Friday, April 17, 2009

Fergie tak sabar temu Arsenal


RONALDO (kiri) meraikan jaringan bersama, Wayne Rooney dalam saingan suku akhir kedua bertemu Porto di Stadium Dragon, kelmarin. United menang 1-0 dan layak dengan agregat 3-2.

United jadi kelab Inggeris pertama menang di Porto

PORTO: Pengurus Manchester United, Sir Alex Ferguson meramalkan satu 'pertarungan hangat' antara dua kelab Inggeris apabila mereka menentang Arsenal nanti selepas anak didiknya menyingkirkan Porto 1-0 dalam saingan suku akhir kedua Liga Juara-Juara Eropah, awal pagi semalam.

Juara bertahan Eropah itu muncul kelab Inggeris pertama untuk merakamkan kemenangan di Porto dan akan bertemu skuad Arsene Wenger dalam saingan separuh akhir pada 29 April ini untuk mengesahkan tiket ke final di Rome, bulan depan.

Dalam saingan di Stadium Emirates, Arsenal mudah membenamkan Villarreal dari Sepanyol 3-0 untuk layak atas agregat 4-1.

“Ia pasti sukar tidak kira siapa kami bertemu, tetapi hakikat bahawa satu lagi pasukan Inggeris memberikan keseronokan berbeza,” kata Ferguson. “Pertemuan kami pada awal musim akan menakjubkan. Itu sepatutnya cara bola sepak dimainkan.

“Kami ada dua pasukan bola sepak yang hebat. Ia menjanjikan pertemuan separuh akhir menarik dan kami tidak sabar menanti.”

United harus berterima kasih kepada bintang Portugal, Ronaldo yang meledakkan rembatan menakjubkan dari jarak 35 meter membantu United melakar kemenangan untuk mara dengan agregat 3-2.

Ferguson mengakui dia bersedia menerima kemenangan dengan jaringan kecil apabila Gunners berkunjung ke Old Trafford untuk perlawanan pertama, 29 April ini.

Walaupun pengurus berbangsa Scotland ini memuji pencabarnya, kedua-dua kelab ini jarang memiliki hubungan mesra, termasuk paling dikenang ialah insiden yang digelar “pizzagate” pada 2004 apabila pemain Arsenal melontar pizza ke arah Ferguson selepas United secara kontroversi menamatkan rekod 49 perlawanan tanpa kalah kelab itu. - AFP



manchesterunited 4/17/2009 10:18:00 AM
_________________

DIE HARD FAN MANCHESTER UNITED

Status : married with two daughter
Location : Pantai Dalam,KL

MINE(:

My Daughter
My Multiply
My Wife
KICK OFF(:

;DMay 2006
;DAugust 2006
;DSeptember 2006
;DOctober 2006
;DNovember 2006
;DDecember 2006
;DJanuary 2007
;DFebruary 2007
;DMarch 2007
;DApril 2007
;DMay 2007
;DJuly 2007
;DAugust 2007
;DSeptember 2007
;DOctober 2007
;DNovember 2007
;DDecember 2007
;DJanuary 2008
;DFebruary 2008
;DMarch 2008
;DApril 2008
;DMay 2008
;DJuly 2008
;DSeptember 2008
;DOctober 2008
;DNovember 2008
;DDecember 2008
;DJanuary 2009
;DFebruary 2009
;DMarch 2009
;DApril 2009
;DMay 2009
;DJune 2009
;DJuly 2009
;DAugust 2009
;DSeptember 2009
;DOctober 2009
;DDecember 2009
;DJanuary 2010
;DFebruary 2010
;DMarch 2010
;DApril 2010
;DMay 2010
;DJune 2010
;DJuly 2010
;DAugust 2010
;DSeptember 2010
;DOctober 2010
;DNovember 2010
;DDecember 2010
;DJanuary 2011
;DFebruary 2011
;DMarch 2011
;DApril 2011
;DMay 2011
;DJune 2011
;DJuly 2011
;DAugust 2011
;DSeptember 2011
;DOctober 2011
;DDecember 2011
;DJanuary 2012
;DFebruary 2012
;DMarch 2012
;DApril 2012

Iklan(:

Renewal Road Tax&Insuran

*Mudahkan urusan anda
*Renewal road tax dan insuran
*Terus ke pintu
*Premium insuran boleh dirunding
*6 bulan @ setahun @ budget pocket
*klang valley sahaja

call segera....En.Asmadi di talian 0196633543
-------------------------------------------------

Alpha Lipid Lifeline

Susu berkolostrum tinggi yg dapat menghasilkan antibodi &membina semula sel-sel agar kembali kuat untuk melawan berbagai jenis penyakit. Maklumat lanjut boleh terus ke link=Alpha Lipid Lifeline

Nuffnang Advertise(:


HIT-COUNTER(:

website design company
real estate website design
cbox