
LONDON - Alex Ferguson mempertahankan tindakannya membariskan barisan muda dalam separuh akhir menentang Everton, kelmarin kerana ia akan menguntungkan Manchester United dari segi perancangan jangka panjang.
Ferguson yang berjanji bahawa skuadnya akan kembali dalam kekuatan sebenar dalam saingan liga menentang Portsmouth minggu ini, mengakui terpaksa mengubah pelan asal dengan melakukan lebih banyak pertukaran selepas mengambil kira impak padang Wembley ke atas pemain Arsenal dan Chelsea sebelum itu.
Kelmarin, pengurus itu melakukan pertukaran lapan pemain yang menewaskan FC Porto, empat hari lalu dengan pemain mentah dan muda.
Bagaimanapun, beliau memberi jaminan bahawa semua nama-nama besar dalam United akan beraksi menentang Portsmouth, esok termasuk Wayne Rooney yang cedera buku lali.
Ferguson juga mendakwa, keputusan seri 0-0, kelmarin sehingga mendorong kepada penentuan sepakan penalti sebenarnya menyerlahkan pasukan muda itu tetapi keputusan suram itu tidak akan menjejaskan usahanya untuk menjulang gelaran Liga Perdana dan Liga Juara-Juara.
''Kami membuat pilihan pemain yang rapi kelmarin. Namun, selepas saya melihat kualiti padang, saya tidak mahu mengambil risiko dalam masa tambahan dengan menurunkan pasukan kuat.
''Jadi, kami terpaksa mengambil keputusan menurunkan pemain muda yang bersemangat, kuat serta penuh keyakinan.
''Kelab ini diwujudkan juga untuk memberi peluang kepada pemain muda dan mereka mendapatnya dan tidaklah mengecewakan.
''Saya bangga dan puas hati dengan mereka, cumanya apa yang mengecewakan ialah mereka kalah. Everton tidak membuat pertukaran tetapi gagal mencari gol.
''Memang sedih kalah dalam saingan separuh akhir. Namun, saya perlu mengetepikannya kerana kami mempunyai perlawanan penting esok, Sabtu dan Ahad.
''Apa yang mengejutkan saya ialah kemampuan pemain muda terutamanya Marcheda dan Danny Wellbeck,'' ujarnya.
Ketika Ferguson 'berkabung' atas kekalahan pertama United dalam saingan separuh akhir Piala FA sejak 1970, pengurus Everton, David Moyes pula menyifatkan kejayaan anak-anak buahnya bakal mengulangi penampilan kali terakhir pasukan itu dalam babak akhir pada tahun 1995.
Moyes percaya, prestasi Everton kelmarin akan menjadi batu loncatan kepada kebangkitan semula kelab tersebut pada masa akan datang.
''Bagi peminat Everton, kejayaan semalam amat hebat dan pengorbanan pemain berbaloi. Kami gigih mencari kemenangan dan sekarang kami tidak begitu jauh dengannya (juara),'' kata Moyes. - AFP
Status : married with two daughter
*Mudahkan urusan anda
*Renewal road tax dan insuran
*Terus ke pintu
*Premium insuran boleh dirunding
*6 bulan @ setahun @ budget pocket
*klang valley sahaja
call segera....En.Asmadi di talian 0196633543
-------------------------------------------------
Alpha Lipid Lifeline
Susu berkolostrum tinggi yg dapat menghasilkan antibodi
&membina semula sel-sel agar kembali kuat untuk melawan berbagai jenis penyakit.
Maklumat lanjut boleh terus ke link=Alpha Lipid Lifeline
| real estate website design |