

Malam esok, United akan berdepan Everton pada aksi separuh akhir Piala FA di Stadium Wembley dan Rooney beranggapan, dia mampu beraksi cemerlang jika dikecam penyokong Everton.
Rooney begitu dibenci penyokong Everton kerana dia menyertai United biarpun pernah berikrar akan selama-lamanya menyarung jersi Everton.
"Segala kutukan dan ejekan akan membuatkan saya mahu melakukan yang lebih baik. Ia tidak terlalu mengganggu kerana saya sudah menjangkakannya setiap kali berdepan Everton," kata Rooney.
Penyerang England berusia 23 tahun itu yang menyertai United pada 2004 mengakui, perasaannya berbelah bagi setiap kali berdepan kelab lamanya itu.
"Memang saya rasa janggal setiap kali menentang Everton kerana ia adalah kelab yang saya sokong sejak kecil dan kemudian menjadi pemain kelab itu.
"Tetapi saya tetap berharap United akan melangkah ke final," jelas Rooney.
Sementara itu, pengurus Everton, David Moyes mendakwa, pengadil pertemuan kedua-dua pasukan itu nanti, Mike Riley yang menggantikan Steve Bennett yang sakit adalah merupakan penyokong United.
Namun jurucakap Persatuan Bola Sepak (FA) England membalas: "Mike Riley adalah salah seorang pengadil utama kami. Kami yakin dia akan menjalankan tugas dengan baik Ahad ini (esok)." - Agensi
Status : married with two daughter
*Mudahkan urusan anda
*Renewal road tax dan insuran
*Terus ke pintu
*Premium insuran boleh dirunding
*6 bulan @ setahun @ budget pocket
*klang valley sahaja
call segera....En.Asmadi di talian 0196633543
-------------------------------------------------
Alpha Lipid Lifeline
Susu berkolostrum tinggi yg dapat menghasilkan antibodi
&membina semula sel-sel agar kembali kuat untuk melawan berbagai jenis penyakit.
Maklumat lanjut boleh terus ke link=Alpha Lipid Lifeline
| real estate website design |