Monday, April 13, 2009

Macheda miliki sesuatu yang cukup luar biasa


MACHEDA permata baru dalam skuad United.

LONDON - Pengurus Manchester United, Alex Ferguson menganggap Federico Macheda sebagai 'sesuatu yang istimewa' selepas pemain muda Itali itu menyelamatkan maruah Red Devils pada aksi Liga Perdana England kelmarin.

Pemain berusia 17 tahun itu mempamerkan sentuhan ajaibnya untuk membantu United menewaskan Sunderland 2-1, sekali gus mengukuhkan kedudukan selaku pendahulu liga.

Dia yang masuk sebagai pemain gantian bijak menampan percubaan Michael Carrick dengan sentuhan pertamanya pada minit ke-76.

Sebelum itu, pemain Sunderland, Kenwyne Jones berjaya menyamakan kedudukan 1-1 selepas Paul Scholes meletakkan United di hadapan pada minit ke-19.

Minggu lalu, Macheda turut meledak gol kemenangan United yang menang 3-2 ke atas Aston Villa.

Bagi Ferguson, dia jelas sekali memuji aksi pemain mudanya itu yang mana memberi tiga mata berharga buat Red Devils selepas pencabar terdekat Liverpool menang besar 4-0 ke atas Blackburn.

"Budak itu memiliki sesuatu yang istimewa dalam dirinya. Saya tidak nampak gol itu, tapi salah seorang pemain kata dia benar-benar menyepaknya," kata Ferguson.

"Dia hanya menyentuhnya sedikit ketika bola melepasinya. Itulah tindakan bijak dan fikiran pantas yang perlu ada pada seseorang penyerang. Dia memang ada naluri tersebut."

Pengurus United itu juga mendedahkan bahawa pemain kelahiran Itali itu menjalankan tugasnya dengan baik.

"Dia tahu apa yang perlu dia lakukan. Kami mahu dia menyusup masuk kotak penalti dengan melepasi pertahanan mereka," tambahnya.

"Dia memiliki pergerakan yang bagus, ada kepantasan dalam pergerakannya dan itulah yang dia tunjukkan ketika dia dimasukkan."

- Agensi



manchesterunited 4/13/2009 11:35:00 AM
_________________

DIE HARD FAN MANCHESTER UNITED

Status : married with two daughter
Location : Pantai Dalam,KL

MINE(:

My Daughter
My Multiply
My Wife
KICK OFF(:

;DMay 2006
;DAugust 2006
;DSeptember 2006
;DOctober 2006
;DNovember 2006
;DDecember 2006
;DJanuary 2007
;DFebruary 2007
;DMarch 2007
;DApril 2007
;DMay 2007
;DJuly 2007
;DAugust 2007
;DSeptember 2007
;DOctober 2007
;DNovember 2007
;DDecember 2007
;DJanuary 2008
;DFebruary 2008
;DMarch 2008
;DApril 2008
;DMay 2008
;DJuly 2008
;DSeptember 2008
;DOctober 2008
;DNovember 2008
;DDecember 2008
;DJanuary 2009
;DFebruary 2009
;DMarch 2009
;DApril 2009
;DMay 2009
;DJune 2009
;DJuly 2009
;DAugust 2009
;DSeptember 2009
;DOctober 2009
;DDecember 2009
;DJanuary 2010
;DFebruary 2010
;DMarch 2010
;DApril 2010
;DMay 2010
;DJune 2010
;DJuly 2010
;DAugust 2010
;DSeptember 2010
;DOctober 2010
;DNovember 2010
;DDecember 2010
;DJanuary 2011
;DFebruary 2011
;DMarch 2011
;DApril 2011
;DMay 2011
;DJune 2011
;DJuly 2011
;DAugust 2011
;DSeptember 2011
;DOctober 2011
;DDecember 2011
;DJanuary 2012
;DFebruary 2012
;DMarch 2012
;DApril 2012

Iklan(:

Renewal Road Tax&Insuran

*Mudahkan urusan anda
*Renewal road tax dan insuran
*Terus ke pintu
*Premium insuran boleh dirunding
*6 bulan @ setahun @ budget pocket
*klang valley sahaja

call segera....En.Asmadi di talian 0196633543
-------------------------------------------------

Alpha Lipid Lifeline

Susu berkolostrum tinggi yg dapat menghasilkan antibodi &membina semula sel-sel agar kembali kuat untuk melawan berbagai jenis penyakit. Maklumat lanjut boleh terus ke link=Alpha Lipid Lifeline

Nuffnang Advertise(:


HIT-COUNTER(:

website design company
real estate website design
cbox