
![]() |
| RIBERY |
![]() |
| KAKA |
Ketika spekulasi mengenai Ronaldo dan kelab gergasi Sepanyol itu masih belum reda, media di Britain mencetuskan isu baru dengan mendedahkan bahawa Kaka mungkin akan menggantikan bintang Portugal itu di Old Trafford.
Menurut laporan, pengurus United, Alex Ferguson sudah sedia untuk membelanjakan £70 juta (RM385.7 juta) bagi perancangannya itu sekiranya Ronaldo minta untuk dilepaskan ke Real Madrid.
Red Devils akan menggunakan wang daripada apa yang dijangka sebagai rekod perpindahan termahal dunia ke atas pemain sayap itu untuk mendapatkan Kaka dari AC Milan dan juga perancang Bayern Munich, Franck Ribery.
Begitupun, terdapat juga akhbar yang tidak bersetuju dengan berita tersebut dengan melaporkan bahawa pengurus Red Devils, Alex Ferguson menganggap perbincangan terbaru mengenai Ronaldo itu sebagai karut semata- mata.
Spekulasi lain pula mengatakan bahawa pengurus Arsenal, Arsene Wenger kini berminat untuk mendapatkan bintang yang disisihkan Liverpool, Ryan Babel dengan harga £9 juta (RM50 juta).
Babel yang menyertai The Reds dari Ajax dengan harga £11.5 juta (RM63.8 juta) pada 2007, dikatakan bertelagah dengan pengurus- nya, Rafael Benitez sebelum pertemuan dengan Blackburn minggu lepas dan dia juga sanggup untuk berpindah ke Emirates.
Lebih menarik, ada juga laporan yang mendedahkan, legenda Liverpool, Kenny Dalglish akan kembali semula ke Anfield untuk membantu bekas pasukannya itu menamatkan kemarau 19 tahun kejayaan mereka dalam Liga Perdana England.
Dalglish dikatakan telah pun mengadakan berbincang dengan Benitez mengenai kepulangannya ke Merseyside dan dijangka memainkan peranan yang besar dalam membantu sistem kejurulatihan Liverpool.
- Agensi
Status : married with two daughter
*Mudahkan urusan anda
*Renewal road tax dan insuran
*Terus ke pintu
*Premium insuran boleh dirunding
*6 bulan @ setahun @ budget pocket
*klang valley sahaja
call segera....En.Asmadi di talian 0196633543
-------------------------------------------------
Alpha Lipid Lifeline
Susu berkolostrum tinggi yg dapat menghasilkan antibodi
&membina semula sel-sel agar kembali kuat untuk melawan berbagai jenis penyakit.
Maklumat lanjut boleh terus ke link=Alpha Lipid Lifeline
| real estate website design |