Tuesday, April 21, 2009

Akhbar kritik strategi pincang Ferguson


KETUA pasukan Manchester United, Rio Ferdinand (kiri) berjalan longlai ke arah rakan sepasukannya yang turut kecewa selepas gagal menyempurnakan sepakan penalti kedua ketika membuat penentuan dengan Everton pada separuh akhir Piala FA di Stadium Wembley, kelmarin. United tewas 2-4 pada penentuan sepakan penalti itu selepas diikat tanpa jaringan dalam 90 minit permainan sebenar dan 30 minit masa tambahan. - REUTERS

LONDON - Alex Ferguson tidak perlu menyalahkan orang lain tetapi dirinya sendiri selepas Manchester United tewas dalam perlawanan separuh akhir Piala FA menentang Everton, ulas akhbar-akhbar harian di sini, kelmarin.

Pengulas media berkata, tindakan pengurus United itu membariskan pemain simpanan dan merehatkan pemain utama menjelang perlawanan Liga Perdana England minggu ini menentang Portsmouth, terpaksa dibayar dengan harga mahal untuk memenangi lima piala.

Ferguson telah melakukan lapan pertukaran dari barisan utama yang mengalahkan FC Porto empat hari lalu dan membariskan pemain muda serta pemain yang sering dipinggirkan sebelum ini.

"Manchester United, telah menyusahkan diri sendiri menyebabkan mereka tewas. Dalam situasi yang pelik ini, mereka tidak boleh hanya mengawal satu kejohanan sahaja sambil mengekalkan pemain lain untuk dua kejohanan lagi yang masih terbuka buat mereka.

"Ini adalah fungsi kepada perancangan utama dan strateginya untuk memenangi lima piala seperti dikoyak-koyak dan dimasukkan ke dalam bakul sampah.

"Perkataan untuk memenangi lima kejuaraan sekarang ini lenyap dari sejarah bola sepak sepantas apabila ia mula-mula muncul," lapor The Guardian.

Ia seperti memberi maksud yang jelas apa yang akan terjadi dalam saingan Piala FA pada masa akan datang, Ferguson begitu bersedia untuk memperjudikan nasibnya merebut gelaran.

"Banyak perkara yang dilakukan sejak beberapa tahun kebelakangan ini untuk melakukan keajaiban dalam Piala FA tetapi, kelmarin Fergie telah melakukan yang terbaik untuk meletakkannya semula dalam bayang-bayang," kata Daily Mirror.

Laporan The Daily Telegraph pula: "Pada mulanya melihat barisan pemain yang diletakkan United, ia seperti Ferguson membariskan pasukan untuk perlawanan separuh akhir Piala FA remaja, bukan untuk memberi cabaran menempatkan diri dalam perlawanan akhir piala yang tertua di dalam dunia.

"Ferguson sebelum ini melayang saingan piala itu dengan penghormatan tinggi dan tidak pernah tewas dalam lapan perlawanan separuh akhir sebelum ini.''

Dari sudut positif, The Times berkata, ia memberi peluang kepada pengurus David Moyes untuk menyinar.

"Bagi sesetengah dari mereka, ia mungkin akan meninggalkan kenangan pahit tetapi ia membolehkan kami melihat apa sebenarnya Piala FA kepada pemain, jurulatih dan penyokong Everton," katanya. - AFP



manchesterunited 4/21/2009 07:30:00 AM
_________________

DIE HARD FAN MANCHESTER UNITED

Status : married with two daughter
Location : Pantai Dalam,KL

MINE(:

My Daughter
My Multiply
My Wife
KICK OFF(:

;DMay 2006
;DAugust 2006
;DSeptember 2006
;DOctober 2006
;DNovember 2006
;DDecember 2006
;DJanuary 2007
;DFebruary 2007
;DMarch 2007
;DApril 2007
;DMay 2007
;DJuly 2007
;DAugust 2007
;DSeptember 2007
;DOctober 2007
;DNovember 2007
;DDecember 2007
;DJanuary 2008
;DFebruary 2008
;DMarch 2008
;DApril 2008
;DMay 2008
;DJuly 2008
;DSeptember 2008
;DOctober 2008
;DNovember 2008
;DDecember 2008
;DJanuary 2009
;DFebruary 2009
;DMarch 2009
;DApril 2009
;DMay 2009
;DJune 2009
;DJuly 2009
;DAugust 2009
;DSeptember 2009
;DOctober 2009
;DDecember 2009
;DJanuary 2010
;DFebruary 2010
;DMarch 2010
;DApril 2010
;DMay 2010
;DJune 2010
;DJuly 2010
;DAugust 2010
;DSeptember 2010
;DOctober 2010
;DNovember 2010
;DDecember 2010
;DJanuary 2011
;DFebruary 2011
;DMarch 2011
;DApril 2011
;DMay 2011
;DJune 2011
;DJuly 2011
;DAugust 2011
;DSeptember 2011
;DOctober 2011
;DDecember 2011
;DJanuary 2012
;DFebruary 2012
;DMarch 2012
;DApril 2012

Iklan(:

Renewal Road Tax&Insuran

*Mudahkan urusan anda
*Renewal road tax dan insuran
*Terus ke pintu
*Premium insuran boleh dirunding
*6 bulan @ setahun @ budget pocket
*klang valley sahaja

call segera....En.Asmadi di talian 0196633543
-------------------------------------------------

Alpha Lipid Lifeline

Susu berkolostrum tinggi yg dapat menghasilkan antibodi &membina semula sel-sel agar kembali kuat untuk melawan berbagai jenis penyakit. Maklumat lanjut boleh terus ke link=Alpha Lipid Lifeline

Nuffnang Advertise(:


HIT-COUNTER(:

website design company
real estate website design
cbox