
![]() VAN der Sar mengaku United goyah tanpa trio Wayne Rooney, Paul Scholes dan Nemanja Vidic. |
Tekad bangkit bertemu Villa selepas dibelasah Liverpool dan kalah kepada Fulham
MANCHESTER: Bintang Manchester United yang tersentak sejak kebelakangan ini, mengakui pertembungan Liga Perdana dengan Aston Villa di Old Trafford hari ini, sudah menjurus ke arah perlawanan hidup mati barisan Sir Alex Ferguson yang semakin goyah.
United, yang memiliki pendahuluan tujuh mata ke atas pencabar terdekatnya hanya tiga minggu lalu, kini sudah menyaksikan aura kekebalan mereka dilunturkan dengan kekalahan berturut-turut kepada Liverpool dan Fulham.
Liverpool muncul sebagai pasukan yang berada pada prestasi tinggi dan pemain United mengakui tidak mampu melakukan kesilapan lagi jika tidak mahu segala usaha keras mereka pada awal musim disia-siakan.
Dengan barisan Villa bimbingan Martin O’Neill bergelut untuk menemui prestasinya, dan tanpa kemenangan liga di Old Trafford sejak 1983, pemain tengah United, Michael Carrick dan penjaga gol, Edwin van der Sar mengakui mereka perlu kembali ke rentak kemenangan hari ini.
“Kami sudah lama tidak merasai kekalahan dalam liga sehinggakan apabila ia berlaku menentang Liverpool, ia adalah kejutan buat kami terutamanya apabila anda melihat rentetan kemenangan yang kami lalui dan persembahan kami.
![]() |
| Michael Carrick. |
“Tetapi anda akan tewas perlawanan sepanjang musim. Jarang sekali ia tidak berlaku. Kami perlu bangkit — kami pernah melakukannya dan kami akan melakukannya semula.
“Ia bukannya mengubah segala-galanya hanya kerana kami tewas beberapa perlawanan — kami perlu fokus terhadap apa yang kami lakukan dan berharap akan memulakan rentetan kemenangan,” kata Carrick.
Van der Sar, yang sudah bolos enam gol dalam dua perlawanan liga, menegaskan United — tanpa trio Wayne Rooney, Paul Scholes dan Nemanja Vidic yang digantung dan Dimitar Berbatov yang cedera — tidak boleh membenarkan diri mereka leka dengan kekalahan menentang Liverpool dan Fulham.
“Kami hanya tewas dua perlawanan dalam empat bulan. Secara keseluruhan, ia bukannya rekod buruk tetapi kerana penekanan diberikan kepada dua perlawanan terakhir, ia kelihatan teruk.
Status : married with two daughter
*Mudahkan urusan anda
*Renewal road tax dan insuran
*Terus ke pintu
*Premium insuran boleh dirunding
*6 bulan @ setahun @ budget pocket
*klang valley sahaja
call segera....En.Asmadi di talian 0196633543
-------------------------------------------------
Alpha Lipid Lifeline
Susu berkolostrum tinggi yg dapat menghasilkan antibodi
&membina semula sel-sel agar kembali kuat untuk melawan berbagai jenis penyakit.
Maklumat lanjut boleh terus ke link=Alpha Lipid Lifeline
| real estate website design |