Monday, May 4, 2009

Perjuangan United masih belum berakhir



MANCHESTER - Pengurus Manchester United, Alex Ferguson mengingatkan anak buahnya agar berjuang habis-habisan pada aksi separuh akhir kedua minggu depan andai berhajat untuk melangkah ke perlawanan akhir Liga Juara-Juara musim ini.

Penyandang juara itu akan berkunjung ke Stadium Emirates dengan kelebihan satu gol selepas John O'Shea menjaringkan gol tunggal perlawanan ketika United menang 1-0 pada aksi separuh akhir pertama di Old Traf- ford kelmarin.

Walaupun gembira dengan persembahan anak buahnya kelmarin, namun Ferguson belum berani memberi jaminan mengenai peluang United untuk melangkah ke final di Rom bulan depan.

Beliau juga mengakui kesukaran yang bakal dilalui anak buahnya di Emirates nanti tetapi sedar kejayaan menjaringkan gol di stadium itu akan memberi kelebihan kepada mereka untuk beraksi di final.

"Secara keseluruhannya kami telah memperoleh peluang yang cukup baik," jelas pengendali dari Scotland itu.

"Apa yang lebih menyenangkan kami ialah kami telah mencuba dan berjaya memenangi perlawanan dengan kelebihan satu gol.

"Tahap prestasi pemain sangat baik dan kami mempunyai pemain yang mampu menjaringkan gol. Saya yakin kami akan menjadi satu anca- man kepada mereka di Emirates nanti tetapi secara peribadi, persaingan masih belum berakhir."


O'SHEA (tengah) diraikan rakan sepasukannya, Rio Ferdinand (kanan) dan Darren Fletcher selepas meledak gol tunggal United kelmarin.

Dalam pada itu, Ferguson kini perlu membuat persiapan rapi menjelang aksi Liga Perdana England menentang Middlesbrough esok, iaitu perla- wanan yang bakal menentukan peluang mereka untuk muncul juara liga musim ini.

Baginya, situasi itu akan memberi kelebihan kepada Arsenal yang dijangka menurunkan barisan kedua menentang Portsmouth sebagai persiapan menghadapi aksi separuh akhir kedua Selasa ini.

"Kini, kelebihan lebih memihak kepada Arsenal. Mereka boleh menurunkan mana-mana pemain menentang Portsmouth kerana perlawanan itu tidak memberi makna kepada mereka," tambah Ferguson. - AFP



manchesterunited 5/04/2009 09:10:00 AM
_________________

DIE HARD FAN MANCHESTER UNITED

Status : married with two daughter
Location : Pantai Dalam,KL

MINE(:

My Daughter
My Multiply
My Wife
KICK OFF(:

;DMay 2006
;DAugust 2006
;DSeptember 2006
;DOctober 2006
;DNovember 2006
;DDecember 2006
;DJanuary 2007
;DFebruary 2007
;DMarch 2007
;DApril 2007
;DMay 2007
;DJuly 2007
;DAugust 2007
;DSeptember 2007
;DOctober 2007
;DNovember 2007
;DDecember 2007
;DJanuary 2008
;DFebruary 2008
;DMarch 2008
;DApril 2008
;DMay 2008
;DJuly 2008
;DSeptember 2008
;DOctober 2008
;DNovember 2008
;DDecember 2008
;DJanuary 2009
;DFebruary 2009
;DMarch 2009
;DApril 2009
;DMay 2009
;DJune 2009
;DJuly 2009
;DAugust 2009
;DSeptember 2009
;DOctober 2009
;DDecember 2009
;DJanuary 2010
;DFebruary 2010
;DMarch 2010
;DApril 2010
;DMay 2010
;DJune 2010
;DJuly 2010
;DAugust 2010
;DSeptember 2010
;DOctober 2010
;DNovember 2010
;DDecember 2010
;DJanuary 2011
;DFebruary 2011
;DMarch 2011
;DApril 2011
;DMay 2011
;DJune 2011
;DJuly 2011
;DAugust 2011
;DSeptember 2011
;DOctober 2011
;DDecember 2011
;DJanuary 2012
;DFebruary 2012
;DMarch 2012
;DApril 2012

Iklan(:

Renewal Road Tax&Insuran

*Mudahkan urusan anda
*Renewal road tax dan insuran
*Terus ke pintu
*Premium insuran boleh dirunding
*6 bulan @ setahun @ budget pocket
*klang valley sahaja

call segera....En.Asmadi di talian 0196633543
-------------------------------------------------

Alpha Lipid Lifeline

Susu berkolostrum tinggi yg dapat menghasilkan antibodi &membina semula sel-sel agar kembali kuat untuk melawan berbagai jenis penyakit. Maklumat lanjut boleh terus ke link=Alpha Lipid Lifeline

Nuffnang Advertise(:


HIT-COUNTER(:

website design company
real estate website design
cbox