Tuesday, April 7, 2009

United ada dendam


ROONEY kembali diturunkan pada aksi
menentang Porto pagi esok.

MANCHESTER - Manchester United akan turun dengan misi membalas dendam apabila berdepan Porto pada aksi suku akhir pertama Liga Juara-Juara pagi esok.

Selepas merampas kembali takhta Liga Perdana England hasil kejayaan dramatik 3-2 ke atas Aston Villa kelmarin, United kini mula mengalihkan tumpuan mereka kepada kempen Eropah.

Porto menyingkirkan United dalam kempen Liga Juara-Juara pada 2004 ketika kelab Portugal itu dibimbing Jose Mourinho.

Meskipun berjaya membalas dendam terhadap Mourinho dengan menyingkirkan pasukannya, Inter Milan pada pusingan kedua musim ini, United kini pastinya mahu meneruskan misi kedua mereka dengan menyingkirkan Porto.

United bakal diperkuatkan kembali dengan kehadiran Wayne Rooney, Scholes dan Nemanja Vidic yang terlepas aksi dengan Villa kelmarin ekoran penggantungan.

Park Ji-sung juga dijangka disenaraikan semula manakala situasi Ryan Giggs dan Rio Ferdinand yang cedera masih belum dipastikan.

"Saya tidak fikir pemain kami yang cedera akan diturunkan apabila berdepan Porto," kata Ferguson.

"Tetapi pemain yang digantung perlawanan sudah pasti akan diturunkan di mana ia satu berita baik.

"Vidic akan bergandingan dengan Jonny Evans di posisi pertahanan tengah manakala John O'Shea akan bermain di posisi pertahanan kanan.

"Rooney dan Scholes juga boleh beraksi dan ia memberi kami sedikit kelebihan untuk menyerang dan Ji-sung (Park) juga sudah bersedia dan ia memberi kami banyak pilihan.

"Kami telah mengkaji pasukan Porto. Saya telah melihat rakaman enam perlawanan terakhir mereka. Mereka pernah menewaskan Arsenal 2-0 musim ini dan bermain dengan baik.

"Lisandro Lopez adalah penyerang yang berbahaya. Saya masih ingat lagi kali terakhir ketika kami bertemu. Ia akan menjadi satu pertemuan yang sengit," tambahnya. - AFP



manchesterunited 4/07/2009 07:30:00 AM
_________________

DIE HARD FAN MANCHESTER UNITED

Status : married with two daughter
Location : Pantai Dalam,KL

MINE(:

My Daughter
My Multiply
My Wife
KICK OFF(:

;DMay 2006
;DAugust 2006
;DSeptember 2006
;DOctober 2006
;DNovember 2006
;DDecember 2006
;DJanuary 2007
;DFebruary 2007
;DMarch 2007
;DApril 2007
;DMay 2007
;DJuly 2007
;DAugust 2007
;DSeptember 2007
;DOctober 2007
;DNovember 2007
;DDecember 2007
;DJanuary 2008
;DFebruary 2008
;DMarch 2008
;DApril 2008
;DMay 2008
;DJuly 2008
;DSeptember 2008
;DOctober 2008
;DNovember 2008
;DDecember 2008
;DJanuary 2009
;DFebruary 2009
;DMarch 2009
;DApril 2009
;DMay 2009
;DJune 2009
;DJuly 2009
;DAugust 2009
;DSeptember 2009
;DOctober 2009
;DDecember 2009
;DJanuary 2010
;DFebruary 2010
;DMarch 2010
;DApril 2010
;DMay 2010
;DJune 2010
;DJuly 2010
;DAugust 2010
;DSeptember 2010
;DOctober 2010
;DNovember 2010
;DDecember 2010
;DJanuary 2011
;DFebruary 2011
;DMarch 2011
;DApril 2011
;DMay 2011
;DJune 2011
;DJuly 2011
;DAugust 2011
;DSeptember 2011
;DOctober 2011
;DDecember 2011
;DJanuary 2012
;DFebruary 2012
;DMarch 2012
;DApril 2012

Iklan(:

Renewal Road Tax&Insuran

*Mudahkan urusan anda
*Renewal road tax dan insuran
*Terus ke pintu
*Premium insuran boleh dirunding
*6 bulan @ setahun @ budget pocket
*klang valley sahaja

call segera....En.Asmadi di talian 0196633543
-------------------------------------------------

Alpha Lipid Lifeline

Susu berkolostrum tinggi yg dapat menghasilkan antibodi &membina semula sel-sel agar kembali kuat untuk melawan berbagai jenis penyakit. Maklumat lanjut boleh terus ke link=Alpha Lipid Lifeline

Nuffnang Advertise(:


HIT-COUNTER(:

website design company
real estate website design
cbox