Monday, May 18, 2009
Tevez kena tunggu dulu: Gill

MANCHESTER: Masa depan Carlos Tevez di Manchester United tidak akan selesai sehingga final Liga Juara-Juara, berikutan kelab itu masih berdepan kesulitan untuk mencapai perjanjian kekal.

Tempoh pinjaman dua tahun Tevez berakhir musim ini dan Ketua Pegawai Eksekutif United, David Gill berkata, kelab itu perlu membayar sekumpulan pelabur sekitar 25 juta pound (RM132.5 juta) untuk mendapatkan pemain itu.

Begitupun, semua itu tidak akan berlaku sehingga selepas juara bertahan Liga Juara-Juara itu menentang Barcelona di final pada 27 Mei ini.

“Situasi sebenar akan dapat dilihat pada awal Jun,” kata Gill kepada BBC. “Carlos sudah beraksi dengan cukup baik. Kami mahu dia kekal tetapi situasi membabitkan kewangan perlu diperjelaskan.”

Pengurus pasukan, Alex Ferguson, yang melahirkan rasa kurang senang berurusan dengan pihak ketiga, berkata United perlu mengambil kira krisis ekonomi dunia kerana ia membabitkan yuran yang tinggi.

“Permintaan awal yang dikemukakan kepada kami jelas tidak realistik,” kata Ferguson kepada akhbar The Sunday Times. “Seperti kelab lain, kami perlu melihat kepada kemampuan kewangan. Kami tidak boleh boros.

“Dalam kes Tevez, semua pihak akan menerima keuntungan jika sanggup bertolak ansur.”

Tevez kelihatan sudah mengucapkan selamat tinggal kepada penyokong United apabila dia dikeluarkan ketika seri 0-0 dengan Arsenal kelmarin, yang membolehkan kelab itu mencatat kejuaraan Liga Perdana Inggeris buat kali ketiga berturut-turut.

Dia turut menyatakan bahawa ia ‘sukar’ untuknya kekal di Old Trafford selepas mengadu ‘tidak dihormati’ ketika berdepan masalah kontrak itu.

Teves menyertai United dari West Ham pada permulaan musim 2007-8 dan terus menjadi tarikan penyokong United. Lebih daripada 1,000 penyokong berada di pintu keluar pengarah kelab dan terowong pemain, kelmarin, serta melontar tin bir sambil melaungkan “Fergie, tandatanganinya.”

Namun, perjanjian kekal itu bertambah sulit dengan hakikat hak kontrak Tevez dimiliki oleh sekumpulan pelabur, bukannya dimiliki kelab. - AP


manchesterunited 5/18/2009 07:02:00 AM
_________________

DIE HARD FAN MANCHESTER UNITED

Status : married with two daughter
Location : Pantai Dalam,KL

MINE(:

My Daughter
My Multiply
My Wife
KICK OFF(:

;DMay 2006
;DAugust 2006
;DSeptember 2006
;DOctober 2006
;DNovember 2006
;DDecember 2006
;DJanuary 2007
;DFebruary 2007
;DMarch 2007
;DApril 2007
;DMay 2007
;DJuly 2007
;DAugust 2007
;DSeptember 2007
;DOctober 2007
;DNovember 2007
;DDecember 2007
;DJanuary 2008
;DFebruary 2008
;DMarch 2008
;DApril 2008
;DMay 2008
;DJuly 2008
;DSeptember 2008
;DOctober 2008
;DNovember 2008
;DDecember 2008
;DJanuary 2009
;DFebruary 2009
;DMarch 2009
;DApril 2009
;DMay 2009
;DJune 2009
;DJuly 2009
;DAugust 2009
;DSeptember 2009
;DOctober 2009
;DDecember 2009
;DJanuary 2010
;DFebruary 2010
;DMarch 2010
;DApril 2010
;DMay 2010
;DJune 2010
;DJuly 2010
;DAugust 2010
;DSeptember 2010
;DOctober 2010
;DNovember 2010
;DDecember 2010
;DJanuary 2011
;DFebruary 2011
;DMarch 2011
;DApril 2011
;DMay 2011
;DJune 2011
;DJuly 2011
;DAugust 2011
;DSeptember 2011
;DOctober 2011
;DDecember 2011
;DJanuary 2012
;DFebruary 2012
;DMarch 2012
;DApril 2012

Iklan(:

Renewal Road Tax&Insuran

*Mudahkan urusan anda
*Renewal road tax dan insuran
*Terus ke pintu
*Premium insuran boleh dirunding
*6 bulan @ setahun @ budget pocket
*klang valley sahaja

call segera....En.Asmadi di talian 0196633543
-------------------------------------------------

Alpha Lipid Lifeline

Susu berkolostrum tinggi yg dapat menghasilkan antibodi &membina semula sel-sel agar kembali kuat untuk melawan berbagai jenis penyakit. Maklumat lanjut boleh terus ke link=Alpha Lipid Lifeline

Nuffnang Advertise(:


HIT-COUNTER(:

website design company
real estate website design
cbox