
![]() |
| |
Toure menjadi perhatian United selepas bimbang dengan tahap kecergasan Owen Hargreaves.
Perancang England, Hargreaves hanya membuat 25 penampilan sejak menyertai Red Devils dari Bayern Munich dengan harga £17 juta (RM97 juta) dua tahun lalu.
Kini terdapat kebimbangan ke atas masa depannya selepas dia menjalani dua pembedahan lutut musim lepas.
Pengurus United, Alex Ferguson menegaskan, Hargreaves akan beraksi semula sebelum hujung tahun ini, namun dia dilaporkan berminat ke atas Toure yang mungkin dilepaskan Barcelona sekiranya perancang Liverpool, Javier Mascherano berhijrah ke kelab Catalan itu.
Sementara itu, United dilaporkan semakin hampir mendapatkan khidmat pemain sayap Bordeaux, Gabriel Obertan.
Presiden kelab Perancis itu, Jean-Louis Triaud memberitahu, satu persetujuan ke atas pemain berusia 20 tahun tersebut telah pun dicapai.
Triaud berkata: "Ada satu kebarangkalian yang kuat bahawa perjanjian ini akan diteruskan.
"United mahu mendapatkannya dan kami pula gembira untuk melihat Gabriel bermain bagi sebuah kelab berprestij seperti United.
"Kami akan membuat pengumuman rasmi apabila tiba masanya kelak." - Agensi
Status : married with two daughter
*Mudahkan urusan anda
*Renewal road tax dan insuran
*Terus ke pintu
*Premium insuran boleh dirunding
*6 bulan @ setahun @ budget pocket
*klang valley sahaja
call segera....En.Asmadi di talian 0196633543
-------------------------------------------------
Alpha Lipid Lifeline
Susu berkolostrum tinggi yg dapat menghasilkan antibodi
&membina semula sel-sel agar kembali kuat untuk melawan berbagai jenis penyakit.
Maklumat lanjut boleh terus ke link=Alpha Lipid Lifeline
| real estate website design |