sebelum ini United pernah mengesahkan kejuaraan di tempat sendiri.

Perlawanan malam ini juga mungkin menjadi aksi terakhir Carlos Tevez di Old Trafford bersama United jika perpindahannya pada penghujung musim ini menjadi kenyataan.
"Dia (Tevez) merupakan pemain hebat dan gol-gol yang dijaringkannya sejak dia berada di sini sentiasa menjadi gol penting buat pasukan ini.
"Kalau boleh kami tidak mahu kehilangan mana-mana pemain kerana kami sudah memiliki skuad yang mantap dan harap kami semua akan kekal bersama," jelas Carrick.
Kemenangan ke atas Arsenal malam ini pasti menjadi kenangan manis buat penyokong fanatik United.
Ini kerana, Arsenal menang 1-0 ke atas United di Old Trafford pada 2002, sekali gus dinobatkan selaku juara liga.
Sementara itu, tonggak pertahanan United, Rio Ferdinand dijangka tidak dapat diturunkan kerana masih bergelut dengan kecederaan betis.
Arsenal pula kembali diperkuatkan dengan kehadiran Andrey Arshavin, namun penjaga gol utamanya, Manuel Almunia masih belum pulih daripada kecederaan buku lali. - AFP
![]() |
| TEVEZ (tengah) belum memutuskan masa depannya bersama United. |
Semuanya gara-gara keputusan bintang antarabangsa Ar gentina itu yang bertegas untuk menolak tawaran rasmi Real bernilai £40 juta (RM215 juta).
Keputusan Tevez itu sekali gus menimbulkan desas desus bahawa dia masih mahu kekal bersama United dalam kempen Liga Perdana England.
"Carlos akan menentukan masa depannya dan dia sendiri akan menentukan di mana seharusnya dia bermain," jelas ejen Tevez, Kia Joorabchian kepada Sportsmail.
Sebelum itu, Real telah mengemukakan tawaran rasmi menjelang pemilihan presiden kelab itu yang dijadualkan pada 14 Jun depan.
"Ini bukan semata-mata kerana wang tetapi segala keputu- san bergantung kepada keputusan Carlos dan pengaruh daripada keluarganya.
"Saya sendiri sebagai ejennya tidak mempunyai kuasa untuk menentukan masa depan Carlos. Real mungkin bukan pilihannya dan kita akan tunggu apa yang bakal diumumkan selepas ini," tambahnya.
Menurut laporan, perlawanan akhir Liga Juara-Juara menentang Barcelona di Rom pada 27 Mei ini bakal menjadi penentu kepada masa depan Tevez di Old Trafford.
United sendiri telah bersedia melanjutkan perbincangan untuk mengubah status pinjamannya tetapi belum mencapai kata sepakat dengan kenaikan harga yang diminta pemain tersebut sejak dipinjamkan pada tahun 2007.
Untuk rekod, United mendapatkan khidmat Tevez secara pinjaman dari kelab West Ham dengan nilai £9 juta (RM49 juta).
Dalam pada itu, Presiden Sports Intergroup, Heaton-Har- ris yang bertanggungjawab menangani isu membabitkan sukan di benua Eropah menegaskan, tiada apa yang boleh menghalang Tevez memilih haluannya.
"Dalam syarat-syarat penggajian, Tevez mempunyai kontraknya sendiri dengan ejen tersebut (Kia Joorabchian).
"Tetapi jika dia pergi ke Suru- hanjaya Eropah dan memberitahu dia mahu bebas daripada kontrak itu, dia akan mendapat sokongan daripada Eropah.
"Mengikut undang-undang Eropah, dia (Tevez) mempunyai hak untuk membatalkan kontrak tersebut," kata Heaton-Harris.
- Agensi



Kemenangan demi kemenangan diraih dan terbaru, mereka memusnahkan Manchester City 2-0.
Itu petanda bahawa kedudukan mereka tidak akan digugat oleh sesiapa kecuali ada berlaku keajaiban daripada lawan mereka selepas ini.
Selain kemenangan bergaya dilakar oleh United semalam, turut mencuri tumpuan ialah Carlos Tevez yang sudah membuat keputusan nekad untuk meninggalkan Old Trafford.
Pada ketika seleranya seakan-akan sudah hilang untuk terus menabur bakti dengan United, pemain dari Argentina itu tampil dengan aksi luar biasa ketika mereka menewaskan jiran, Manchester City 2-0 pada perlawanan semalam yang terus mengukuhkan kedudukan United untuk menjulang gelaran liga dengan kelebihan tiga mata di hadapan pencabar terdekat mereka, Liverpool.
Semalam, Tevez membuktikan bahawa dia bukan berstatus pemain simpanan apabila meledak gol kedua United selepas Cristiano Ronaldo membuka jaringan di awal permainan.
Gol tersebut merupakan ledakan ke-14 Tevez bersama United musim ini dan sebaik berjaya menyempurnakan jaringan tersebut, dia berlari ke arah tempat duduk utama penonton di mana pengurusnya, Alex Ferguson berada dan meletakkan tangannya di telinga sementara peminat Red Devils memekik: “Fergie, Fergie ambilah dia.”
Ferguson menganggap pertemuan dengan kelab jiran mereka itu sebagai satu perlawanan yang teruk, namun tetap yakin bahawa mereka mampu mengatasi City.
“Mereka hanya ada satu peluang saja menerusi Robinho dan saya tidak rasa mereka dapat menjaringkan gol,” kata Ferguson.
“Ia bukan satu perlawanan yang hebat.”
Kejayaan itu menyaksikan finalis Liga Juara-Juara itu hanya memerlukan empat mata daripada baki tiga perlawanan untuk dimahkotakan kejuaraan Liga Perdana England buat kali ke-18.
Pencabar terdekat, Liverpool tidak akan beraksi sehingga 17 Mei ini dan persaingan untuk memburu gelaran antara mereka mungkin sudah berakhir kerana United akan bertemu Wigan Rabu ini diikuti pertemuan dengan Arsenal di tempat sendiri pada 16 Mei depan. – AFP

Menurut Tevez, keputusan itu perlu dibuat selepas merasakan khidmatnya bersama juara England dan Eropah itu tidak lagi diperlukan.
Kontrak pinjaman pemain antarabangsa Argentina bersama United akan berakhir hujung musim ini dan Tevez mengakui sangat kecewa apabila sering diturunkan sebagai pemain gantian.
"Saya tidak fikir saya masih menjadi pemain Manchester United musim depan," kata Tevez kepada News World.
"Saya juga tidak fikir mahu kekal. Saya mahu tamatkan semua situasi ini.
"Saya akui ia begitu sukar untuk kekal di sini dalam tempoh yang panjang dan apa yang boleh saya katakan sekarang ialah mengucapkan selamat tinggal buat United."
Tevez mula menyertai United dari West Ham pada tahun 2007 dan telah menjaringkan 19 gol dalam 39 penampilan, termasuk membantu skuad Red Devils itu menjuarai trofi Liga Perdana England dan Liga Juara-Juara musim lalu.
Musim ini pula, dia telah beraksi dalam 32 perlawanan dan menjaringkan 13 gol, namun menegaskan bahawa kelab itu tidak pernah membuat tawaran kepadanya sebagai pemain tetap.
"Saya telah melakukan segala-galanya, namun mereka tidak mengemukakan kontrak tetap kepada saya. Jadi saya perlu meninggalkan kelab ini.
"Saya tidak fikir saya sepatutnya berada pada kedudukan ini sekarang dan apabila masanya tiba, maka kamu perlu pergi.
"Peminat menganggap saya seperti keluarga, namun United tidak memberikan kontrak kepada saya. Mereka juga tidak menghormati saya sebagai pemain bola sepak," tambahnya. - Reuters
![]() |
| NEVILLE (depan) dijangka memperkuatkan benteng pertahanan United malam ini. |
![]() |
| |
Dengan Piala Kelab-Kelab Dunia dan Piala Liga sudah dimenangi, United mahukan kemenangan pada final Liga Juara- Juara bertemu Barcelona, 27 Mei ini dan memerlukan tujuh mata daripada baki empat perlawanan liga untuk menjulang trofi Liga Perdana England buat kali ke-18.
Pertemuan setempat menentang Manchester City di Old Trafford malam ini merupakan perlawanan ke-63 dilalui United sepanjang musim ini dan mereka dilihat berada pada prestasi terbaik sele- pas menang lima perlawanan terakhir berturut-turut.
Biarpun memasuki bulan ke-10 pada kempen musim ini, pemain veteran United, Ryan Giggs berpendapat, tahap kekuatan pasukannya masih kekal tinggi sehingga kini.
"Pada ketika ini, kami perlu menempuhi perlawanan penting secara berteru- san dan kami cukup bersedia. Saya harap kami dapat mencapai prestasi terbaik pada perlawanan ini.
"Pengurus kami sudah tahu dia memerlukan sebuah skuad yang besar kerana perlu mengharungi banyak perlawanan. Kini dia telah menggunakan pemain yang dia ada," kata Giggs.
Biarpun tanpa Wes Brown yang terpaksa diketepikan musim ini akibat kecederaan kaki, Gary Neville bakal kembali beraksi malam ini bersama beberapa lagi tonggak utama seperti Carlos Tevez, Dimitar Berbatov dan Paul Scholes.
Pengurus United, Alex Ferguson turut bersetuju bahawa pasukannya berada pada kemuncak prestasi apabila keadaan memerlukan.
"Pasukan ini mencapai tahap terbaik mereka pada waktu yang tepat. Saya rasa pemain dapat menghidu setiap perlawanan penting itu dengan baik sekali.
"Mereka juga dilihat menyukai situasi seperti itu dan mereka berjaya lakukan- nya. Kini kami semakin dekat dengan dua lagi gelaran," kata Ferguson.
Sementara itu, pengurus City, Mark Hughes pula berasakan, ini adalah masa terbaik untuk beliau membuktikan sesuatu terhadap pasukan lamanya itu.
"Kami sudah empat perlawanan tanpa tewas dan akan ke Old Trafford dengan tahap percaya diri dan keyakinan yang tinggi.
"Itulah yang kami ada. Kami akan ber- aksi baik dan menang perlawanan ini. Kami begitu bersedia dan jika ditanya bilakah masa sesuai untuk kami ke Old Trafford, pasti jawapannya sekarang," kata Hughes. - AFP


Penyandang juara itu akan berkunjung ke Stadium Emirates dengan kelebihan satu gol selepas John O'Shea menjaringkan gol tunggal perlawanan ketika United menang 1-0 pada aksi separuh akhir pertama di Old Traf- ford kelmarin.
Walaupun gembira dengan persembahan anak buahnya kelmarin, namun Ferguson belum berani memberi jaminan mengenai peluang United untuk melangkah ke final di Rom bulan depan.
Beliau juga mengakui kesukaran yang bakal dilalui anak buahnya di Emirates nanti tetapi sedar kejayaan menjaringkan gol di stadium itu akan memberi kelebihan kepada mereka untuk beraksi di final.
"Secara keseluruhannya kami telah memperoleh peluang yang cukup baik," jelas pengendali dari Scotland itu.
"Apa yang lebih menyenangkan kami ialah kami telah mencuba dan berjaya memenangi perlawanan dengan kelebihan satu gol.
"Tahap prestasi pemain sangat baik dan kami mempunyai pemain yang mampu menjaringkan gol. Saya yakin kami akan menjadi satu anca- man kepada mereka di Emirates nanti tetapi secara peribadi, persaingan masih belum berakhir."

Baginya, situasi itu akan memberi kelebihan kepada Arsenal yang dijangka menurunkan barisan kedua menentang Portsmouth sebagai persiapan menghadapi aksi separuh akhir kedua Selasa ini.
"Kini, kelebihan lebih memihak kepada Arsenal. Mereka boleh menurunkan mana-mana pemain menentang Portsmouth kerana perlawanan itu tidak memberi makna kepada mereka," tambah Ferguson. - AFP

Semalam, jaringan Ryan Giggs dan Park Ji-sung membolehkan United mencatat kemenangan 2-0 ke atas Middlesbrough di Stadium Riverside.
Giggs yang membuat penampilan ke-801 bersama United menjaringkan gol pertama Red Devils pada minit ke-25 menerusi rembatan kaki kiri yang menuju tepat ke penjuru gawang tuan rumah.
Ji-sung mengukuhkan kedudukan apabila menjaringkan gol kedua United pada minit ke-51, juga menerusi rembatan kaki kiri setelah menerima hantaran Wayne Rooney.
Kemenangan itu membolehkan United kini mengumpul 80 mata dengan berbaki empat perlawanan untuk diharungi.
Pencabar terdekatnya, Liverpool yang juga telah beraksi 34 perlawanan, kini mengumpul 74 mata.

Malam ini, Liverpool berpeluang merapatkan jurang mata dengan United apabila bertemu Newcastle United.
Di atas kertas, United yang kini berkelebihan enam mata ke atas Liverpool hanya memerlukan dua lagi kemenangan bagi mengesahkan kejuaraan mereka.
Dalam pada itu, pengurus United, Alex Ferguson memuji penampilan Giggs dan Ji-sung.
"Saya tak rasa ramai pemain yang mampu lakukan seperti Park. Dia seorang yang bijak, tahu ke mana hendak berlari dan pandai mencari ruang. Dia seorang pemain yang hebat.
"Tentang Giggs, apa lagi yang saya boleh katakan. Dia seorang yang hebat. Jaringannya menjadi pemangkin kepada kemenangan ini," kata Ferguson. - Agensi

Kemenangan bakal menyaksikan United memiliki kelebihan enam mata berbanding Liverpool yang hanya akan turun beraksi menentang Newcastle United malam esok.
Ferguson dijangka merehatkan beberapa pemain utamanya seperti Cristiano Ronaldo, Wayne Rooney dan Michael Carrick yang beraksi ketika United menang tipis 1-0 ke atas Arsenal pada separuh akhir pertama Liga Juara-Juara, Rabu lalu.
Rio Ferdinand juga akan diketepikan akibat kecederaan di bahagian paru-paru manakala Paul Scholes, Park Ji-Sung, Nani, Darron Gibson, Jonny Evans, Wes Brown, Danny Welbeck dan Federico Macheda dijangka turun beraksi malam ini.
"Saya mempunyai barisan pemain yang perlu digunakan sepenuhnya. Posisi tengah dan serangan mungkin akan berubah sedikit untuk perlawanan ini.
"Saya akan bawa masuk beberapa pemain yang mendapat rehat tetapi saya tidak akan ubah posisi pertahanan kecuali Ferdinand yang cedera," katanya.

"Saya tidak rasa waktu ini sesuai kerana kami beraksi pada perlawanan yang kami mesti menang. Tetapi persembahan kami di tempat lawan begitu cemerlang dan saya harap kami dapat meneruskannya," ujar Ferguson.
Sementara itu, Middlesbrough tetap yakin mampu memberi kejutan kepada United meskipun hanya menang dua daripada 22 perlawanan terakhir mereka.
"Kami sentiasa dapat beraksi baik apabila berdepan pasukan hebat dan harap kami akan melakukannya sekali lagi. Kami perlu kompetitif dan kuat," kata pertahanan Middlesbrough, Robert Huth. - AFP
Status : married with two daughter
*Mudahkan urusan anda
*Renewal road tax dan insuran
*Terus ke pintu
*Premium insuran boleh dirunding
*6 bulan @ setahun @ budget pocket
*klang valley sahaja
call segera....En.Asmadi di talian 0196633543
-------------------------------------------------
Alpha Lipid Lifeline
Susu berkolostrum tinggi yg dapat menghasilkan antibodi
&membina semula sel-sel agar kembali kuat untuk melawan berbagai jenis penyakit.
Maklumat lanjut boleh terus ke link=Alpha Lipid Lifeline
| real estate website design |