Friday, July 17, 2009

Rancangan persaraan Scholes


SETAHUN saja lagi dan Paul Scholes boleh memakai jersi putih kriket, menghabiskan sepanjang hari membaca akhbar perlumbaan kuda 'Racing Post' dan jika ada masa terluang, menonton episod terbaru Mickey Mouse's Clubhouse dengan anak lelaki bongsunya, Aiden.

Ideanya mungkin agak gila walaupun hakikatnya pemain berusia 34 tahun itu amat mahu mempercepatkan jam bagi tempoh 12 bulan berikutnya, sekali gus menutup karier bertaraf legenda di Old Trafford.

"Saya tidak rasa isteri saya, Claire gembira jika saya mula bermain kriket walaupun saya mungkin memiliki lebih banyak masa bersama anak-anak pada setiap petang Sabtu dan Ahad," katanya.

Apabila persaraan menjenguk bekas pemain tengah England itu, dia tidak seperti kebanyakan pemain lain yang tidak tahu apa hendak dilakukan.

Scholes mempunyai rancangan. Keluarga, sedikit kejurulatihan dan harapnya, pengurusan, dan lebih banyak masa dengan kuda.

"Saya mempunyai empat kuda. Saya amat seronok dengan perlumbaan kuda dan saya sudah melakukannya bertahun-tahun, tapi saya hanya benar-benar terbabit apabila saya mengalami kecederaan mata pada 2006.

"Saya berehat empat bulan, jadi saya memutuskan untuk membeli beberapa ekor kuda.

"Saya memiliki seekor yang diberi nama Moscow Eight sempena kunjungan kami ke final di Moscow tahun lalu. Ia memenangi beberapa perlumbaan dan dijangka berlumba lagi dalam tempoh beberapa minggu akan datang.

"Moscow Eight kini diletakkan di tanah milik Michael Owen dan saya juga berkongsi dua kuda dengan Nicky Butt dan seekor dengan Michael dan Nicky.

"Tahun ini agak sibuk dan saya tidak banyak masa untuk menyaksikan perlumbaan mereka. Kami berjaya layak ke perlumbaaan di Chester selepas mengalahkan Arsenal pada separuh akhir Liga Juara-Juara, jadi ia memang hebat.

"Apa hebatnya? Saya hanya suka lihat kuda, menyaksikan mereka berlatih, menyaksikan bagaimana mereka memecut."

Dia menambah: "Saya tidak menolak membabitkan diri dalam bidang pengurusan. Lihat bagaimana dengan kejurulatihan dulu, tapi saya mahu menjadi seorang pengurus satu hari nanti.

"Saya rasa saya mampu menangani tekanan. Namun saya mahu menghabiskan lebih banyak masa bersama keluarga terlebih dulu kerana tahun ini lebih teruk daripada sebelumnya apabila kami sering ke luar negara."

Selepas tidak dijangka bersara daripada karier peringkat antarabangsa pada usia 29 tahun sesudah kegagalan pada Euro 2004, Scholes kini bertegas dengan keputusannya.

Steve McClaren dan pengurus England kini, Fabio Capello, cuba memujuk Scholes membuat pusingan U, tapi rayuan mereka ditolak dengan baik.

Alex Ferguson pernah mengakui Scholes 'degil' dan selepas mencadangkan musim panas lalu bahawa dia akan berundur daripada skuad United pada penghujung musim 2009-10, pemain itu sendiri mengakui kempen kali ini tidak mampu membuatkannya mengubah fikiran.

Dia menjaringkan 142 gol dalam 604 perlawanan bersama Red Devils dan tidak hairan dia memiliki halamannya sendiri dalam seksyen 'Legenda' dalam laman web rasmi United.


manchesterunited 7/17/2009 02:28:00 PM
_________________

DIE HARD FAN MANCHESTER UNITED

Status : married with two daughter
Location : Pantai Dalam,KL

MINE(:

My Daughter
My Multiply
My Wife
KICK OFF(:

;DMay 2006
;DAugust 2006
;DSeptember 2006
;DOctober 2006
;DNovember 2006
;DDecember 2006
;DJanuary 2007
;DFebruary 2007
;DMarch 2007
;DApril 2007
;DMay 2007
;DJuly 2007
;DAugust 2007
;DSeptember 2007
;DOctober 2007
;DNovember 2007
;DDecember 2007
;DJanuary 2008
;DFebruary 2008
;DMarch 2008
;DApril 2008
;DMay 2008
;DJuly 2008
;DSeptember 2008
;DOctober 2008
;DNovember 2008
;DDecember 2008
;DJanuary 2009
;DFebruary 2009
;DMarch 2009
;DApril 2009
;DMay 2009
;DJune 2009
;DJuly 2009
;DAugust 2009
;DSeptember 2009
;DOctober 2009
;DDecember 2009
;DJanuary 2010
;DFebruary 2010
;DMarch 2010
;DApril 2010
;DMay 2010
;DJune 2010
;DJuly 2010
;DAugust 2010
;DSeptember 2010
;DOctober 2010
;DNovember 2010
;DDecember 2010
;DJanuary 2011
;DFebruary 2011
;DMarch 2011
;DApril 2011
;DMay 2011
;DJune 2011
;DJuly 2011
;DAugust 2011
;DSeptember 2011
;DOctober 2011
;DDecember 2011
;DJanuary 2012
;DFebruary 2012
;DMarch 2012
;DApril 2012

Iklan(:

Renewal Road Tax&Insuran

*Mudahkan urusan anda
*Renewal road tax dan insuran
*Terus ke pintu
*Premium insuran boleh dirunding
*6 bulan @ setahun @ budget pocket
*klang valley sahaja

call segera....En.Asmadi di talian 0196633543
-------------------------------------------------

Alpha Lipid Lifeline

Susu berkolostrum tinggi yg dapat menghasilkan antibodi &membina semula sel-sel agar kembali kuat untuk melawan berbagai jenis penyakit. Maklumat lanjut boleh terus ke link=Alpha Lipid Lifeline

Nuffnang Advertise(:


HIT-COUNTER(:

website design company
real estate website design
cbox