Tuesday, May 26, 2009
Park kebanggaan Korea Selatan

LONDON: Park Ji-Sung yang dianggap hero di negara kelahirannya, Korea Selatan, sudah lama menantikan peluang untuk menjadi pemain Asia pertama beraksi pada perlawanan akhir Liga Juara-Juara.

Pemain berusia 28 tahun yang beraksi di bahagian sayap mengatasi ‘kekecewaan terbesar dalam kariernya’ apabila Alex Perguson mengenepikannya daripada senarai utama United ketika mereka turun menentang Chelsea pada perlawanan akhir yang berlangsung di Moscow tahun lalu.

Setahun selepas itu, Ferguson memaklumkan kepada wartawan minggu lalu bahawa, Park sudah pasti akan diturunkan menentang Barcelona di Rome, esok. Walaupun wira yang tidak sanjung itu kurang diberi perhatian, peranannya sebagai pemain tetap penting seperti Wayne Rooney, Cristiano Ronaldo ataupun Rio Ferdinand.

Kemunculan Park pasti menggembirakan jutaan peminatnya di Korea Selatan dan seterusnya meningkatkan prestasi sebagai satu-satunya pemain yang berjaya mengatasi pelbagai halangan demi mencapai impiannya.

Terbaru dalam siri dokumentari yang disiarkan di Korea Selatan menyiarkan rancangan yang begitu menarik bagaimana dia berjuang berhabis-habisan mengatasi halangan sepanjang kariernya.

Park memberi tahu bagaimana keluarganya menambah makanan tambahan yang mengerikan seperti sup katak demi membantunya membentuk bentuk badan yang lebih baik selepas dia diketepikan daripada skuad junior kerana mereka merasakan dia tidak cukup besar dan bagaimana dia mendapatkan semula kepercayaan daripada penyokong PSV Eindhoven yang mengejeknya sewaktu dia tiba namun, akhirnya membuktikan dia mungkin seorang pemain yang terbaik yang pernah skuad itu miliki.

“Mereka berkata makanan itu baik untuk kesihatan saya agar menjadi lebih kuat dan saya makan apa saja yang boleh meningkatkan tahap kesihatan,” kata Park berhubung dokumentari sup itu.

“Ada beberapa kali saya termuntah kerana rasanya tapi masih teruskan kerana hati saya terlalu ingin menjadi seorang pemain bola sepak yang lebih baik berbanding daripada merasa makanan enak setiap hari.

“Saya rela melakukan apa saya untuk menjadi lebih baik.

Dia menghabiskan tiga musim di Jepun untuk bersama Kyoto Purple Sanga dan Guus Hiddink, yang kini berada di England sebagai pengurus Chelsea menyedari kualiti permainannya selepas membantu Korea Selatan mara ke suku akhir Piala Dunia 2002.

Park beraksi kesemua tujuh perlawanan dalam pertandingan itu sebelum menghabiskan tempoh tiga tahun di PSV dan membantu kelab raih kejuaraan berganda, Liga Belanda dan piala.

Dia seterusnya berpindah ke United pada 2005 dan Park mengukuhkan kedudukannya sebagai seorang pemain utama apabila diturunkan separuh daripada perlawanan United tahun lalu. - Reuters


manchesterunited 5/26/2009 10:40:00 AM
_________________

DIE HARD FAN MANCHESTER UNITED

Status : married with two daughter
Location : Pantai Dalam,KL

MINE(:

My Daughter
My Multiply
My Wife
KICK OFF(:

;DMay 2006
;DAugust 2006
;DSeptember 2006
;DOctober 2006
;DNovember 2006
;DDecember 2006
;DJanuary 2007
;DFebruary 2007
;DMarch 2007
;DApril 2007
;DMay 2007
;DJuly 2007
;DAugust 2007
;DSeptember 2007
;DOctober 2007
;DNovember 2007
;DDecember 2007
;DJanuary 2008
;DFebruary 2008
;DMarch 2008
;DApril 2008
;DMay 2008
;DJuly 2008
;DSeptember 2008
;DOctober 2008
;DNovember 2008
;DDecember 2008
;DJanuary 2009
;DFebruary 2009
;DMarch 2009
;DApril 2009
;DMay 2009
;DJune 2009
;DJuly 2009
;DAugust 2009
;DSeptember 2009
;DOctober 2009
;DDecember 2009
;DJanuary 2010
;DFebruary 2010
;DMarch 2010
;DApril 2010
;DMay 2010
;DJune 2010
;DJuly 2010
;DAugust 2010
;DSeptember 2010
;DOctober 2010
;DNovember 2010
;DDecember 2010
;DJanuary 2011
;DFebruary 2011
;DMarch 2011
;DApril 2011
;DMay 2011
;DJune 2011
;DJuly 2011
;DAugust 2011
;DSeptember 2011
;DOctober 2011
;DDecember 2011
;DJanuary 2012
;DFebruary 2012
;DMarch 2012
;DApril 2012

Iklan(:

Renewal Road Tax&Insuran

*Mudahkan urusan anda
*Renewal road tax dan insuran
*Terus ke pintu
*Premium insuran boleh dirunding
*6 bulan @ setahun @ budget pocket
*klang valley sahaja

call segera....En.Asmadi di talian 0196633543
-------------------------------------------------

Alpha Lipid Lifeline

Susu berkolostrum tinggi yg dapat menghasilkan antibodi &membina semula sel-sel agar kembali kuat untuk melawan berbagai jenis penyakit. Maklumat lanjut boleh terus ke link=Alpha Lipid Lifeline

Nuffnang Advertise(:


HIT-COUNTER(:

website design company
real estate website design
cbox