Saturday, April 4, 2009

C.Ronaldo ke Real Madrid?


RONALDO dapat tawaran perpindahan RM397.5 juta dari Real termasuk bayaran pendahuluan lebih RM265 juta serta gaji mencecah lebih RM1.06 juta seminggu.

United tetap nafi wujud perjanjian jual Pemain Terbaik Eropah dan Dunia

MANCHESTER: Real Madrid percaya akan akhirnya melengkapkan perpindahan Cristiano Ronaldo daripada Manchester United dengan rekod perpindahan bernilai £75 juta (RM397.5 juta), musim panas nanti.

Kelab gergasi Sepanyol itu difahamkan kini begitu pasti kerana mereka mempunyai asas perjanjian dengan pemain dan kelab juara England serta Eropah itu.

United pula bagaimanapun terus menafikan wujudnya perjanjian sebegitu dan kekal dengan pendirian bahawa Ronaldo tidak akan dijual.

Cuma bezanya, beberapa ejen utama Eropah kini yakin tentangan United akan akhirnya runtuh dalam tempoh beberapa minggu lagi dan perpindahan termahal dalam sejarah bola sepak Inggeris akan akhirnya terlaksana pada penghujung musim.

Ronaldo memang mengidamkan perpindahan ke Santiago Bernabeu sejak 18 bulan lalu dan hanya bersetuju untuk kekal di Old Trafford selepas campur tangan peribadi pengurus, Sir Alex Ferguson, tahun lalu.

Tetapi memang dijangkakan bahawa Madrid akan kembali untuk memikat Pemain Terbaik Eropah dan Dunia itu dengan kelab itu, sekurang-kurangnya ketika ini, memiliki keyakinan padu Ronaldo akan jadi bintang terbaru menyarung jersi serba putih kelab termasyhur di Sepanyol itu.

Tawaran Madrid termasuk yuran perpindahan berjumlah £75 juta - termasuk bayaran pendahuluan berjumlah lebih £50 juta (RM265 juta) serta gaji mencecah angka lebih £200,000 (RM1.06 juta) seminggu buat Ronaldo. Mereka percaya tawaran itu kini mampu diterima United dan pemain berkenaan.

Berita itu pastinya mengganggu peminat-peminat United, tetapi tidak lagi mengejutkan mereka.

Ronaldo menikmati musim produktif di United sejak kembali daripada kecederaan pergelangan kaki yang melengahkan kempennya musim ini, tetapi dia tidak lagi sama seperti tunjang pencetus semangat ketika mengepalai pasukan memenangi gelaran berganda Liga Perdana dan Liga Juara-juara Eropah, musim lalu.

Malah baru-baru ini wujud kebimbangan di Old Trafford bahawa Ronaldo, yang dibeli dengan harga £12 juta (RM63.6 juta) daripada Sporting Lisbon pada 2003, mungkin menamatkan aksinya di England ekoran kerap jadi sasaran bentesan keras pemain pertahanan lawan pada setiap minggu. - DM


manchesterunited 4/04/2009 11:06:00 AM
_________________

DIE HARD FAN MANCHESTER UNITED

Status : married with two daughter
Location : Pantai Dalam,KL

MINE(:

My Daughter
My Multiply
My Wife
KICK OFF(:

;DMay 2006
;DAugust 2006
;DSeptember 2006
;DOctober 2006
;DNovember 2006
;DDecember 2006
;DJanuary 2007
;DFebruary 2007
;DMarch 2007
;DApril 2007
;DMay 2007
;DJuly 2007
;DAugust 2007
;DSeptember 2007
;DOctober 2007
;DNovember 2007
;DDecember 2007
;DJanuary 2008
;DFebruary 2008
;DMarch 2008
;DApril 2008
;DMay 2008
;DJuly 2008
;DSeptember 2008
;DOctober 2008
;DNovember 2008
;DDecember 2008
;DJanuary 2009
;DFebruary 2009
;DMarch 2009
;DApril 2009
;DMay 2009
;DJune 2009
;DJuly 2009
;DAugust 2009
;DSeptember 2009
;DOctober 2009
;DDecember 2009
;DJanuary 2010
;DFebruary 2010
;DMarch 2010
;DApril 2010
;DMay 2010
;DJune 2010
;DJuly 2010
;DAugust 2010
;DSeptember 2010
;DOctober 2010
;DNovember 2010
;DDecember 2010
;DJanuary 2011
;DFebruary 2011
;DMarch 2011
;DApril 2011
;DMay 2011
;DJune 2011
;DJuly 2011
;DAugust 2011
;DSeptember 2011
;DOctober 2011
;DDecember 2011
;DJanuary 2012
;DFebruary 2012
;DMarch 2012
;DApril 2012

Iklan(:

Renewal Road Tax&Insuran

*Mudahkan urusan anda
*Renewal road tax dan insuran
*Terus ke pintu
*Premium insuran boleh dirunding
*6 bulan @ setahun @ budget pocket
*klang valley sahaja

call segera....En.Asmadi di talian 0196633543
-------------------------------------------------

Alpha Lipid Lifeline

Susu berkolostrum tinggi yg dapat menghasilkan antibodi &membina semula sel-sel agar kembali kuat untuk melawan berbagai jenis penyakit. Maklumat lanjut boleh terus ke link=Alpha Lipid Lifeline

Nuffnang Advertise(:


HIT-COUNTER(:

website design company
real estate website design
cbox