Friday, May 22, 2009
Park enggan kempunan lagi

MANCHESTER: Park Ji-Sung mengakui bahawa kehilangan peluang beraksi di perlawanan akhir Liga Juara-Juara lebih menyakitkan daripada dua kecederaan lutut serius yang pernah dialami sepanjang kariernya.

Justeru bintang Korea itu terdesak untuk berada dalam senarai pasukan Sir Alex Ferguson untuk perlawanan akhir kali ini untuk menentang Barcelona di Rome, minggu depan.

Ferguson menjelaskan keputusannya untuk menggugurkan Park daripada 18 pemain yang menyertai perlawanan akhir tahun lalu yang berakhir dengan kemenangan terhadap Chelsea di Moscow sebagai satu daripada keputusan paling sukar dilakukannya sejak lebih tiga tahun bertugas sebagai pengurus.

Bagaimanapun, Park terus mempamerkan persembahan konsisten bersama United musim ini dan sering terbabit dalam perlawanan penting bagi kelab Old Trafford itu.

Awal musim ini, Ferguson menegaskan bahawa Park akan berada dalam kesebelasan utamanya jika United sekali lagi mara ke perlawanan akhir Liga Juara-Juara.

Biarpun terus berwaspada mengenai prospek menentang Barcelona di Rome, dia amat merasai betapa hebatnya kekecewaan apabila digugurkan musim lalu.“Tiada siapa yang tahu sehinggalah wisel pertama ditiup, jadi saya hanya memberi tumpuan terhadap latihan dan menanti apa yang akan berlaku. Jika saya diberi peluang bermain, saya akan melakukan yang terbaik,” katanya.

Mengulas mengenai kekecewaannya musim lalu, dia berkata: “Saya begitu kecewa kerana semua pemain mahu terbabit dalam perlawanan seperti akhir Liga Juara-Juara. Jika mereka mempunyai peluang dan kemudian tidak beraksi, sudah tentu ia menyakitkan dan mengecewakan.

“Bagaimanapun, pasukan kami memenangi gelaran itu jadi saya gembira kerana menjadi sebahagian daripada pasukan tetapi tidak berada dalam pasukan amat mengecewakan saya.” - AFP


manchesterunited 5/22/2009 01:50:00 PM
_________________

DIE HARD FAN MANCHESTER UNITED

Status : married with two daughter
Location : Pantai Dalam,KL

MINE(:

My Daughter
My Multiply
My Wife
KICK OFF(:

;DMay 2006
;DAugust 2006
;DSeptember 2006
;DOctober 2006
;DNovember 2006
;DDecember 2006
;DJanuary 2007
;DFebruary 2007
;DMarch 2007
;DApril 2007
;DMay 2007
;DJuly 2007
;DAugust 2007
;DSeptember 2007
;DOctober 2007
;DNovember 2007
;DDecember 2007
;DJanuary 2008
;DFebruary 2008
;DMarch 2008
;DApril 2008
;DMay 2008
;DJuly 2008
;DSeptember 2008
;DOctober 2008
;DNovember 2008
;DDecember 2008
;DJanuary 2009
;DFebruary 2009
;DMarch 2009
;DApril 2009
;DMay 2009
;DJune 2009
;DJuly 2009
;DAugust 2009
;DSeptember 2009
;DOctober 2009
;DDecember 2009
;DJanuary 2010
;DFebruary 2010
;DMarch 2010
;DApril 2010
;DMay 2010
;DJune 2010
;DJuly 2010
;DAugust 2010
;DSeptember 2010
;DOctober 2010
;DNovember 2010
;DDecember 2010
;DJanuary 2011
;DFebruary 2011
;DMarch 2011
;DApril 2011
;DMay 2011
;DJune 2011
;DJuly 2011
;DAugust 2011
;DSeptember 2011
;DOctober 2011
;DDecember 2011
;DJanuary 2012
;DFebruary 2012
;DMarch 2012
;DApril 2012

Iklan(:

Renewal Road Tax&Insuran

*Mudahkan urusan anda
*Renewal road tax dan insuran
*Terus ke pintu
*Premium insuran boleh dirunding
*6 bulan @ setahun @ budget pocket
*klang valley sahaja

call segera....En.Asmadi di talian 0196633543
-------------------------------------------------

Alpha Lipid Lifeline

Susu berkolostrum tinggi yg dapat menghasilkan antibodi &membina semula sel-sel agar kembali kuat untuk melawan berbagai jenis penyakit. Maklumat lanjut boleh terus ke link=Alpha Lipid Lifeline

Nuffnang Advertise(:


HIT-COUNTER(:

website design company
real estate website design
cbox