
![]() Alex Ferguson |
LONDON: Reaksi kebiasaan Manchester United sejak dua dekad di bawah Alex Ferguson adalah untuk kembali mencatat kemenangan selepas melalui kekecewaan dan pengurus itu akan mengharapkan perkara sama apabila berdepan Fulham esok.
Kekalahan 4-1 kepada Liverpool minggu lalu selepas 11 kemenangan berturut-turut di Liga Perdana menyentap keegoan United, ia juga kembali membuka persaingan liga yang sebelum itu kelihatan akan mudah dimenangi United untuk rekod 18 kejuaraan Inggeris.
Chelsea yang dibimbing Guus Hiddink kini terikat dengan mata sama dengan Liverpool, empat mata di belakang United dan jurang semakin mengecil ketika tekanan kembali dalam saingan liga.
Rafa Bebitez berkata Liverpool mesti memenangi baki sembilan perlawanan untuk menghidupkan peluang memintas pendahulu, tetapi dia dan Hiddink kini bersemangat serta akan mengambil minat mendalam terhadap keputusan di Craven Cottage pada hujung minggu ini.
Ferguson sudah melihatnya sebelum ini, tetapi pengendali berpengalaman itu dengan 10 kejuaraan EPL tetap berasa minggu-minggu terakhir perebutan liga adalah pengalaman kurang senang, walaupun pernah melaluinya beberapa kali.
“Anda akan hanya berpuas hati jika muncul juara, anda bersedia untuk melalui kesukaran ini asalkan anda berakhir di kedudukan teratas.
“Ia boleh menjadi sengit tetapi anda harus menerima saingan ini. Untuk berada di sana adalah perkara paling hebat dan itu yang kami sasarkan,” kata Ferguson.
Dengan ketiadaan perlawanan pertengahan minggu untuk difikirkan, skuad Fergie sudah mempunyai masa seminggu untuk membalut luka mereka dan bangkit, walaupun tanpa pemain pertahanan yang menjalani penggantungan, Nemanja Vidic.
Awal bulan ini mereka membelasah Fulham 4-0 di Craven Cottage dalam saingan Piala FA, tetapi United akan menjangka lebih banyak tentangan kali ini daripada pasukan yang masih belum terselamat daripada zon penyingkiran. - Reuters
Status : married with two daughter
*Mudahkan urusan anda
*Renewal road tax dan insuran
*Terus ke pintu
*Premium insuran boleh dirunding
*6 bulan @ setahun @ budget pocket
*klang valley sahaja
call segera....En.Asmadi di talian 0196633543
-------------------------------------------------
Alpha Lipid Lifeline
Susu berkolostrum tinggi yg dapat menghasilkan antibodi
&membina semula sel-sel agar kembali kuat untuk melawan berbagai jenis penyakit.
Maklumat lanjut boleh terus ke link=Alpha Lipid Lifeline
| real estate website design |