

![]() |
| FERGUSON anggap peluang anak buahnya pertahankan trofi Liga Juara-Juara masihbelum berakhir. |
![]() |
| |
Sebaliknya, United mahu mempertahankan trofi yang dimenangi mereka itu musim ini.
Begitupun, tugas United dilihat tidak semudah yang dijangka kerana mereka akan berdepan kelab Portugal, FC Porto pada aksi suku akhir kedua Liga Juara- Juara di Stadium Dragao awal pagi esok.
Untuk rekod, belum ada mana-mana pasukan dari England yang berjaya menewaskan Porto di Dragao selepas 12 kali percubaan.
Biarpun sekadar membawa bekalan keputusan seri 2-2 pada aksi pertama di Old Trafford minggu lalu, pemain tengah United, Michael Carrick menegaskan, mereka tetap memiliki keazaman tinggi untuk mengekalkan kejuaraan Eropah.
"Kami merupakan juara bertahan Liga Perdana England dan Liga Juara-Juara. Jadi kami tak mahu ia terlepas kepada pasukan lain.
"Lagipun skuad kami kali ini mempunyai keazaman yang lebih berbanding musim lalu untuk kekal berada di puncak. Kami boleh kalahkan sesiapa pada hari terbaik kami.
"Jadi kami akan ke Portugal dengan keyakinan dan percaya akan berjaya memenangi perlawanan ini," kata Carrick.
Sementara itu, pengurus United, Alex Ferguson menganggap situasi ketika mereka tewas 1-2 di tangan Porto lima tahun lalu adalah berbeza dengan keadaan ketika ini.
"Ia hal yang berbeza sekarang kerana mereka (Porto) sudah mengambil pemain-pemain dari Brazil dan Argentina. Pasukan mereka lebih kuat.
"Tetapi Porto juga pasti ada hari serba tidak menjadi mereka. Mereka pernah tewas di tempat sendiri kepada Dynamo Kiev dan tewas kepada Arsenal di Stadium Emirates musim ini," jelas Fergu- son.
Selepas bertemu Porto awal pagi esok, United sekali lagi berdepan cabaran getir apabila berdepan Everton pada separuh akhir Piala FA di Stadium Wembley, Ahad ini. - Agensi
Status : married with two daughter
*Mudahkan urusan anda
*Renewal road tax dan insuran
*Terus ke pintu
*Premium insuran boleh dirunding
*6 bulan @ setahun @ budget pocket
*klang valley sahaja
call segera....En.Asmadi di talian 0196633543
-------------------------------------------------
Alpha Lipid Lifeline
Susu berkolostrum tinggi yg dapat menghasilkan antibodi
&membina semula sel-sel agar kembali kuat untuk melawan berbagai jenis penyakit.
Maklumat lanjut boleh terus ke link=Alpha Lipid Lifeline
| real estate website design |